Kerana dia belen, aku yang kena?

Baru-baru ini kecoh kisah seorang artis lelaki ditahan polis dan akan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga (KRT). Puncanya, si suami yang berstatus artis dikatakan mencederakan isterinya apabila beliau cuba mengambil gambar si suami berdua-duaan bersama seorang artis wanita.

"Hello, kitorang berjumpa atas urusan produksi ok, reproduksi!"

Ini kali ketiga akta KRT disebut-sebut dalam media pada bulan ini. Tapi yang sebelum ini, agak positif sikit, kerana ia melibatkan pindaan baru terhadap akta KRT untuk lebih memudahkan pihak mangsa. Salah satunya ialah pindaan yang meluaskan takrif keganasan, termasuk ugut sebar gambar / cerita memalukan di Facebook, blog atau sumber media lain. Because you know, ramai orang buat macam ni woo. Terutamanya revenge porn atau ugut sebar video/foto lucah - di negara US ramai yang buat begitu hinggakan undang-undang pun ada diluluskan untuk memenjara mereka yang melakukan revenge porn ni.

"Gempar, gambar lama artis rap berbaring bersama artis pop wanita di atas sofa tanpa seurat benang kini tersebar!" - Miss Kulut, Pancaintera.


Yang kedua pula ialah pindaan untuk membolehkan mangsa immediately dapat tempat tinggal sementara di rumah perlindungan berdaftar dalam masa 24 jam, biarpun belum sempat lapor polis (atau tak lapor atas sebab tertentu). Dan, andainya mangsa tetap mahu tinggal dalam rumah sendiri, akta baru ini membolehkan pihak berkuasa menghalang si pelaku memasuki rumah yang sama, biarpun dia pun penghuni sah rumah tu. In other words, you can kick him/her out of your own house!

Yang terakhir ialah khidmat bimbingan dari segi undang-undang, emosi dan kewangan untuk mangsa oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Biasanya dalam kes keganasan ni, ramai juga yang tak tahu ke mana nak pergi selepas kejadian, macamana nak move on dan buka lembaran hidup baru. Malah dalam kursus kahwin pun tak ada cerita tentang akta KRT ni (kalau ada pengelola kursus kahwin baca ni, bolehlah take note- daripada asyik lawak malam pertama dan poligami baik cerita hal ni takpun paling kurang selit dalam slide Powerpoint korang).


sumber gambar

So here's a salute to the lawmakers, semoga akta KRT dapat dipinda untuk menjadi lebih baik, dan terus ditambah ikut kesesuaian masa akan datang. Mungkin ramai lagi yang sedang dan akan mengalami situasi yang sama seperti pasangan artis tadi, dan mengharapkan undang-undang kita lebih menyeluruh untuk melindungi mereka yang memerlukan. Cuma, harapan aku -- tak adalah yang memandai-mandai nak tambah benda pelik-pelik pula, seperti cuba luluskan takrif "enggan bersenggama dengan suami" sebagai penderaan dan keganasan rumah tangga juga.

Apalah kaum Adam sekalian. Kalau dia tak mahu, tak mahulah, badan dia juga kan. Macam engkorang tak biasa toceng zaman bujang dulu.

Kah kah kah .



 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Hendak Contact Balik EX Lama.

Perempuan, Perhubungan dan Seksual.

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)