Bila kawan kau dah kahwin...

Jangan tolong dia.

Serius.

Kalau kawan anda ceritakan masalah rumah tanggga dia, tolong! Tolong jangan bantu.
Iye, aku serius. Walaupun kau dengan dia sama jantina dan kau confirm 99.99999% tak gay.

Kau bantu dengar je. Bagi satu dua ayat "sabarlah member, apa-apa keputusan, aku support engko" satu tepuk di bahu atau peluk, lepastu setel.

Dah.


urut bahu pun boleh.
"Tapi kalau member tu kena pukul, kena maki, kena curang, kena curi?" kau tanya aku. Well, jawapannya ya, tetap tak boleh. Nasihat sikit-sikit. Jangan maki jangan emo. Dah.

Sebab apa kau tanya?

Ramai dah kawan aku kena. Isteri menangis-nangis cerita lelaki curang DM perempuan lain. Kawan-kawan perempuan semua join bash lelaki tu. Siap offer support kalau cerai. Alih-alih, ehhh sambung balik. Lagi haru, persahabatan dengan kawan tu putus terus jadi musuh. Tak pasti samada sebab dia sentap laki dia kena kutuk atau pun dia rasa malu pergi balik kat jantan dia kutuk. Dua tiga kali juga aku dengar kes macam ni. Ada yang lelaki DM, ada yang sudah in relationship, ada yang sudah bersenggama. Still get back on their side. Dan kita pulak yang kena balik.

"kau dah kenapa nok?"
"laki aku DM sajat"
"Jangan risau nok, sajat pun taknak kat laki engko"
Ada anak dara ceritakan pada aku semalam - kawan dia yang sudah kahwin mengadu dipukul suami sampai cedera. Oh! Dia punyalah kesian, cuba bawa si bini tu keluar. Bawa pergi report polis, carikan rumah baru, hulur duit bagi semangat. Alih-alih rujuk balik ke laki tu. Tak cukup lagi dia pulak dikutuk pasangan suami isteri tu sebab cuba buat dia berpisah.

Kita nasihat suruh tinggal, kita juga yang kena balik. Lagi anjing, kalau dia pulak jadikan kita musuh, habis dia burukkan kita pulak dekat orang lain. Harey!

Tu la problemnya. Istilah pemisah rumahtangga orang. Istilah tu biasa orang bagi kepada belen dan batu api. Tapi kini dilontarkan sekali kepada orang yang betul-betul nak tolong.  Padahal normal lah, kawan datang minta tolong, kita pun bagi pertolongan, kan? Siapa tak rasa kesian member tengah down?

Rugi sungguh hilang member sebab bab-bab macam ni. Tapi apakan daya, cinta dengan ikatan sah tu lagi kuat dan memfaktabkan. 
nampak tak purak-purak nangis dia tu. sat lagi dia pergi kat laki dia pulak kata engko jahat. engko jangan tak tau.
Orang kahwin ni lain macam sikit, I tell you. Kalau orang bercinta ni, kita nasihat dia faham (walaupun ada satu dua tetap tak faham). Orang berkahwin ni-- kau cakap la laki dia, bini dia patut ditinggalkan sebab tak sedar diri, curang, kaki pukul, kaki pit ke apa, dia angguk je--lepas tu dia pergi balik dekat pasangan dia.  Loyalty dia lain macam sikit. Lepastu pulak dia fikir, pasangan dia is an extension of their ego.  Sebahagian daripada dia. Maknanya bila kita kutuk pasangan dia, dia pulak terasa macam kita kutuk dia. Maklumlah dia yang pilih orang tu untuk dikahwini. Maka kalau pasangan dia tu bodoh, kita cakap dia bodoh, dia rasa kita cakap dia bodoh sekali.

Lagi satu pulak, kadang-kadang (especially jenis orang ego tinggi) dia tak cerita habis. Contoh apa dia cerita bini dia garang sambil baling-baling pinggan Corelle. Apa dia tak cerita, dia mengejek bini dia tong dram simen. Padan la kena baling. Pastu kita pun bila dengar..dok backup la member sampai suruh cari lain. Pastu laki tu cari lain, bini dapat tau, turn kita pulak kena baling dengan Corelle tu. Adui!  
ni corelle kalau siapa tak tau la. Pingga paling glemer kalau musim kahwin sebab setiap pengantin dapat seketoi.


Jadi apa yang kita perlu faham dalam kes macam ni?

Kadang member tu nak telinga je. Nak complain pasal laki/bini kat social media, malu. Jadi dia jadikan engko patience stone dia. Tempat luah rasa hati. Bagi nasihat kalau perlu sangat. Tapi jangan kutuk-kutuk pasangan dia dan nasihat dia berpisah. Tak payah tambah api, tak payah maki pasangan dia (walaupun memang kadang cerita dia tu boleh buat maki jugak la). Nasihat suruh cool down ke, ajak lepak minum ke, suruh dia pergi makan angin ke, atau paling senang "sabarlah member. doa la banyak-banyak." Ya, nasihat yang bosan.

Tapi percayalah, diorang pun taknak nasihat yang power-power. Cuma nak cari orang tadah telinga dan mengiyakan je apa dia cakap.  

Tapi kalau masalah member tu serius, macamana? Pujuk dia jumpa kaunselor pejabat agama. Kau kalau nak tahu, kaunselor kat sana kabo ke aku, sepatutnya orang jumpa dia, anytime pun boleh. Bukan dah nekad nak cerai baru jumpa. Masa tu tak guna dah, baik cari lawyer. Masa gaduh-gaduh manja tu dah boleh jumpa. Cegah sebelum parah.

Malangnya orang kita tak pikir macamtu.

Sibuk cerita kat member.

Bila member nasihat, tau pulak angin.

Harey!

Salam Jumaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Hendak Contact Balik EX Lama.

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Perempuan, Perhubungan dan Seksual.