Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Self Fulfilling Prophecy

Imej
"Cik Pah, anak kita dua ni, Kamar dan Maya - sudah lima tahun kenal. Cik Pah pun kenal saya, dan saya kenal Cik Pah. Apa kata, kita kahwin kan saja mereka berdua. Sebelum mereka buat perkara lebih teruk," ucap ibu itu sambil menghirup teh. "Tapi Kak Jun...tak boleh tunggu ke. Maya tu kecik lagi, lima belas," jawab Cik Pah. Bayangkan ini mereka. ni tv3 punya sinetron apa entah. "Kecik apanya, dah akil baligh dah! Bila-bila masa je boleh berbadan dua, tahu. Sekurang-kurangnya kalau ada terlajak, tak ada orang mengata." Cik Pah meraup mukanya, berat hati untuk melepaskan si kecilnya Maya. Tapi lebih berat, kegusarannya terhadap generasi anak remaja sekarang, macam Maya; pergerakan mereka susah nak dijangka. Namun, apakah ini solusi sebenar? Entahlah. Bagi aku, yang belajar dalam aliran sains ni- aku akan komen sebanyak yang aku tahu, dari sudut sains. Benar, anak gadis berkembang secara reproduktif seawal 9 tahun. Dan benar juga