Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Beauty and The Beast

Imej
Pada saat ini, aku telahpun menonton Beauty and The Beast (tak, jangan tanya aku tonton di mana).
Cuma, aku harap yang di luar sana, despite all the controversy, masih cukup berminat untuk menontonnya, sebuah kisah princess tanpa tiara tapi jiwanya lebih regal daripada royalist di luar sana.

Dan juga--sebab ia relatable.

Aku tak pasti kenapa- tapi tika aku melihat Belle, aku terbayang beliau seperti gadis pendiam di kolej, yang sentiasa duduk di kerusi depan dewan kuliah; yang tak pernah ada kekasih sepanjang empat tahun studi; yang matanya tertancap kepada buku sepanjang hari dan tangannya bersulam dengan assignment papers tiap malam, yang hidupnya hanya untuk menyedut sebanyak mungkin ilmu sebelum meninggalkan menara gading.

And she did it wonderfully, too.

Dan Gaston - ha, Gaston, dia tu macam abang MPP kat kolej - berkarisma, pandai berkata-kata, kacak dan jadi kegilaan semua junior, tapi tiap sem cukup-cukup makan 1.57. Dia khabar dirinya penuh dengan ilmu, tapi hakikatnya dia pe…