Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Shipping yang tidak lagi free.

Imej
"Tok Kadi semua cuti panjang ke? Nikah kan aje lah Neelofa Fatah Amin ni. Dia punya menggelenyar ni kalau dibiarkan seluruh tamadun manusia boleh jadi bengap," kata seorang writer cum takafulman, Fdaus Ahmad.


Umumnya ramai dah mula menyampah dengan hashtag #lofattah yang dipamerkan peminat mereka berdua di sosial media. Tuan punya badan sendiri pun, sudah tidak lagi berminat mengulas perhubungan mereka. Akan tetapi, peminat masih berharap, malah bersolat hajat lagi. Apa semua kegilaan ini?

Shipping.
Biasanya perkataan 'shipping' merujuk kepada perkhidmatan penghantaran kurier, tetapi 'Shipping' yang aku maksudkan ini ialah kependekan daripada 'relationship-ping' -- iaitu tindakan memasang-masang dua orang karekter yang digemari, biasanya oleh peminat siri TV, novel atau komik. Terma "Shipping" mula digunakan oleh fans Scully dan Mulder (X-files, bagi yang lahir di tahun 2000-an) menggambarkan keserasian mereka dalam keseluruhan siri X-Files…

Lima Minit yang Sia-Sia

Masa awal-awal kahwin dulu, aku berkesempatan menyertai kegiatan dakwah tablik. Dulu la, dulu. Kalau nak tahu tablik ni, selain daripada ketuk-ketuk pintu walaupun diorang tau korang tengah pura pura takde kat dalam, tablik juga ada 3 hari "bootcamp" untuk kaum-kaum wanita berkumpul dan belajar hadis, ibadat solat dan hafal surah-surah lazim.

Dan dalam tiga hari "bootcamp" ni (maaf aku lupa namanya, kadang-kadang aku tergeliat lidah sikit sebut Bahasa Arab, kaum-kaum wanita akan terpisah dari suami / anak lelaki mereka, kecuali pada sesi pertemuan empat mata (ni pun aku lupa nama dia, tolong drop comment kalau korang tahu!). Dalam sesi ni, setiap lelaki akan masuk bilik/ruang kosong, dan borak dengan bini / mak mereka lebih kurang lima enam minit. Ada yang lebih ada yang kurang.

Cuma yang pentingnya, kalau dipanggil engko kena masuk. Tak ada merajuk-rajuk. Dan dalam lima minit tu, kau KENA bercakap. Awal-awal dulu, aku tak biasa lalu aku tanya mereka yang lebih sen…