Sekali Lagi

Entri yang ditulis untuk tahun baru 2015 boleh dibaca di sini 

Hai semua. Saya mahu ucapkan selamat tahun baru sekali lagi.

Dalam kepenatan aku menimbang baki masa yang tertinggal untuk aku cepat-cepat berambus dari institusi pembelajaran sekaligus menjadi seorang perempuan berusia 20-an berjiwa memberontak mahukan ruang dan kebebasan sendiri dengan penuh kejayaan, aku terlupa;

-masa yang telah hilang tak akan kunjung semula.

Dalam sibuk aku berlari ke depan dengan perasaan tidak sabar dan penuh dengan cita-cita untuk kehidupan bahagia kita berdua dengan yakin itu semua akan jadi kenyataan, malah aku ketepikan kesemua yang menghulurkan tangan penuh kesenangan, aku terlupa;

-untuk berpaksi pada realiti dan sedar kesayangan aku sudah pun mati.

Bergelumang dengan senyum tawa para lelaki kononnya mereka dan aku sedang bahagia, dalam kepungan kemewahan dunia tanpa perlu aku kerja, tak penat, hidup pun tak melarat, malah hari-hari aku boleh makan banyak gila hingga aku terlupa;

-lelaki tua berduit seperti mereka ada anak dan isteri.

Jadi, aku cuba merangkak perlahan ke arah permulaan, namun tersekat di tengah jalan dengan beribu tangan kesilapan yang enggan memberi peluang, jadi aku tidur separa sedar dengan tiada daya berjuang. Kadang-kadang terjaga, rasanya seperti separuh mimpi separuh realiti, dan aku masih di tengah bulatan air dikepung jerung, cuba bertarung.

Di sini aku ingin tegaskan, kau ingat mudah mahu cuci tangan? Salah masa lampau ini adalah seekor anjing, sekali terkena kencing ke mana sahaja kau pergi akan berbau hancing. Tangan yang dicuci dengan sambil lewa, pasti tidak akan tenang jiwa. Ini peringatan untuk aku dan semua.

Make peace with your past. Make peace bukan berlari buat tak tahu, entah anak dara mana yang kau biarkan menunggu. Anda pun jangan lah lupa bayar hutang. Aku yang ada memberi hutang ni penat makan nasi dengan air jarang. Lagi satu, jangan lah curang. Jangan ambil kesempatan kalau boyfriend dia curang, mesti kau ingat awek dia kau boleh sailang.

Sudah lah, penat bebel. Syukur kita semua masih hidup untuk tahun ini.
Hai, saya Zaffe. Selamat tahun baru lagi sekali. Jom minum kopi? Hehehe. 


Ulasan

hana berkata…
Cuci tangan...

Semoga langkah terus gagah.
hana berkata…
Cuci tangan...

Semoga langkah terus gagah.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.