Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Akak SK kabo - Happy New Year !

Hai.Assalamualaikum.
Lama betul akak tak tulis kat sini. Tahun 2015 dah hampir seminggu meninggalkan kita. Tahun 2016 mengambil alih dan sedar tak, masa berlalu dengan begitu pantas. Tak terkejar. Ada tak resolusi tahun lepas yang masih belum tertunai? Pasti ada kan? Betapa sekejapnya masa setahun sampai kita tak cukup waktu untuk langsaikan hasrat yang kita plan dari awal tahun. 
Sedar tak sedar dah lima tahun pun akak bersama dengan terfaktab. Dari zaman gagal dalam percintaan, kena dump lepas tu hari-hari meroyan update blog - lepas tu membawa ke zaman berjumpa jodoh - dan tahun ini skuad terfaktab bakal dapat anak menakan pula. Tahun lepas, tahun yang biasa-biasa saja bagi akak. Namun tahun ini pastinya tahun yang sangat menguji. Semoga kuat.
Tahun lepas akak banyak jadi kak seri siantan je. Zaman memberontak, zaman kecewa, zaman hati koyak rabak dah lama berlalu. Dah sampai masa untuk akak kongsi semula pengalaman dan perasaan yang pernah akak alami untuk mereka yang memerlukan. Tap…

Jualan Pindah Kedai

Imej
Menempuh tahun 2016 dengan halatuju baru, kami akan berpindah di Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam. Maka, sepanjang Januari ini kami adakan Jualan Pindah Kedai bagi menghabiskan stok. Anda semua dijemput ke HQ kami di TTDI Jaya, Shah Alam bagi memborong dan memeriahkan acara. Jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari kecuali Ahad dan jika kami rajin, Sabtu dibuka (hehehe). 
Whatsapp 0162567476 untuk maklumat lanjut.

15 Terlaris Sepanjang 2015

Imej
Tahniah buat semua penulis yang terer dan semua pembaca yang powerrrr!

Sekali Lagi

Entri yang ditulis untuk tahun baru 2015 boleh dibaca di sini
Hai semua. Saya mahu ucapkan selamat tahun baru sekali lagi.
Dalam kepenatan aku menimbang baki masa yang tertinggal untuk aku cepat-cepat berambus dari institusi pembelajaran sekaligus menjadi seorang perempuan berusia 20-an berjiwa memberontak mahukan ruang dan kebebasan sendiri dengan penuh kejayaan, aku terlupa;
-masa yang telah hilang tak akan kunjung semula.
Dalam sibuk aku berlari ke depan dengan perasaan tidak sabar dan penuh dengan cita-cita untuk kehidupan bahagia kita berdua dengan yakin itu semua akan jadi kenyataan, malah aku ketepikan kesemua yang menghulurkan tangan penuh kesenangan, aku terlupa;
-untuk berpaksi pada realiti dan sedar kesayangan aku sudah pun mati.
Bergelumang dengan senyum tawa para lelaki kononnya mereka dan aku sedang bahagia, dalam kepungan kemewahan dunia tanpa perlu aku kerja, tak penat, hidup pun tak melarat, malah hari-hari aku boleh makan banyak gila hingga aku terlupa;
-lelaki tua …