Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Lepak Luar Lepas Kahwin: Kupasan Khas

Amboi, Kupasan Khas wok lu!

Anyway, semenjak dua menjak ni isu laki suka lepak dengan member jadi isu hangat sekejap. Terutama bila FB influencers (yg ni term aku kasi sendiri kepada gang2 FB yang asal depa tulis je ribu-ribu shares dapat) tulis pasal hal ini. Nak pulak ramai yang setuju dan ramai yang tak.

Pendapat aku?
Hm..Aku tak setuju. 
Mesti engkorang rasa aku acah-acah nak jadi "Cool Girl" Amy Dunne kan , konon sporting padahal dalam hati terbakar? Hahaha. Dah agak dah. Tapi bagi aku, keperluan lepak luar ni berkadar terus kepada jenis lelaki tersebut.
Jenis intorvert dan extrovert? Ya. Macam yang korang tau (kalau tak tau google lah sendiri, dah banyak orang bincang hal ni kot) extrovert ni kena "recharge" semula dengan social situation. Maknanya kalau kerja pumpangpumpang penat gila siap OT kena tembak dengan boss lagi, last thing dalam fikiran ialah "kena pi lepak ni, kat mana eh?"
Sebab diorang dah drained, dah habis emosi, dan lagi ramai orang d…

MID YEAR SALE

Imej
Hi kesayangan! Bermula 20 Mei ini hingga 20 Jun 2016, sukacitanya kami akan adakan Jualan Pertengahan Tahun (seperti biasa) di Kedai Buku Terfaktab, Shah Alam (waze Terfaktab untuk cari lokasi) dan di webshop kami www.terfaktab.com
Ya, korang tak salah tengok. Diskaun sehingga 50% di Kedai Buku Terfaktab untuk buku-buku terbitan Terfaktab.
Senang cakap, kami dah gila, jadi kami jual harga gerila!
Jadi jom datang kedai buku kami atau kalau jauh nak datang, beli online kan mudah?
Sebarkan ke kawan-kawan dan kesayangan yang lain ya! Yomked 😘

LVOE Goodie Bag

Imej
Hi LVOE lovers. Untuk pembelian buku LVOE atau pembelian RM100 ke atas buku Terfaktab akan dapat this goodie bag.

Cuma, we all minta maaf sangat-sangat 🙏🙏 sebab this lovely bag siap lambat. Yang dah beli LVOE nak bag ni, just datang ke booth kami and show ur reciept.

We will give this lovely bag starting tomorrow. Hopefully you guys like it and come to our booth. See ya 😘

Akak SK kabo - Happy New Year !

Hai.Assalamualaikum.
Lama betul akak tak tulis kat sini. Tahun 2015 dah hampir seminggu meninggalkan kita. Tahun 2016 mengambil alih dan sedar tak, masa berlalu dengan begitu pantas. Tak terkejar. Ada tak resolusi tahun lepas yang masih belum tertunai? Pasti ada kan? Betapa sekejapnya masa setahun sampai kita tak cukup waktu untuk langsaikan hasrat yang kita plan dari awal tahun. 
Sedar tak sedar dah lima tahun pun akak bersama dengan terfaktab. Dari zaman gagal dalam percintaan, kena dump lepas tu hari-hari meroyan update blog - lepas tu membawa ke zaman berjumpa jodoh - dan tahun ini skuad terfaktab bakal dapat anak menakan pula. Tahun lepas, tahun yang biasa-biasa saja bagi akak. Namun tahun ini pastinya tahun yang sangat menguji. Semoga kuat.
Tahun lepas akak banyak jadi kak seri siantan je. Zaman memberontak, zaman kecewa, zaman hati koyak rabak dah lama berlalu. Dah sampai masa untuk akak kongsi semula pengalaman dan perasaan yang pernah akak alami untuk mereka yang memerlukan. Tap…

Jualan Pindah Kedai

Imej
Menempuh tahun 2016 dengan halatuju baru, kami akan berpindah di Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam. Maka, sepanjang Januari ini kami adakan Jualan Pindah Kedai bagi menghabiskan stok. Anda semua dijemput ke HQ kami di TTDI Jaya, Shah Alam bagi memborong dan memeriahkan acara. Jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari kecuali Ahad dan jika kami rajin, Sabtu dibuka (hehehe). 
Whatsapp 0162567476 untuk maklumat lanjut.

15 Terlaris Sepanjang 2015

Imej
Tahniah buat semua penulis yang terer dan semua pembaca yang powerrrr!

Sekali Lagi

Entri yang ditulis untuk tahun baru 2015 boleh dibaca di sini
Hai semua. Saya mahu ucapkan selamat tahun baru sekali lagi.
Dalam kepenatan aku menimbang baki masa yang tertinggal untuk aku cepat-cepat berambus dari institusi pembelajaran sekaligus menjadi seorang perempuan berusia 20-an berjiwa memberontak mahukan ruang dan kebebasan sendiri dengan penuh kejayaan, aku terlupa;
-masa yang telah hilang tak akan kunjung semula.
Dalam sibuk aku berlari ke depan dengan perasaan tidak sabar dan penuh dengan cita-cita untuk kehidupan bahagia kita berdua dengan yakin itu semua akan jadi kenyataan, malah aku ketepikan kesemua yang menghulurkan tangan penuh kesenangan, aku terlupa;
-untuk berpaksi pada realiti dan sedar kesayangan aku sudah pun mati.
Bergelumang dengan senyum tawa para lelaki kononnya mereka dan aku sedang bahagia, dalam kepungan kemewahan dunia tanpa perlu aku kerja, tak penat, hidup pun tak melarat, malah hari-hari aku boleh makan banyak gila hingga aku terlupa;
-lelaki tua …