Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Mengawal Perasaan Tidak Tenang

Cara terbaik untuk mengawal perasaan tidak tenang akibat berlambaknya isu semasa yang menjengkelkan dan menserabutkan kepala adalah dengan berhenti membaca isu, berita dan khabar angin di laman sosial yakni di Facebook, Twitter dan portal-portal berita.
Tetapi cara ini pasti boleh disanggah seperti;
"Ketinggalan zaman." "Tak ikut peredaran masa." "Tak dapat luaskan pengetahuan dan hal semasa." "Tak up to date dengan perkembangan."
Sesetengah berpendapat; Cara terbaik adalah dengan menyelidik dahulu sumber berita sebelum berkongsi pada yang lain-lain.
Namun, sedar tak sedar ini tidak dapat menghalang berleluasanya berita dan isu yang berbentuk 'false-news' atau 'exaggerate news'. Termasuk isu yang tidak penting seperti selebriti keguguran atau anak selebriti kena denggi. Belum lagi video-video loyar buruk dan 'konon kelakar' atau bahasa kasarnya, video bangang untuk buat gelak ketawa.
Oh, video kucing dikecualikan. Heh.
Semua…

Healthy-Toxic Relationship

Entah berapa ramai berada dalam toxic relationship dan masih duduk dalam tu sebab, well, satu, malas ulang proses bercinta. Dua..komitmen.

Aku on the other hand, setiap kali berada dalam toxic relationship, memang akan keluar terus. Termasuk jika akulah penyebab toxic tu.

No I don't want a relationship that makes me angry all the time. No I don't want a relationship that makes me sad all the time. Nope. No.

So, if you live in a toxic relationship bubble, please, for fuck's sake, get out from it. No matter how good the sex is.

Toxic relationship adalah hubungan cinta yang lebih membiak unsur negatif berbanding unsur positif dalam diri (dan hubungan).

Manakala healthy relationship adalah hubungan cinta yang lebih membiak unsur positif berbanding unsur negatif dalam diri (dan hubungan).

Contoh toxic relationship adalah apabila kau tak mampu jaga partner, asyik-asyik menyusahkan kau, bikin masalah sana-sini, kau perlu sapu.

Contoh healthy relationship adalah apabila kau dan pa…

Babilah Dia Ni. Merajuk Pulak!

Semua orang cakap tak reti pujuk dengan perkataan, kalau sentuhan bolehlah, tapi dengan sentuhan pun tak terpujuk jugak. Macamana?

Bukan masalah pujukan dengan perkataan atau perbuatan pun sebenarnya, tapi masalah apa kau buat tu tak kena gaya dengan dia.

Untuk memujuk seseorang, kau perlu cari kelemahan dia (apa dia suka). Contohnya kelemahan dia; tak boleh terus merajuk jika dibawa ke zoo. So pandai-pandailah kau bawak dia pergi zoo.

Orang selalu fikir nak pujuk orang ni kena guna wang ringgit baru boleh terpujuk. Tak pun sebenarnya. Yang penting tahu apa dia suka.

Aku adalah seorang kaki rajuk dan susah dipujuk. Dan aku paling tak suka dipujuk guna wang. Makin kau guna duit untuk pujuk, makin merajuk.

So, yeah. Different people different cara pujuk. Jangan ingat cara pujuk semua orang adalah sama.
"Macamana entah kau nak hidup dengan aku selamanya kalau baru merajuk sekali dah give up taknak pujuk? Padan muka kena tinggal dengan aku sebab kau tak reti memujuk dan aku pun tak h…

Hujan Khatulistiwa di Bulan Virgo

Mujur aku cepat menutup jendela. Jika tidak pasti ruang tamu ini akan basah dek tempias hujan lebat yang menyinggahi dengan lebat ke kawasan perumahan ini. Aku 'switch on' televisyen, kelihatan ZaraZya sedang mengomel dengan loghat Kedah terhadap seseorang yang bernama Tuan Anas. Ternanti juga siapa Tuan Anas itu.  Lahh, Aaron Aziz rupa-rupanya.
Aku lihat di bawah skrin televisyen. Tertulis perkataan bersaiz kecil; Tuan Anas Mikael.
Mendengus kelucuan aku mendengarkan tajuk drama ini.
Sejak akhir-akhir ini banyak perkara mengarut aku dengar di garis masa dan di bahan berita. Kalau kau tak berapa pasti apa itu garis masa dan apa itu bahan berita, garis masa ialah 'time line' di Twitter dan bahan berita ialah 'news feed' di Facebook.
Ya, bahasa Melayu memang begini.
Aku masih berpegang pada keutuhan prinsip 'Meraikan bahasa Melayu, Memeriahkan bahasa Inggeris'. (cerita lain)
Perkara-perkara mengarut yang aku dengar seperti kenaikan harga dan perkhidmatan…