Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Akak SK membebel: BAHAGIA

Hidup ni, dah cukup asam-garam-gula nya. Kita cuma perlukan bahan-bahan yang lain untuk melengkapkannya menjadi menu yang kita idamkan. Kita akan merasa bahagia apabila kita merasa cukup dengan apa yang ada. Berhentilah mencongak congak apa yang kita tak ada. Berhentilah membanding bandingkan hidup kita dengan hidup orang. Bahan bahan untuk buat tomyam manakan sama dengan bahan untuk buat rendang. Bergembira dan hargailah apa yang ada di depan mata. 
Orang putih ada kata, padang orang memang selalunya akan nampak lebih hijau dari padang sendiri. Tapi cuba kau pergi dekat dekat. Padang yang kau nampak hijau dari jauh tu pun sebenarnya tak rata, berlopak lopak. Padang hijau yang nampak cantik tu pun barangkali sebenarnya padang sintetik. Palsu. Jadi bersyukurlah. Lagipun kan tuhan dah janji, dia akan beri lebih lagi kepada mereka yang bersyukur. Jadi nak merungut apa lagi? 

Temubual Terfaktab Episod 3 Bersama Cik Srikandi

Imej
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" Quote ini sangat popular di negara kita. Pelbagai tafsiran tentang quote ini dipanjangkan dalam kehidupan masyarakat negara kita yang berbilang kaum. Jadi kita akan bersama dengan Cik Srikandi untuk kita temubual mengenai bidang penulisan yang beliau mahir iaitu penulisan sejarah. Sebelum ini Cik Srikandi telah menghasilkan solo-work yang bertajuk Emas Para Dapunta & Maharaja terbitan Terfaktab serta collaboration work yang bertajuk Membongkar Rahsia Dunia Melayu terbitan Hijjaz Publishing. Kedua-dua buku ini telah menjadi bestseller di toko-toko buku.
S = Soalan J = Jawapan Cik Srikandi S: Apa perkembangan terkini cik Srikandi? Ada projek solo-work baru mengenai sejarah pada masa akan datang? J: Salam semua. Bismillah, terlebih dahulu, terima kasih kerana sudi menemubual saya. Okay tanpa membuang masa saya jawab dengan sebaiknya insyaAllah. Terkini, saya sedang giat membuat penyelidikan membabitkan cabang linguistik, dan perkaitannya dengan sej…