Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

How to marry an Intovert

Imej
"Hai, sorang ke?"
"Sorang."
"Kesian."
"Apahal pula kesian?"
"Yalah, tak bestnya..." senyum sinis si gadis.

Lazim aku dengar perbualan sebegini sama ada di dunia sebenar atau di alam maya.  Kelihatan seseorang yang duduk berseorangan, samada makan tengahari, sedang minum kopi, mahupun membaca suratkhabar di tepi LRT, dan pantas minda masyarakat umum merasa empati kepada tuan punya badan. tentunya, bagi mereka, lonely is pain, being lonely feels like a loser.

Or does it?



Nyata sekali ini kesilapan biasa kaum ekstrovert melihat kepada kaum introvert. Biarpun dikata loser, dikeji lonely, atau disangka dipulaukan kawan-kawan, sebenarnya ada sebilangan manusia lebih selesa bersendiri.

Selesa yang bagaimana tu?

Selesa, seperti merasa tenang dan aman duduk berseorangan. Dan apabila berada dalam keramaian, rasa stress, rasa gundah, dan rasa seperti dalam kotak yang sukar untuk keluar darinya. Ada buku yang aku tidak ingat tajuknya pernah menyama…