Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Mengawal Perasaan Tidak Tenang

Cara terbaik untuk mengawal perasaan tidak tenang akibat berlambaknya isu semasa yang menjengkelkan dan menserabutkan kepala adalah dengan berhenti membaca isu, berita dan khabar angin di laman sosial yakni di Facebook, Twitter dan portal-portal berita.
Tetapi cara ini pasti boleh disanggah seperti;
"Ketinggalan zaman." "Tak ikut peredaran masa." "Tak dapat luaskan pengetahuan dan hal semasa." "Tak up to date dengan perkembangan."
Sesetengah berpendapat; Cara terbaik adalah dengan menyelidik dahulu sumber berita sebelum berkongsi pada yang lain-lain.
Namun, sedar tak sedar ini tidak dapat menghalang berleluasanya berita dan isu yang berbentuk 'false-news' atau 'exaggerate news'. Termasuk isu yang tidak penting seperti selebriti keguguran atau anak selebriti kena denggi. Belum lagi video-video loyar buruk dan 'konon kelakar' atau bahasa kasarnya, video bangang untuk buat gelak ketawa.
Oh, video kucing dikecualikan. Heh.
Semua…

Healthy-Toxic Relationship

Entah berapa ramai berada dalam toxic relationship dan masih duduk dalam tu sebab, well, satu, malas ulang proses bercinta. Dua..komitmen.

Aku on the other hand, setiap kali berada dalam toxic relationship, memang akan keluar terus. Termasuk jika akulah penyebab toxic tu.

No I don't want a relationship that makes me angry all the time. No I don't want a relationship that makes me sad all the time. Nope. No.

So, if you live in a toxic relationship bubble, please, for fuck's sake, get out from it. No matter how good the sex is.

Toxic relationship adalah hubungan cinta yang lebih membiak unsur negatif berbanding unsur positif dalam diri (dan hubungan).

Manakala healthy relationship adalah hubungan cinta yang lebih membiak unsur positif berbanding unsur negatif dalam diri (dan hubungan).

Contoh toxic relationship adalah apabila kau tak mampu jaga partner, asyik-asyik menyusahkan kau, bikin masalah sana-sini, kau perlu sapu.

Contoh healthy relationship adalah apabila kau dan pa…

Babilah Dia Ni. Merajuk Pulak!

Semua orang cakap tak reti pujuk dengan perkataan, kalau sentuhan bolehlah, tapi dengan sentuhan pun tak terpujuk jugak. Macamana?

Bukan masalah pujukan dengan perkataan atau perbuatan pun sebenarnya, tapi masalah apa kau buat tu tak kena gaya dengan dia.

Untuk memujuk seseorang, kau perlu cari kelemahan dia (apa dia suka). Contohnya kelemahan dia; tak boleh terus merajuk jika dibawa ke zoo. So pandai-pandailah kau bawak dia pergi zoo.

Orang selalu fikir nak pujuk orang ni kena guna wang ringgit baru boleh terpujuk. Tak pun sebenarnya. Yang penting tahu apa dia suka.

Aku adalah seorang kaki rajuk dan susah dipujuk. Dan aku paling tak suka dipujuk guna wang. Makin kau guna duit untuk pujuk, makin merajuk.

So, yeah. Different people different cara pujuk. Jangan ingat cara pujuk semua orang adalah sama.
"Macamana entah kau nak hidup dengan aku selamanya kalau baru merajuk sekali dah give up taknak pujuk? Padan muka kena tinggal dengan aku sebab kau tak reti memujuk dan aku pun tak h…

Hujan Khatulistiwa di Bulan Virgo

Mujur aku cepat menutup jendela. Jika tidak pasti ruang tamu ini akan basah dek tempias hujan lebat yang menyinggahi dengan lebat ke kawasan perumahan ini. Aku 'switch on' televisyen, kelihatan ZaraZya sedang mengomel dengan loghat Kedah terhadap seseorang yang bernama Tuan Anas. Ternanti juga siapa Tuan Anas itu.  Lahh, Aaron Aziz rupa-rupanya.
Aku lihat di bawah skrin televisyen. Tertulis perkataan bersaiz kecil; Tuan Anas Mikael.
Mendengus kelucuan aku mendengarkan tajuk drama ini.
Sejak akhir-akhir ini banyak perkara mengarut aku dengar di garis masa dan di bahan berita. Kalau kau tak berapa pasti apa itu garis masa dan apa itu bahan berita, garis masa ialah 'time line' di Twitter dan bahan berita ialah 'news feed' di Facebook.
Ya, bahasa Melayu memang begini.
Aku masih berpegang pada keutuhan prinsip 'Meraikan bahasa Melayu, Memeriahkan bahasa Inggeris'. (cerita lain)
Perkara-perkara mengarut yang aku dengar seperti kenaikan harga dan perkhidmatan…

PROMOSI BULAN DISEMBER 2015

Imej

PROMOSI 3 BUKU RM50 POSTEJ PERCUMA!

Imej

Akak SK membebel: BAHAGIA

Hidup ni, dah cukup asam-garam-gula nya. Kita cuma perlukan bahan-bahan yang lain untuk melengkapkannya menjadi menu yang kita idamkan. Kita akan merasa bahagia apabila kita merasa cukup dengan apa yang ada. Berhentilah mencongak congak apa yang kita tak ada. Berhentilah membanding bandingkan hidup kita dengan hidup orang. Bahan bahan untuk buat tomyam manakan sama dengan bahan untuk buat rendang. Bergembira dan hargailah apa yang ada di depan mata. 
Orang putih ada kata, padang orang memang selalunya akan nampak lebih hijau dari padang sendiri. Tapi cuba kau pergi dekat dekat. Padang yang kau nampak hijau dari jauh tu pun sebenarnya tak rata, berlopak lopak. Padang hijau yang nampak cantik tu pun barangkali sebenarnya padang sintetik. Palsu. Jadi bersyukurlah. Lagipun kan tuhan dah janji, dia akan beri lebih lagi kepada mereka yang bersyukur. Jadi nak merungut apa lagi? 

Temubual Terfaktab Episod 3 Bersama Cik Srikandi

Imej
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" Quote ini sangat popular di negara kita. Pelbagai tafsiran tentang quote ini dipanjangkan dalam kehidupan masyarakat negara kita yang berbilang kaum. Jadi kita akan bersama dengan Cik Srikandi untuk kita temubual mengenai bidang penulisan yang beliau mahir iaitu penulisan sejarah. Sebelum ini Cik Srikandi telah menghasilkan solo-work yang bertajuk Emas Para Dapunta & Maharaja terbitan Terfaktab serta collaboration work yang bertajuk Membongkar Rahsia Dunia Melayu terbitan Hijjaz Publishing. Kedua-dua buku ini telah menjadi bestseller di toko-toko buku.
S = Soalan J = Jawapan Cik Srikandi S: Apa perkembangan terkini cik Srikandi? Ada projek solo-work baru mengenai sejarah pada masa akan datang? J: Salam semua. Bismillah, terlebih dahulu, terima kasih kerana sudi menemubual saya. Okay tanpa membuang masa saya jawab dengan sebaiknya insyaAllah. Terkini, saya sedang giat membuat penyelidikan membabitkan cabang linguistik, dan perkaitannya dengan sej…

Temubual Terfaktab Episod 2 Bersama Embun Karina

Imej
Embun Karina merupakan seorang pemuisi independent yang aktif di tanah air. Sehingga kini Embun telah menghasilkan satu solo-work bersama Selut Press dengan judul Bandaraya Bougainvilla dan sebuah cerpen dalam Kitab Terfaktab Pasca Gelap.
Pada tahun ini, Embun turut terpilih untuk menyampaikan puisi-puisinya di Asian Literary Festival Jakarta. Jom kita temubual Embun dan menyelingkap dunia literary beliau.

S = Soalan
J = Jawapan Embun Karina

S: Hai Embun, apa perkembangan terbaru kau sekarang? Ada solo work terbaru yang akan rilis?
J: Perkembangan terbaru untuk tahun ini adalah persediaan untuk tahun hadapan. Ya, secara kebetulan juga semasa ke Jakarta tu aku berurusan dengan beberapa pihak bagi menjayakan solo exhibition berkenaan artwork yang akan dipamerkan kelak dekat sana. Juga sedang mencari ilham serta idea untuk skrip teater terbaru. 

Buku terbaru, InsyaAllah ada buku kolabrasi bersama Malam Puisi Jakarta. Iaitu salah sebuah kolektif juga penaung puisi di Indonesia. Yang lain-lain a…

Temubual Terfaktab Episod 1 Bersama Syahid Abdullah.

Imej
Buat yang ingin tahu tentang Syahid Abdullah. Beliau telah hasilkan dua solo work iaitu novel Servis Satu Malam terbitan Terfaktab dan Bukan Perempuan Sundal (self-published dan terbitan Dubook Press). Syahid juga kini aktif dengan stand-up comedy dan baru-baru ini telah mempersembahkan stand-up comedy di Komediri yang dihoskan oleh Harith Iskandar. S = Soalan J = Jawapan Syahid Abdullah S: Apa perkembangan terbaru kau sekarang dalam penulisan? Ada plan nak rilis novel baru? J: Insya Allah dalam proses. Tapi dek penangan kekangan masa (malas), proses belum jadi produk. Novel yang dalam proses ni secara kasarnya bertemakan cinta anti mainstream yang memaparkan cinta itu adalah keperluan manusia dan yang paling penting, cinta bukan hanya milik orang kaya seperti yang kita tonton dalam drama. Aku juga ada plan nak bukukan pengalaman aku buat macam-macam jenis kerja dalam hidup ni yang aku rasa tema dia kelangsungan hidup (survival). Pengalaman aku tolong abah aku kutip getah, kerja pam minyak, …

Sedangkan kereta pun kita jaga, apatah lagi...

Imej
Suasana hingar-bingar di dalam bangunan biru berjalur kelabu itu. Separuh dozen kereta berada di situ menunggu servis, sepadan dengan reputasinya sebagai pusat servis rasmi bagi sebuah jenama kenderaan Eropah. Sepadan juga dengan cuaca membahang hari ini, seorang klien di dalam itu turut panas hatinya.

"Apasal lama sangat?" katanya, bercekak pinggang. Kemeja jenama Jepun tapi buatan Chinanya mula basah merecik peluh. Dia menyapu lehernya. Berdaki.

"Sabarlah bang," jawab lelaki ber'coverall' kelabu yang bertugas di situ, tenang. Dia menggaru-garu lencana di dadanya. Wajah tenang tapi hati sedikit gentar, mungkin.

"Kalau macamni ELOKLAH SETAHUN jelah kau simpan kereta aku." sindir si klien, geram.

"Abang tengok ni,"  ujar si mekanik. Sambil itu tangannya mengetik papan klip. Dia menyelak helaian di situ. "Standard lah lepas jalan jauh. Minyak hitam kena tukar, brake disc abang dah haus. Coolant air cond kena ganti. Alignment tayar ken…

How to marry an Intovert

Imej
"Hai, sorang ke?"
"Sorang."
"Kesian."
"Apahal pula kesian?"
"Yalah, tak bestnya..." senyum sinis si gadis.

Lazim aku dengar perbualan sebegini sama ada di dunia sebenar atau di alam maya.  Kelihatan seseorang yang duduk berseorangan, samada makan tengahari, sedang minum kopi, mahupun membaca suratkhabar di tepi LRT, dan pantas minda masyarakat umum merasa empati kepada tuan punya badan. tentunya, bagi mereka, lonely is pain, being lonely feels like a loser.

Or does it?



Nyata sekali ini kesilapan biasa kaum ekstrovert melihat kepada kaum introvert. Biarpun dikata loser, dikeji lonely, atau disangka dipulaukan kawan-kawan, sebenarnya ada sebilangan manusia lebih selesa bersendiri.

Selesa yang bagaimana tu?

Selesa, seperti merasa tenang dan aman duduk berseorangan. Dan apabila berada dalam keramaian, rasa stress, rasa gundah, dan rasa seperti dalam kotak yang sukar untuk keluar darinya. Ada buku yang aku tidak ingat tajuknya pernah menyama…

#relationshipgoals

Imej
What you see

What you don't see

Remember, it's not always rose-tinted glasses. 

6 Buku Baru dan Ringkasan

Imej
Kebiasaan pembuka kata apabila seseorang jarang mengemaskini blog adalah seperti berikut;
"Fuh, berhabuk dah blog tak update"
atau
"Hai uollz, iollz kembali update blog yang dah lama tak dibaca orang nieee"
Tapi untuk aku---tak peduli. Sebab adalah satu perkara biasa untuk tidak update blog buat tahun ini sebab rakyat Malaysia lebih gemar baca berita tak masuk akal seperti pen biru dot com, berita-berita lawak ringan yang katanya dapat meringankan stress--whatever.
Apa yang aku ingin sampaikan adalah hal ini;


Yepp, 6 buku baru terbitan Terfaktab Media yang akan rilis (release) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 kelak.
Mengimbau penyertaan Terfaktab pertama kali dalam PBAKL sewaktu PBAKL 2012. Ketika itu pelancaran ringan Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal di booth Lejen-Fixi. Aku masih ingat jam 3 petang ramai crowd sudah mula memenuhi booth menunggu kami Skuad Terfaktab hadir.
Ramai gila orang tunggu kami rupa-rupanya!
Aku ketika itu membuka bicara …