Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

TANGO SORANG-SORANG, ORANG TEPUK BERAMAI-RAMAI

Imej
Hai lamanya akak tak menulis kat sini. Akak tulis ni pun sebab benda ni fresh lagi, baru lagi berlaku. Kejap kejap lagi, kalau tertagak tagak nak tulis, tangguh tunggu nanti, pakai lupa terus la jawabnya. Masa dalam kelas tadi akak ada lah mengusik student akak ni. Student laki-laki. Akak kasi nama samaran dia Remy lah ye. Minggu lepasnya akak ada attend event budak budak ni. Kemudian ada la sesi fotografi. Masa nak bergambar tu, budak-budak lain kemain galak mengusik Sally dengan Remy. Sally ni berdiri sebelah Ali. Lepas tu budak-budak lain kata Sally berdiri salah tempat. "Sally salah tu Sally !!! Sally mana boleh berdiri sebelah Ali. Sally kena berdiri sebelah Remy !!" Yang lain-lain ikut bersorak. Sally dengan Remy dah malu-malu. Akak pun seronok la jugak nak ambil bahagian dalam acara sakat-menyakat ni. Lepas tu dengan malu-malunya Sally berjalan terkedek-kedek mengubah posisi. Dia pun berdiri sebelah Remy. Lepas acara bergambar tu akak pun balik. Anyway