Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Persaingan

Imej
Antara kita dan kawan-kawan kita, akan wujud satu persaingan yang adakalanya buat kita runsing 2-3 minit. Lepas tu kita lupa dah. Kita akan hanya ingat balik apabila kita buka facebook mahupun twitter, takpun bila berjumpa time reunion. Persaingan ini selalunya melibatkan pemuda-pemudi lingkungan 23 tahun ke atas.
Sama ada persaingan siapa ada kereta paling gempak. Siapa ada kerjaya paling sempoi. Siapa ada makwe/pakwe paling baik atau ada rupa. Siapa ada rumah paling mahal. Siapa ada henpon atau barangan paling canggih dan terkini. Dan yang paling rungsing dalam banyak-banyak persaingan ialah.
Siapa yang kahwin dulu?
Part ini paling pedih lagi-lagi dapat kad undangan perkahwinan dari bekas kekasih mahupun bekas crush. Pedih sikitlah bagi jantan walau acah-acah kool.
Kau ingat dalam meniaga saja ada persaingan? Ingatlah sewaktu kau terjadi-lahir kat muka bumi ini pun hasil dari kemenangan kau bersaing dengan benih-benih sperma lain.
Jadi, hal siapa kahwin dulu dalam konteks agama Isl…