Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Terlaris dan Terima Kasih!

Imej

Cemburu Retrospektif dan Empati Terhadap Pasangan

Imej
Cemburu : Iri hati (kerana orang lain pandai, berharta dll); 2. Kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll) Retrospektif : Meninjau atau mengenang kembali peristiwa dan sebagainya yang lalu Cemburu Retrospektif : Iri hati atau kurang percaya pada seseorang atau sesuatu kerana perbuatannya di masa lalu Empati : Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain Cemburu adalah sesuatu yang paling celaka sekali dalam hidup seorang manusia kerana manusia diciptakan mempunyai akal, psikologi, emosi dan perasaan(hati). Lebih-lebih lagi manusia yang mempunyai pasangan. Aku tak tahu kau yang membaca kata-kata aku ni adalah seorang yang belum mempunyai pasangan, sedang mempunyai pasangan, atau baru saja putus dengan pasangan, tapi aku rasa kau cukup faham apa yang aku maksudkan, bukan? Cemburu ni memang celaka. Kalau setuju, sila berdiri tegak dan cakap, “Ya, saya setuju. Cemburu ni memang celaka!” sekarang. Kalau kau baca da

Dapatkan sekarang!

Imej
Nota: Setiap lukisan merupakan gambaran sebenar babak yang terdapat dalam setiap buku.

Buku Terbaru

Imej
Ulii Azman (Alumni Skuad Terfaktab) dan Zaffe A (Skuad Terfaktab) bergabung meletup penuh sentap dalam September! Amirul Idham (Skuad Terfaktab) dengan novel fiksyen thriller pertama yang bila start baca memang takkan berhenti! Boleh mula dibeli di www.terfaktab.com  

Silakan Terasa

Imej
Ada orang yang cakap cara aku menulis dah berbeza. Bukan apa, aku cuba nak memberi kefahaman dengan kelembutan, tapi aku rasa lama-lama memang tak jalan. Jadi kali ini, yang lembut itu kita hapuskan, biar yang tajam kita hidangkan. Lelaki sekarang dah makin manja, hantaran naik sikit mula lah nak berkira! Nak enjoy sentiasa, kerja teruk sikit dah mula meroyan tak tentu hala. Tak pernah fikir susah mak bapak besarkan anak perempuan cemana, senang-senang je nak rembat anak dara. Bagi alasan sebab nafsu puaka, pastu bila suruh puasa taknak pula? Sibuk meroyan nak kahwin murah biar kurangkan dosa, tambahkan pahala? Padahal sembahyang lima waktu kau campak mana? Konon nak lengkapkan separuh lagi agama, baca doa Qunut pun kau lupa, inikan pulak nak jaga isteri pertama, kedua, ketiga! Eleh, lelaki yang sibuk nak perempuan serba boleh, engkau tu baca Quran pun tak fasih! Walaowei, siapa diri kau tu, siapa? Berkehendak perempuan mulia! Kau tanya siapa? Siapa lagi, engkau la! Aah, k

Cinta & Restu Emak Ayah

Assalammualaikum... Hai. Saya Amirul. Dulu saya menulis di Terfaktabzine. Kini saya dah dinaikkan pangkat untuk menulis di Terfaktab. Hoorey!!!! Tapi saya tak pernah menulis lagi di blog ini. Jadi biarlah saya mulakan. Untuk entri kali ini, saya akan membawa perwatakan seorang #BroUsrah.  Pagi tadi, kawan aku, seorang lelaki, meluahkan hal kisah percintaan dia pada aku. Sebagai seorang good listener (orang yang cakap aku macam tu) jadi aku tadahkan telinga aku ini kepada dia. Mak dia tak bagi dia kahwin dengan awek dia. Emak dia dah ada pilihan lain. Tapi dia kata dia sayangkan awek dia. Oh, macam drama melayu bersiri pulak kan? Kawan aku kenal perempuan pilihan hati emak dia tu. Aku pun kenal jugak perempuan tu. Bagi aku, piliham emak dia ni boleh tahan jugak. Berombak juga hati kalau tengok perempuan pilihan emak dia ni. Jadi, topik utama entri ini ialah cinta dan restu emak ayah. Eleh... Baca tajuk entri pun korang dah boleh tahu, ye dak? Cinta tanpa res

Jualan Akhir Tahun MABOPA & TerfaktabTour Sabah!

Imej
 Pengumuman penting. Jualan akhir tahun Mabopa kami akan melakukan jualan penghabisan stok 2014. Dengan selamba dan bersahaja kami berikan kalian diskaun mutlak dari 10%-50%. Buat kalian yang menyimpan hasrat untuk memiliki buku kami dengan harga paling steady, ini lah masanya. Rujuk poster untuk tarikh dan tempat. Yang dari utara, selatan mahupun pantai timur. Turunlah, dan nikmatilah jualan akhir tahun ini. Kami menanti kalian dengan senyuman. Adalah pertama kali kita ke Sabah! See you guys there~

Nobody Ever Cared

              A woman sat forlornly in the train. Nobody sat on her right seat. Neither the left. She took up one and a half seat. Nobody was looking at her anyway. Nobody cared.             She looked like she shed tears before she hopped on the train. Her chubby face turned red. Her eye bags swelled. But nobody saw it. Nobody cared.             She took out her hand phone. She was seen reading a text. Then, she cried again. Her tears dropped on the floor of the train as she covered her face with her hands. The coach she boarded was half full. No one noticed her crying. Nobody cared.             She calmed herself down. She was able to put herself together. The woman looked out of the window. Her mind was running wild. She thought that she could not face it anymore. She had had enough. She was tired of people ignoring her. She was frustrated of people despising her. She hated that no one ever showed concern. Nobody cared.             The train stopped at the fifth station,

Kuala Lumpur Writers & Readers Festival

Imej
Atau nama glemer-nya; KOLUMPO KITA PUNYA. Di event KOLUMPO KITA PUNYA INI kami menjemput korang datang ke sesi bersama penulis Evasion iaitu Farah K. Novel ini merupakan novel Inggeris sulung terbitan kami. Malah, jangan lupa juga dengan aktiviti TerfaktabTour kami di UIA Kuantan pada hari yang sama kelak. Info menegnai kedatangan kami ke tempat korang ada pada gambar di bawah Update; 29 Oktober Terfaktab Tour akan berada di UiTM Puncak Alam. Amacam korang? Jumpa di sana dan marilah kita membeli buku sampai lebam!

Confession #50

Imej
Tanpa aku sedar, beberapa bulan yang lepas, sebenarnya aku banyak menyaksikan hubungan yang terputus dan manusia berpisah. Mereka jadi resah. Mereka jadi gundah. Tidur tak lena, nak makan pun tiada selera katanya. Bila aku suruh menghadap Tuhan semula untuk berbicara tentang hati yang luka, mereka kata mana mungkin akan lenyap rasa sengsara. Tak akan mungkin mereka boleh bangun dan berdiri gagah semula. Bila terlalu lama berada dalam empat penjuru kesedihan, mereka yang bersedih mula mahu menyebarkan rasa pedih. A wise man once said to me, that is because victims like to victimized. Rasakan! Rasakan kamu semua sedih yang aku rasa! Baru lah adil, barulah mungkin hati mereka yang terputus kasih tidak akan rasa tersisih. Aku sedar yang mungkin kata-kata yang aku cakapkan hanya sekadar menjadi omelan yang terbang di awangan. Lantas aku putuskan tali penyelamat. Aku biarkan saja, biarlah sekali-sekala mereka tahu erti dunia. Ya, the world is unfair. Ya, dunia memang kejam. Tapi pe

Unconditional Love

Imej
"Antara keluarga dan pasangan, mana satu yang kau rasa unconditional love?" Susahnya soalan ni level malaikat Tanya kau patut masuk syurga ke neraka. Berbelit saraf nak fikir. Boleh jadi keluarga. Sebab macam mana buruk pun kau, jahat pun kau, diorang tetap akan terima kau apa adanya kau diciptakan. Harini kau mungkin bergaduh serupa nak kiamat, berpatah arang, tak kenal darah daging. Lambat laun, entah kadang tanpa kata maaf secara zahir, semua akan kembali normal. Pergilah sejauh hujung dunia sana pun, kau dan dia masih berkongsi sesuatu. Darah dalam badan kau adalah zarah yang sama mengalir dalam diorang. Pernah satu kawan aku kata ke aku, 'I takkan tinggalkan family I no matter what sebab masa I jatuh dulu, kawan tinggalkan I, gf hilang, I balik kat family, diorang yang support I sampai I bangun balik. And today, here I am.’ Kadang kita tak perasan yang kau sayang ke keluarga, sampailah ada orang usik family kau. Rasa nak terajang kat kepala. Padahal kau kut

TANGO SORANG-SORANG, ORANG TEPUK BERAMAI-RAMAI

Imej
Hai lamanya akak tak menulis kat sini. Akak tulis ni pun sebab benda ni fresh lagi, baru lagi berlaku. Kejap kejap lagi, kalau tertagak tagak nak tulis, tangguh tunggu nanti, pakai lupa terus la jawabnya. Masa dalam kelas tadi akak ada lah mengusik student akak ni. Student laki-laki. Akak kasi nama samaran dia Remy lah ye. Minggu lepasnya akak ada attend event budak budak ni. Kemudian ada la sesi fotografi. Masa nak bergambar tu, budak-budak lain kemain galak mengusik Sally dengan Remy. Sally ni berdiri sebelah Ali. Lepas tu budak-budak lain kata Sally berdiri salah tempat. "Sally salah tu Sally !!! Sally mana boleh berdiri sebelah Ali. Sally kena berdiri sebelah Remy !!" Yang lain-lain ikut bersorak. Sally dengan Remy dah malu-malu. Akak pun seronok la jugak nak ambil bahagian dalam acara sakat-menyakat ni. Lepas tu dengan malu-malunya Sally berjalan terkedek-kedek mengubah posisi. Dia pun berdiri sebelah Remy. Lepas acara bergambar tu akak pun balik. Anyway

Cantik Selebriti Tidak Sama Dengan Cantikmu, Sayang

Imej
Seorang genius pernah berkata, dan aku ingin quote kata-katanya yang berbunyi :  “Tubuh selebriti perempuan yang diminati itu dalam kategori minat lain,  dan tubuh kekasih yang diminati itu dalam kategori minat yang lain.” Biar sini aku huraikan kata-katanya untuk kau; Tubuh selebriti perempuan seperti yang kita tahu adalah sempurna dalam segala segi. Dari ramping pinggangnya hingga bersih kakinya. Manakala tubuh kekasih yang diminati, selalunya biasa-biasa saja, bahkan ada yang berdaki sana-sini, kerana kekasih kita itu bukanlah jenis seorang perempuan yang pandai menjaga diri, walau seberapa banyak nasihat dan sabun pencuci yang telah kita belikan. Well, ya, of course ada perempuan yang walaupun dia berada dalam jenis average girl, atau the girl next door yang pandai menjaga diri. Boleh lihat saja ramai antara kawan kita, atau kekasih sendiri, yang memang pembersih orangnya, walaupun badannya tak berapa cantik. Tapi apa yang disebut dalam quote tadi bukanlah pada pembers

Perk Menjadi 3rd Wheel

Imej
Third Wheel adalah ‘lebihan’. Third Wheel adalah ‘sampingan’. Third Wheel adalah ‘tambahan’. Kebiasaanya orang macam kau tak suka jadi Third Wheel ni kan? Ah, kau tak payah nak tipu akulah. Tiap kali kawan kau ajak kau keluar dengan partner dia, mesti kau macam malas nak ikut sebab nanti kau boring buat semua benda sorang kan? Dia bolehlah. Ada partner. Boleh buat semua benda kongsi bersama. Kalau tengok movie, kau sorang jela layan perasaan kagum pada movie tu sensorang kau. Pastu kalau makan, diorang jela yang suap-menyuap, berbisik-bisikan. Kau? Kau duduk jela depan diorang mereput sensorang. Lepas tu, bila dia ajak kau keluar sekali tu, mesti kau bagi ayat lebih kurang macam, “Takpalah, nanti aku kacau korang pulak.” Betul tak betul? Sebenarnya, aku nak cakap kat kau yang best jugak sebenarnya jadi Third Wheel ni. Aku tak faham kenapa Third Wheel ni didefinisikan dalam Urban Dictionary sebagai sesuatu yang membawa maksud negatif. Aku pelik kenapa bab Third Wheel ni tak dika

Buku Baru dari Skuad Terfaktab!

Imej
Oh yeahh~~

Tidak Ada Kena Mengena Dengan Sesiapa Hanya Coretan Dari Sudut Hati Yang Dalam

Jam tangan aku lihat, tepat jam 1:07 pagi. Aku happy dalam waktu ini kerana Jerman sedang mendahului Perancis 1-0. Musim Piala Dunia dan Ramadhan ini membuatkan aku kurang sibuk. Tidak sebelum ini pada bulan April hingga ke Jun yang mana aku sibuk ya amat dengan membaca pelbagai manuskrip. Sempat rehat kejap pada bulan Mei dengan melancong ke Bangkok. Tapi selepas balik, punyalah banyak kerja perlu dibuat untuk menguruskan production after Pesta Buku. Sibuk dan emosi dalam keadaan tidak stabil sampai kucing tak comel pun aku marah. Tak cukup tidur. Mata jadi panda sampai aku tak heran pun dengan kehadiran panda di Malaysia. Kalau boleh aku nak marah panda tu. Ada saja serba tak kena dalam bulan-bulan sibuk menjadi seorang boss (lah sangat khenn) Aku tak sabar tunggu bulan puasa sebab bulan itu satu-satunya aku boleh berehat tak banyak kerja dan membentuk diri menjadi seorang yang OKAY semula. Tapi. Langit tak selalu cerah.  Aku ada belajar beberapa prinsip baru dalam relat