Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Mana nak cari ... macam aku?

Mana nak cari gadis sebaya aku? yang berbahasa baku seperti aku? yang cantik sama padan dengan kekacakan aku? suka melukis macam aku? suka mewarna macam aku? suka membaca macam aku? suka menulis macam aku? suka menulis puisi macam aku? suka membaca puisi macam aku? suka menyanyi macam aku? suka menari macam aku? suka muzik macam aku? suka simfoni macam aku? suka pergi event art macam aku? suka dressup macam aku? suka bereksperimen dengan fesyen macam aku? suka workout bila perlu macam aku? suka cantikkan badan dan wajah untuk diri sendiri dan masa depan macam aku? suka makan buah-buahan macam aku? suka makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman macam aku? suka jaga kesihatan macam aku? suka persoal agama macam aku? suka persoal dunia macam aku? suka tonton wayang gambar macam aku? suka tonton siri TV macam aku? suka backpacking travel macam aku? Mana nak cari gadis sebaya yang macam aku?

Semoga Berbahagia.

Video perkahwinan penulis kami Maria Natasha dan pasangannya, Saufy Nizar di Red Bungalow. Tahniah dan engkorang yang lain, bila nak kahwin?

Siri Tafsiran Jantan Versi Ringkas

Dalam dunia ini ada tiga jenis lelaki. Pertama, lelaki pakai akal. Kedua, lelaki tak pakai akal. Dan ketiga, lelaki pakai zakar sahaja. Untuk lelaki yang anda lihat dalam video di atas, dia ada ketiga-tiga ciri tersebut. Pertama, dia pakai akal. Pukul dalam lif. Kedua, dia tak pakai akal. Dalam lif ada kamera litar tertutup. Ketiga. dia pakai zakar. Ada hasil dua orang anak. Tapi, setelah meniliti dengan tenang sambil menghirup kopi. Tambah pula mood raya masih ada dalam diri ini, aku bedal kuih raya Mofasad dalam balang. Aku syak ada empat jenis lelaki dalam dunia pada zaman sekarang. Lelaki kerja nak 'memakai' saja, tapi tak reti nak jaga. Persoalannya, dah minta maaf time raya ke belum lelaki ni dengan bini dia?

Kahwin? Aku? Kahkahkah!

Sudah berapa lama agaknya aku ingin tulis segala isi hati aku, lepas keluar dari musim percintaan kali ini. Mungkin aku antara manusia bertuah (*atau celaka?) kerana sekejap berada dalam hubungan percintaan dua hala, sekejap berada dalam hubungan percintaan sehala. Mungkin juga. Mungkin juga aku hanyalah seorang lagi manusia tidak tahu erti syukur hingga banyak hubungan yang jika aku jaga hubungan itu betul, memang betul ia akan bawa aku ke saat bahagia ke syurga. Kecewa itu ya, kecewa itu ada. Dan kekecewaan ini sebenarnya membawa aku ke satu dimensi yang jika aku keluar daripada dimensi ini, aku khuatir aku bakal kecewa lagi sebagaimana kecewa aku sebelum-sebelum ini. Dimensi di mana aku lebih selesa bersendirian, berhibur ke sana ke mari berseorangan, tanpa ditemani seorang kekasih yang betul mencintai aku ingin hidup bersama aku selamanya. Ya, aku sebut kekasih, bukan gadis. Pernah satu tahap aku sampai tidak kisah jika ada seorang lelaki yang betul jatuh cinta padaku. Yan