Dilema gadis cantik.

Suatu tengahari di pantri pekerja. Rakan sepejabat berhimpun semeja dengan hidangan masing-masing. Ada nasi lemak, ada mihun bungkus, ada pula hanya hirup mi maggi sebab kekeringan duit (baru awal bulan kering duit? dasar boros!). Tetapi biarpun sibuk dengan pinggan masing-masing, kami membisu, membiarkan hanya suara seorang gadis langsing tinggi lampai bermuka putih--Mal--yang bercakap.
"...And then, si lelaki tu mesej I banyak-banyak kali, lepastu I buat tak layan, lepastu dia bagi mesej yu-tak-sudi-tak-apalah. Ewww poyo sangat! Tak hingin kot kat dia. Lepastu ni ha lagi seekor ni. Bini dia dah tahu dah pun. Dah nampak dah I. Tu belum lagi pasal Datuk yang asyik kacau I ni. Nabi baiklah ex I yang kacau I sepanjang minggu lepas dah back down. I ni kalau sekali cakap taknak memang taknak dah kat dia. Degil meroyan jugak nak kat I. Hmmmm."
Min geleng kepala mendengar celoteh Mal. Sambil menghirup mi karinya beliau cuma komen;

"Untunglah orang cantik."

***************

Memang realitinya.
Orang yang berwajah *standard* cantik Malaysia- Muka putih, mata besar, dagu runcing, hidung kecil terletak, langsing macam gitar-memang selalu dikejar digilai orang. Kalau putus cepat saja dapat pengganti, yang kurang cantik ni tiga tahun siar diri single pun tak ada orang nak mendekat. Kalau yang cantik, berjalan je orang pandang, bukan sekali, dua kali, tiga kali, siap patah balik hulur nombor telefon dekat kertas.

Untungkah jadi orang cantik sebenarnya?

Untuk menjawab soalan ini--biarpun saya tidak cantik--tapi sejak dari zaman sekolah menengah sampai ke matrik sampai ke universiti saya berpeluang menjadi kawan, aka wingman kepada makwe cantik. Entah mengapa, mungkin sebab saya 4/10 gitu, tak cukup inci, sawo matang, kurus kering, pakai spek dan jarang senyum; saya ni dapat repel lelaki-lelaki gatal daripada dia. Also, dengan muka 4/10 ni jugalah saya dipercayai untuk simpan rahsia dan jaga kekasihnya tanpa takut dia dikebas orang!

Dan ya, biarpun kadang-kala si gadis cantik gembira sebab ada lelaki yang mereka nak mengorat mereka, kadangkala mereka merungut gusar kerana selalu dikacau orang yang tak diingini dengan ayat acah-acah manis sebenarnya tapi boleh buat muntah darah. Tu belum lagi yang memang gatal gelenyar; dah terang-terang berpunya pun orang kacau lagi. Kadang-kadang kawan sendiri!

Lepas itu bila si gadis cantik mengambil keputusan untuk berumahtangga--jalannya belum lagi mudah. Mungkin kita rasa "Wah seronoknya, mesti banyak pilihan, senang la nak kaut yang terbaik."

Aduh, malangnya orang cantik, lelaki gentlemen pun berkehendak, yang douchebag pun berkehendak. Dan biasanya sukar untuk bezakan antara keduanya, sebab ayat mereka samada sama-sama manis atau sama-sama ditongsampahkan. (Oh ya--tak semestinya berpasangan dengan muka biasa-biasa boleh bahagia, tak semua kasanova bermuka hensem, kaya-raya, percayalah). Maka si gadis cantik akan jatuh dari satu kesilapan ke satu kesilapan yang lain, samada dengan rela atau paksa-rela.

Dan setelah berterusan dirundung malang--si gadis cantik beberapa kali 'terkena' dengan douchebag dan kasnova yang berlagak baik dan alim--akhirnya mereka meletakkan perisai besar depan hati. Makin susah pula nak didekati. Makin pula mendapatkan bantuan si pengawal peribadi--wingman--untuk menjarakkan semua lelaki hingga hati benar-benar terbuka.

Malangnya ia disalah faham pula jadi "jual mahal" atau "perasan berkasta tinggi"!

And here you think, makwe-makwe lawa lambat kahwin sebab terlalu memilih

*Nota kaki: Oh ya, sebelum menamatkan blogpost ni, izinkan saya cerita sesuatu.

Sumber gambar
Ada suatu masa ketika di awal karier saya sebagai wingman ni, saya jadi wingman makwe yang rupa dia macam Mandy Moore. Tak tipu--entah genetik campuran etnik apa sampai dia jadi macam orang putih. Mata ke dalam dan warna coklat cerah. Pipi gebu dan kemerahan pulak tu. Badan fit sebab pandai bersukan, tambah pula bertudung dan bersopan gitu. Pendek kata dah boleh jadi model Dara.com versi pilihan mak ayah aih!

Satu hari saya temankan dia pulang ke KL naik bas sama. Dan dari asrama hinggalah ke stesen bas, amboi, ramai betul lelaki yang memandang. Ada yang mata tak berkelip, ada yang macam ternganga, ada yang kepala berpusing follow kami keliling (nasib baik tak teleng mamat tu). Tu belum lagi yang feewit-feewit panggil-panggil. Rasa macam escort artis. Dalam hati saya berkata "wah, mesti seronok dapat perhatian macamtu." Lalu saya pandang muka kawan tu.

Saya sangkakan muka dia mesti tersenyum atau paling kurang ada ekspresi nyampah-tapi-suka. Tapi muka dia betul-betul terseksa macam tengah lalu titian api dengan zombie serang kiri kanan. Dia jalan laju. Matanya mengecil pandang depan. Tak ada sikit pun senyum. 

Dan kemudian saya terfikir;

"untung jugak aku jadi tak lawa ni."

Ulasan

Lol. this thing often happen to me XD
Bukan nak perasan.. saya biasa2 je kot. X caya tengok dp saya.
Tapi dp sy tak tunjuk muka full pon. :)
Tapi ye memang rimas lah.. Bila hari2 kena macam dalam entry ni.
Tak larat hadap even dah ada someone di hati now.
Memang x untung pon. cam apa yg dalam entry ni lah.
Tapi apa2 pon.. Syukur je apa yg Allah bagi.. jd cantik ke tak ke kan..
Kalau cantik tu, jangan salah guna kelebihan tu.
Kalau tak cantik, cantikkan akhlak dan hati luar dalam.
So akan cantik lah diri tu :D
AkuBukanLelaki berkata…
bukan susah nak jadi cantik.

Ah,cantik tu subjektif kan?
TheBentPencil berkata…
"cantik itu subjectif"

ya.

tapi kalau anda pernah tengok macam saya tengok--lelaki yang terus berhenti apa dia buat dan tenung si gadis lama-lama; suasana yang tiba-tiba sunyi dan semua mata tumpu ke arahnya; bila singgah gerai atau kedai lelaki tersengih-sengih sambil bagi extra/free/diskaun items; random people yang hantar mesej ke telefon dia (tak tahu dari mana dapat dah tukar nombor berpuluh kali pun), dan orang yang masih ingat rupa dia dan tercari-cari dia even though dia enam bulan tak lalu jalan yang sama--

well, lepastu baru anda tahu, apa sebenarnya makna wajah menarik dan tertarik di mata lelaki.
Tanpa Nama berkata…
wohoo...susah jgk jadi cantik ehhh
Adibah Baharum berkata…
tetibe pat dekat diri sendiri sambil cakap :

"Untung jugak jadi orang tak lawa ni."
Mikael Sahaja berkata…
Susahnya jadi perempuan.
princess nisha berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
princess nisha berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ina berkata…
Susah...susah..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.