Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

The Less You'll See.

Sejak akhir-akhir ini, aku dan rakan-rakan kerap bermain permainan 'Mafia, Doctor dan Spy' melalui daun terup. Permainan ini mencabar dan menguji minda dalam meneka dan menganalisis sifat manusia melalui perbuatan, percakapan dan keseluruhan permainan itu sendiri. Kalian patut cuba permainan ini dan kadang-kala boleh terleka sampai ke Subuh.
Aku mendapat satu input dari permainan ini iaitu;
"The closer you look, the less you'll see."
Ya. Ia quote yang sama dalam sebuah filem Hollywood. Sememangnya benar quote itu dalam kehidupan seharian. Apabila menyentuh kehidupan seharian, semestinya ia juga akan berkait dengan relationship. Aku boleh katakan quote itu tadi hampir sama dengan satu quote;
"Kalau dah sayang atau cinta, tahi pun dikatakan wangi."
Ingin aku bernatijah di sini tentang sikap trust atau follow the flow yang sering digunapakai dalam relationship. Apabila semakin rapat diri kau dengan seseorang itu, semakin kecil keburukkan yang kau nampak t…

Tentang Hati

Assalamualaikum wbt.

Hai semua ! Amboi lamanya dah tak menulis kat sini. Rindu pulak nak tulis. Jadi, macam mana dengan engkau orang semua? Sihat? Tu benda yang kaler merah kat belakang rusuk tu, sihat? Kalau orang yang tak merokok, tak ada tersedut asap rokok tu memang merah lah kalernya. Tapi kalau yang sekejap-sekejap nak berasap tu, entah kaler apa aku pun tak tahu. Kang sebut hati kaler hitam kang, ke lain pulak maksudnya.

SK tak nak memceceh panjang-panjang. Jadi, topik apa mende yang SK nak tulis hari ni?
Deng deng deng !!

SK nak tulis tentang hati.

Hati kita ni, ada masa dia seronok. Ada masa dia tak seronok. Ada masa dia nampak elok. Ada masa nampak keronyok-keronyok. Kadang-kadang macam pisang bonyok pun ada. Kita tidak akan sepanjang masa merasa gembira. Pasti akan ada harinya di mana kadang-kadang kita rasa nak keluarkan hati tu, lepas tu letak dalam peti sejuk di ruangan sejuk beku supaya kita tidak rasa ngilu dan sakitnya. Ewah ! Dramatik.

Kita pernah fikir tak kenapa ka…