Baru!

Terfaktab Media pada bulan Mac ini sekali lagi akan mengeluarkan buku baru yang pastinya ekselen dan cempien untuk tatapan pembacaan uollz semua.

Pertama. Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti. Atau dikenali sebagai Kitab Terfaktab #1. 132 muka surat.


Ya. Ia merupakan buku yang sama seperti sebelum ini. Ala yang kaver hitam tuuu. Sekarang ni pakai kaver baru, diperkemaskan isi dalamnya sebab dengor cerita nak hantor buku ni ke Sumatera, Pulau Jawa, Kalimantan, Temasik, Brunei dan Sulawesi. International gitu. Kalau jadi-lah

Ceritanya macam ini. Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti ini telah diambil hak milik ciptanya dari pemegang hak milik iaitu saudara Syazrul Aqram. Kemudian, pihak Terfaktab Media telah membeli hak cipta dan membayar pengambilalihan cetakan dari pihak Lejen Press. Bermakna, yang edisi Kitab Terfaktab #1 warna hitam itu tidak lagi dicetak. Dan hanya sekitar 5 ribu cetakan sahaja dicetak sebelum diambil alih dan digantikan dengan Kitab Terfaktab #1 kaver baru ini. Haaa. Faham kan? Kan? an an?

Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti kaver baru ini akan dijual pada harga.... (drumroll).. RM18 sahaja!!

Baiklah, buku seterusnya. Servis Satu Malam. 194 muka surat.


Ha seram tak seram tak? Servis Satu Malam ini sebuah novela ditulis oleh penulis yang juga menulis buku Bukan Perempuan Sundal iaitu Syahid Abdullah. Apabila pihak kami mendapat manuskrip buku ini. Pihak kami baca dan semak, lalu sudah merasa "Demmm. Ini best, babe. Ini power, bro.". 

Buku ini mengisahkan 'apa yang kita makan, apa yang kita jadi dengan kita setelah kita makan'. Kiranya macam kalau makan babi, jadi apa pada diri kita? Jadi babi jadian? Makan meggi jadi apa pula, jadi bodoh ke? Makan burger tepi jalan, jadi rockers mungkin. Dan tak semestinya kalau makan kat Chilli's maka kita boleh jadi kaya? Lebih kurang begitulah. 

Sebenarnya takde kena mengena sangat pun apa yang aku cakap tadi pengisahannya. Cuma itulah pengajaran yang aku nampak bila baca buku ini. - editor.

Jadi, buku ini akan dijual pada harga..... (drumroll).. RM20 sahaja!!

Kami akan melancarkan buku ini di Art For Grabs pada Ahad ini insyallah. Dan Ahad nanti di Art For Grabs akan ada aktiviti Forum Cinta yang akan dikelolakan oleh kami. Sila layari facebook kami untuk maklumat lanjut. :D

Jumpa lagi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.