John Memang Betul

Antara intan dan permata.

Intan itu perempuan yang cantik rupa paras tapi perangai macam palat. Permata itu perempuan yang tiada cantik rupa paras tapi perangai baik pekerti.

Ramai juga lelaki yang dilema dalam hal ini. Sebab masing-masing ada point of view tersendiri. Seperti;

a. Rupa paras yang cantik tak kekal, sebab tak kekal-lah, kena cari perempuan yang cantik supaya at least dapat merasa ada bini atau teman wanita yang cantik. Perangai baik pekerti boleh dibentuk selepas itu.

b. Rupa paras tak penting, yang penting perangai baik pekerti supaya bahagia hidup berpasangan sampai mati.

Susah juga.

Tak kisahlah yang mana-mana pun, asalkan bukan perempuan yang ambil kesempatan atau ada maksud tersirat seperti menggoda aku sebab nak dapat buku free. Atau baju free. Atau mungkin dating free. Serta, kepopularitian free.

Aku tak pilih rupa, tak pilih pekerti. Aku pilih yang aku nampak depan mata. Betul kata John, cinta depan komputer mana wujud!

Ulasan

dee berkata…
Cinta depan fon?
shafizah berkata…
nak bentuk perangai dia lepas kawin? oh tolong dia da hidup lebih dua dekad dengan perangai macam tu bukan semudah telan air liur nak ubah jadi begitu begini
CallMe-NW berkata…
but still, perempuan yang rupa cantik akan menang dalam pertaruhan, yang perangai cantik akan jadi pilihan terakhir..
shahirahkhairudin berkata…
setuju dengan john. cinta depan kompiter tak wujud.

dan lagi, lelaki yang pandang masa depan tak kisah cantik ke tidak perempuan dia. yang penting sifatnya, hati budinya. rupas asal sedap mata mandang pun dah ok. pompuan cantik pun bila dah beranak pinak saggy juga.
Tanpa Nama berkata…
sama la...tak pilih melalui laman sosial ja.. mengarut ja semua tu..nak yg nampak depan mata terus..tapi baik pilih yg sederhana cantik ja..asalkan perangai dia okay..daripada cantik amat, tapi perangai mcm setan..sbnrnya cantik lepas kawen tu tahan seminggu ja..pastu tak nampak dah cantik tu
hime s berkata…
apa definisi perangai cam palat tu?

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.