Gelabah Sangat. Kenapa?

Ada satu lagi sindrom yang saya perhatikan di Facebook. Ya, sindrom aneh biasanya banyak ditemukan di Facebook, laman sosial yang membenarkan kita menjadi pengintai setia tanpa tertangkap.

Cuba perhatikan Wall teman-teman anda yang ada pasangan. Atau Wall anda sendiri pun boleh.

Untuk memahami sindrom ini, katakan kita sedang melihat Wall seorang gadis jelita, namanya Alya. Suatu hari, Alya kemas kini status Facebooknya:

It was fun! We should do it again, guys.

Kemudian seorang demi seorang teman Alya akan memberi komen kepada status ini. Mungkin, berkongsi gembira selepas aktiviti, katakan, berkelah di air terjun.

Sindrom yang saya maksudkan adalah di celah-celah timbunan komen itu, akan terselit komen teman lelaki Alya. Kalau boleh, dia cuba untuk balas setiap komen teman Alya - terutamanya dari kawan-kawan lelaki.

Dia akan sedaya upaya memunculkan diri dengan gaya tak-payah-nak-komen-status-makwe-aku-sangatlah tapi dalam bentuk paling cool, yakni komen penuh gelabah.

Not cool, you idiot.

Saya kasihan dengan manusia seperti ini. Sungguh. Kalau ramah, lain caranya. Bukan dengan menyampuk tanpa hala dalam perbualan yang you are not even in it. Itu hidup pasangan kamu, tak perlu menyibuk sangatlah. 

Pernah tak kamu dengar perkataan: P E R C A Y A ?

Saya harap pernah. 

Sudahlah. Saya pun tak tahu apa yang saya taip di sini. Nak sambung mengintai di Facebook. Babai.

Ulasan

Fadzlin Basir berkata…
yeahh.. betol tu. sokong 100%. memang lah die makwe kau tapi tak payah lah semua bend apun duk sibuk nak amik tau. dah takde privacy dh. rimas tau x. ehh over plak, hahahha, XD
Unknown berkata…
memang gelabah betul kalo pakwe camni... kalau dia ditakdirkan untuk kamu, dia untuk kamu...
fifie berkata…
Si bf dulu selalu buat macam nie, nasib baik si jaka sekarang tidak begitu :)
Nabila Nadzeri berkata…
haha gelabah macam orang nak curik awek dia jee
AkuBukanLelaki berkata…
kekadang je aku jumpa mcmtu

kebanyakkannya PEREMPUAN

hahahha tipikal betul!
kimi-mustaqim berkata…
pompuan yang mcam ni ni.haha
bella berkata…
lelaki la mcm ni...my bf..hahahaaa
Puteri Iqa Izyan berkata…
eeee. tak suka orang macam ni. sibuk aje. hahaha
Pencarut Keji berkata…
anda jeles akan kerana bukan anda si lelaki itu? ;P (hmmm aku berfikir)
Unknown berkata…
pnh tgok fesbuk adik sepupu yg baru berumur 15 tahun!!!!..dah ada bf yg sama umur.sepupu sy ni kategori comella.cun kot bila bsaq nanti.hahaha..jadi bila ada gambaq dia post yg comel tu,nanti ada la yg kalau perempuan yg puji lawa..dia kata la..."tgokla pakwe dia sapa"..
kalau ada lelaki lak yg komen...n ada yg melawak jd awek la apa la..dia akan marah dia kata tu awek dia.jangan kacau.ha??sy yg rasa tak puas hati tp takmo menjatuhkan air muka sepupu ka apa ka..tgok dr jauh ja la..padahal sakit hati dgn depa apa..sekolah tak habih g dh batai nk bercinta.geram.eh..teremo lak.
Unknown berkata…
haha menggelabah!

tapi kan.
dulu aku bagi percaya.
nak keluar dengan perempuan mana takpe. jgn menggatal.
tapi Tuhan nak tunjuk kan.
atas intuisi ini aku ter check something.

....

celaka.

nasib baik aku bukan penggelabah tetek itu, wakakaka.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.