Mengorat Makwe Gig

Dunia gig dan konsert sememangnya sudah menjadi sebahagian dari minat aku sejak dari sekolah lagi. Aku masih ingat gig pertama yang aku pergi ialah sewaktu di tingkatan 3. Bertempat di Segamat, aku dan sepupu aku yang menggilai madah haluan Skin Head pergi ke gig dengan kasut Dokmat, seluar kecik, baju ragbi Canterbury All Blacks dan rambut pendek kemas ala-ala fahaman Trad-Skin. Berkobar-kobar hendak menyaksikan band-band Oi apatah lagi sewaktu itu zaman The Suspect A.K.A yang terkenal dengan lagu Kami Yang Disyaki.

Malangnya, gig pertama yang aku pergi itulah juga gig pertama yang aku pergi kena raid. Nasib baik dapat lari ikut pintu belakang, lalu tangga spiral dan lompat tingkap. Binatang betul Harian Metro. Ini gig Oi, bukan gig Black Metal lah!

Tapi masa tu. Memang takdelah nak ada can mengorat makwe kat gig. Mostly Chelsea girl masih kurang. Kalau ada pun, aku masih budak-budak lagi. Hahaha.

Sewaktu aku tingkatan 4 dan 5. Aku kurang pergi ke gig. Tapi, aku menjadi penganjur suka-suka untuk gig di tempat jamming bagi rakan-rakan sekolah yang minat dengan lagu-lagu Muse, Nirvana, Green Day, Fall Out Boys dan tak lupa juga Butterfingers serta Damn Dirty Apes. Aku masih ingat sewaktu itu tempat jamming di Larkin Perdana adalah tempat rasmi untuk aku dan rakan-rakan mengadakan gig kecil di tempat jamming. Bilik yang kecil itu dipenuhi dalam 30 orang semata-mata hendak menikmati kebebasan bermuzik yang tidak boleh dapat di asrama. Mana tak nya, bawa gitar Kapok pun kena rampas time spot-check. 

Pertama kali juga aku mempunyai band yang di namakan sebagai Running With Scissors, sebuah band bergenre pop yang membuat lagu untuk memikat gadis-gadis sekolah sendiri. Namun, sama juga takde can nak mengorat makwe dengan menganjurkan gig kecil-kecilan kerana gadis-gadis sekolah aku banyak yang skema atau terlalu hip seperti 'lepas sekolah, lepak Starbucks'. Contoh makwe sebegitu ialah Elena Reeney, ya dia satu sekolah dengan aku dulu. Aku tak lepak Starbucks kat City Square lepas sekolah, aku lepak pusat jamming.

Menerjah sewaktu zaman matrikulasi, tidaklah aku pergi ke gig juga. Tapi aktif belajar bermain gitar dan komponen-komponen muzik secara serius. Tubuhkan band. Namun lagu yang dibawakan tidak mendapat tempat di hati gadis-gadis matrikulasi kerana sewaktu itu ialah zaman muzik diserang dengan lagu Mungkin Nanti oleh Peter Pan. Kalau ada pun sewaktu itu, gadis-gadis lebih menyukai lagu My Chemical Romance bertajuk Helena. Sedangkan sewaktu itu, aku lebih suka dengar dan jamming lagu-lagu dari band tempatan seperti Servant Jamm, Chaise Lounge, Madhouse, Butterfingers, Sgt Weener Arms, Couple,  dan banyak lagi. Senang cakap, mostly pengaruh lebih banyak kepada grunge. 

Nak cari makwe grunge sewaktu itu bukan senang. Makwe yang sama minat dengan citarasa aku adalah kurang. Paling tidak, dengar lagu Redline 95. Hek eleh. Jadi, nak tak nak makwe aku sewaktu matrikulasi adalah makwe yang mendengar jenis lagu Peter Pan. Sudahlah Peter Pan, gig pun tak tahu. Hai nasib nasib. Nasib baik dah clash.

Naik zaman universiti yang lain sikit!

Zaman universiti aku adalah zaman aku betul-betul serius menjadi penganjur gig dan pergi ke gig mahupun konsert. Serta zaman serius ada band sampai ke sana-sini bermain gig. Tapi, aku lebih prefer menjadi penganjur gig dan konsert. Band pertama secara rasmi aku anjurkan ialah band Hujan. Tahun 2008 bertempat di The Actors Studio Pulau Pinang. Meriah kemaen. Ha, time inilah baru ada can mengorat makwe kat gig. Hehehe. Fuyooo, makwe gig super-ranum kot. Aku malas nak cerita lebih, nafsu orang muda sendiri faham lah.

Cuma yang tak bestnya, kalau mengorat pun, sampai pertengahan fikiran. Aiseh, aku dah ada makwe. Mana boleh menggatal! Jadi, aku lupakan saja untuk mengorat gadis-gadis gig dan konsert walaupun pernah juga ada crush sesekali dua. Hanya jadikan kawan dan kenalan serta tak lupa juga cari bakat-bakat terpendam untuk digalakkan agar pergi lebih jauh. 

Kelebihan gadis-gadis yang pergi gig ini ialah adalah satu-dua kelebihan. Mereka faham citarasa muzik kau dan faham diri kau yang sebenar sewaktu dalam gig mahupun konsert. Gadis yang sudah biasa pergi gig adalah gadis yang peramah dan ceria. Tidak pemalu atau tidaklah terlalu baik sangat. Mungkin ada juga yang jahat betul (itu cerita lain). Tapi mostly makwe-makwe yang pergi gig dan konsert aku kenal, biasa-biasa sahaja orangnya. Berfesyen itu biasalah, seksi sikit itu biasalah, bergaul sikit-sikit tu biasalah. Habis di situ sahaja, tidak pula terniat hendak bawak balik rumah kasi romen macam mat rempit. Mungkin ada yang berlaku, tapi mostly sebagai penganjur macam aku. Tak terlintas pula nak buat macam itu. Minat aku sewaktu itu ialah menganjur untuk hiburan remaja Pulau Pinang dan memberi platform kepada band-band yang berbakat. Itu saja. 

Kekurangan gadis-gadis yang pergi gig dan konsert ialah kalau gadis tersebut terlalu naif. Naif seperti pertama kali atau terlalu excited sangat sampai boleh diperlakukan sesuka hati oleh lelaki-lelaki yang hendak mengambil kesempatan. Mungkin juga keburukkan gadis-gadis yang pergi gig ialah ada antara mereka sudah jauh melepasi batas. Yang buruk ni aku malas nak cerita, faham-faham sendiri boleh?

Ok, sebenarnya aku cuma nak cerita pasal aku jumpa crush aku balik masa pergi konsert petang semalam. Sekarang ni aku sedang memikirkan sama ada hendak mengorat ke tak nak sebab sekarang aku dah single dan tak aktif menganjurkan gig mahupun menganggotai kumpulan muzik. Cuma tu lah, dia dah berpunya pulak.

Ya ya, gadis - gadis gig memang banyak boyfriend dan skandal. Itu sahaja yang perlu kita sebagai lelaki tahu. Kejap, aku nak buka bbm.



'Hai, hohohoho.'




Begitulah kandungan text bbm aku kepada gadis yang aku crush itu. Ya, aku tahu ia sangat memalukan. Sekian terima kasih.


p/s : Selamat datang buat 2 penulis baru iaitu M. Faiz Syahmi dan Khairulnizam Bakeri. Ekselenn!

Ulasan

Elena Reeney berkata…
Jom pergi CS lepak Starbucks! Kahkahkahkah!
the writer berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
idysur tagem berkata…
eh berdasarkan musical reference yg lu letak ni, lu ni sama zaman dengan gua ni time sekolah, matrik dgn uni. mesti sebaya dengan gua ni. kahkahkah
Frasa berkata…
Oh orang johor eh kraong.. Jom city plaza tengok gig.haha
Dekna berkata…
igt santa claus ke? msj awek hohohoho.

hahaha
Kc Kasedah berkata…
hahaha makwe gig byk skandal tu aku taktahu, tapi ade je mata mata nakal yg memandang.. eh aku tak cakap aku. haha so far aku takde skandal mandal. tp apa yg kau tulis tu ade jugak betulnya.
nabnab berkata…
khairulnizam bakeri? wah mantop!
RastaMat berkata…
larkin perdana, azlee studio mungkin..
TheBentPencil berkata…
dua tiga org makwe gig yg saya kenal, mantain je pakwe yang sama.

mungkin makwe gig yg boss kenal jenis gedik kot. kbai.
Halimatun Sa'adiah berkata…
cite anda mgingatkn kembali kpd kenalan lama yg mperkenalkan sy dunia underground,gig,zine..
malamngnya sy amat skema ketika itu utk mgikut jejak langkah beliau..huhhuu
fatin qurratuaini berkata…
anak pak latip p gig x? k0s0ng.. k0s0ng..
Serra berkata…
OMG Seriously ? KHAIRULNIZAM BAKERI ?! He's awesooooome ! He's one of the alumni of UiTM's debater and he's good... OMG I still can't believe it :O
rhm slzr berkata…
tak semua gadis gig tu byk skandal @ bf. Ada sesetengah dr dorang lbih suka idup sendiri dr beboifren.

i used to be that gadis. hidup dlm aliran muzik. well, itu cuma sekadar penepis duka yg ada.
colela berkata…
saya pnh pegi gig..hahaha..ceria n peramah tu depends kat diri masing2.tp enjoy dgr muzik itu pasti!
heartlessmindless berkata…
organizer hujan kt the actors studio penang?
member sampah society?
nabihah berkata…
ade 2 jenis sama ade real music fan atau sekadar groupies,ehe

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.