Siri Tafsiran Jantan : S.A.I.L.A.N.G

Anda berani nak sailang? Tak? Bagus. Good boy.
Sailang (sebut; sai-lang') merupakan satu perkataan lama yang telah diperbaharui dari perkataan 'si awek hilang' bagi merujuk kepada satu maksud; 

Kekasih atau isteri dirampas atau diambil oleh orang lain.

Sailang juga digunapakai untuk merujuk kepada mencuri projek saat akhir seperti Projek Nadir Bumi di Kuantan yang telah di sailang saat akhir oleh Lynas dari tangan YTL Corporation. Mungkin.

Menurut pakar hal ehwal komunikasi rumah tangga, Dr Hai Wan Kah dari Universiti of Kuching, sailang telah menjadi satu budaya sejak berkurun lagi. Seperti kisah Hang Tuah menyailang bakal isteri Sultan Melaka iaitu Tun Teja lebih kurang empat purnama sebelum menyerahkan kepada sultan. Sebelum itu, Hang Tuah juga telah menyailang Tun Teja dari mak bapak Tun Teja iaitu Raja Inderapura. Nakal rupa-rupanya Hang Tuah. Kini, di abad baru, sailang telah menjadi satu trend.

Contoh stereotype

1. Makwe kena sailang dengan pemain drum ternama dan menaiki motorsikal besar, sedangkan pakwe yang menjadi mangsa sailang hanya membawa Honda. Maaf, Honda EX5.

2. Makwe kena sailang dengan lelaki Arab. Mungkin mempunyai zakar yang besar sebesar lengan. Si pakwe yang menjadi mangsa sailang tidak mampu untuk mempunyai zakar sebesar itu.

3. Suami kena sailang dengan betina yang mengamalkan nasi kangkang ataupun ilmu guna-guna seperti yang di lihat pada kaca televisyen.

4. Suami kena sailang dengan remaja perempuan sekolah kerana isteri menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat misalnya. 

5. Pakwe kena sailang dengan makwe mana ntah sebab makwe yang jadi mangsa sailang asyik bertwitter 24 jam.

Jika makwe anda kena sailang, apa perlu anda buat?

1. Buat macam biasa. Buat rileks. Tarik nafas dan katakan bahawa ini semua dugaan dan cabaran menjadi lelaki. Biasalah, perempuan cantik memang selalu ikut jantan lain dan sukar hendak setia. Atau, perempuan cantik memang selalu direbuti.

2. Bertahan. Sebab anda bakal kena bahan dengan member. Dengan erti kata lain, siapkan ayat-ayat kalis seperti 'Bahahaha', 'Macam celakaaaa', 'LOL', 'K fine', 'Aku okay je' atau paling senang, 'pergi meninggal'. Walau hati pedih, air muka kena jaga.

3. Kalau sedih, dengarlah lagu Jangan Ganggu Pacarku oleh Aliff Aziz. Poking liking tagging flirting tengkorak dia. 

4. Usaha nak rebutkan si dia semula. Tapi, lupakanlah. Sia-sia itu semua.

5. Sailang makwe orang lain. Umpama macam selipar kita yang kena curi lepas sembahyang Jumaat. Selipar tat sing pun hilang kena curi. Haa, sebenarnya ada selipar orang lain, atau kasut orang lain yang kena curi sebelum tu, bila selipar mahal orang lain itu hilang, dia bedal selipar jamban kita. Kita pun bedal selipar orang lain. Ini semua rantaian melainkan kalau kamu tak ambil selipar orang lain dan jalan kaki ayam pulang ke rumah. Panas tu jalan tar, salute lah jalan kaki ayam.

Jika pakwe anda kena sailang, apa perlu anda buat?

1. Menangis. (tak habis-habis)

2. Menangis. (laaa, tak habis nangis lagi?)

3. Mengadu kat member. Delete nombor telefon pakwe anda. Mengadu kat member dah delete. Lepas tu mengadu kata tak boleh lupakan. Lepas tu mengadu, kontek balik si pakwe lama. Dan... eee bangangnya. Bila nak move on ni?

4. Face to face dengan si penyailang pakwe anda itu, tunjukkan keberanian dengan acara tarik-menarik rambut masing-masing. Girls fight!

5. Buka akaun twitter, dan twit melepaskan geram. Mohon dengar lagu metal. 

Kesimpulan

Berhati-hatilah bahawa sailang ini tidak mengenal mangsa sama ada sudah kahwin atau pun tidak. Sikap menyailang merupakan sikap yang keji dan tidak bertamadun. Namun, ada beberapa part di mana sailang dibenarkan seperti;

Jika pakwe atau makwe itu memang perangai macam setan, haruslah kita menyailang untuk menyelamatkan keadaan. Jika tidak, buruk padahnya.

Itu sahajalah. Terima kasih.


Ulasan

maksurozana berkata…
celaka kau bos. aku ingat ape kau cakap kat aku ritu. jaga jaga.
Fatin Farliana berkata…
ok paham2. but kenapa guna muka yuyu zulaikha? hahaha
Tanpa Nama berkata…
gua kena sailang tapi gua tak nak jadi penyailang.kehkehkeh
ze bent penzel berkata…
Persoalan extensial: kalau dia takel dua awek dalam satu masa, siapa sailang siapa?
Walau hati pedih, air muka kena jaga
haha

saya pernah kena dulu. awek mane tah sailang pakwe saya. tapi padan muka dia kena tinggal sebab pakwe saya nak saya.. saya tak buat apa2 pun.. heee
senorita suri berkata…
great tips to improve sailang skills LOL
Judh berkata…
adakah itu yuy zulaikha ? gosok2 mata -.-'
faraakucas berkata…
aku slalu jadi mangsa sailang.demm.
Anisa Hang Tuah berkata…
gua suka bab gambar minah buat pipi kembung tu

kalau kena sailang mmg rare
paeh berkata…
Kakakaka. Babi!
Nazrul Ashraff berkata…
haha.. cam haram je tips..
shahirahkhairudin berkata…
tips seterusnya: cari marka yang nampak mahal. susah skek nak kena sailang.
Diyana Munira berkata…
What? No pranking the ex-boyfriend (and the girlfriend yg menyailang) and song writing ah?

Sebab kalau buat prank (yang tidak membahayakan nyawa dan kesihatan mentak dan fizikal), boleh ketawakan diorang sambil makan Cadbury Bytes. Kalau tulis lagu, boleh jual kat penyanyi (cause I can't sing), kalau lagu tu jadi hit... I'll be rich! Hahaha!!!
Tanpa Nama berkata…
kalau tak pandai jaga awek/pakwe, jangan menyalahkan jika disailang...
SUDUT MATA SAYA berkata…
part jika pakwe kena sailang tu mmg tak larat nak ketawa baca..dan stress weyh buat muka pipi-kembung-mulut-itik cm yuyu tu!
Yana Shaharuddin berkata…
suka suka.
aku dah buat semua kecuali no 4. hehe. (:
Azwn Abd berkata…
Sailang takkan terjadi kalau tuan empuanya diri membenarkan dirinya disailang.
Unknown berkata…
kena sailang? "who care" padehal ari2 dok repeat lagu once-hilang naluri "MATILAH KAU"!!!
Unknown berkata…
sailang erti kata perjudian agak besar kecil diri dlm.bhs cina. kalah menang tidak kesah .
buleyh melayiu punya olang tuih sailang awek jer tau .. lanciu

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.