berani




Akak kata, you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out - tapi saya tak berani. saya ada lukakan hati 'orang tu' and now he's gone :'\
[dari Formspring]

Bukan semua orang berani untuk cakap;
"Aku sayang kau."

Bukan semua orang ada kekuatan untuk beritahu;
"Kau dah guris hati aku tadi. Kau sedar tak?"

dan bukan semua orang boleh tolak ego dia ke bawah dan bilang;
"Aku salah tadi. Aku minta maaf"





Hidup dengan menyimpan perasaan sendiri adalah tidak kena bagi aku. Kita suka, tapi kita tak berani untuk cakap. Kita takut berdepan dengan penolakan. Rela lah disimpan perasaan sendiri, membuang masa menanti yang tak pasti. 

Hidup dengan menelan perasaan sendiri adalah menyakitkan untuk aku. Disakiti lagi dan lagi. Kadang kadang, orang tak sedar bahawa dia telah menyakitkan hati kita. Kadang kadang orang ingat perbuatan dia biasa saja, tidak akan memberi kesan. Itu apa yang orang ingat, bukan apa yang kita rasa. Kalau kita tak beritahu pada orang apa yang kita rasa, macam mana orang nak tahu? Kau ingat semua orang ada kuasa telepati? Boleh baca isi hati dengan mudah mudah? Kalau sakit hati, kau bilang ! Moga moga di hari yang akan datang tidak diulang. 

Hidup dalam rasa bersalah adalah terpaling tidak enak serasa aku. Kita tahu kita bersalah, kemudian kita buat tak peduli dengan salah kita. Tidak ambil pusing akan sakit hati dia. Manusia, kalau berulang ulang merasa luka di tempat yang serupa, terpaksa memujuk hati sendiri pula, lama lama dia akan penat. Bila dia penat, dia akan pergi.

Jadi..

Belajarlah dari kesilapan.
Kutip pengalaman dari sebuah kehilangan.

Orang lain mungkin tak sama dengan aku. Aku berbicara dari perspektif aku, seorang manusia, seorang perempuan, seorang kekasih, juga seorang sahabat. Barangkali berguna untuk kalian.

Hidup kita macam roda. Sekejap di jalan rata, sekejap di atas kerikil. No matter what, we have to move on. Kalau pun lecak, kau langgar saja. Nanti akan terjumpa juga air di depan buat mencuci kotor. 


nota: Entry asal dari blog SK



Ulasan

nhdaughter berkata…
ya,aku setuju dgn kau.
Nadiah berkata…
ouchh. mcm mana nak dapat kekuatan tu ea ? wuuu
syakirah izwanie berkata…
Ya, sanggup menelan perasaan sendiri. Akibat tidak berani meluahkan. Menanti yang tak pasti. Hmmmm.
spec biru berkata…
takut nak ucapkan kerana takut akan akibatnya.
jujur salah,menipu salah.
serba salah.
Syaza Shaker berkata…
Entri ini sangat kena dengan kondisi aku sekarang. Ah why why why? Lol.

Manusia sememangnya lemah bila berhadapan dengan perkara sentimen begini. Lagi-lagi perempuan, cukup lemah.

But really, I've got many of your points here. Dan membuatkan aku terfikir. Thanks :')
Solahuddeen berkata…
kalaulah 'orang tu' dapat baca =(
moots berkata…
ku titipkan pesanan ini khas untuk kalian semua :

perempuan : kalau dah berkenan, tapi malu dan risau nak meluahkan, gunalah khidmat ornag tengah. Tidak akan berlaku malu dan segan. walau apa pun jawapan yang diberi. win - win situation.

lelaki : sebelum meluahkan, buat kajian dulu, adakah si dia sudah ada pengalaman terdahulu. kalau dah gunakan kebijaksanaan anda dalam mengatur langkah.

kalau si dia belum ada pengalaman, ini peluang baik. masuk terus. harapan adalah cerah.

usaha, doa, dan tawakal.
kejayaan adalah milik orang yang berusaha.
kegagalan adalah untuk ujian sebelum berjaya.
Ayyza M. berkata…
Gembiranya tahu apa yang aku buat ni betul. Rupa-rupanya ada juga yang setuju dengan aku.
nz berkata…
Daripada pening memikir masalah ni(yang saya percaya semua mengalaminya),baiklah kita bercinta sesama kita.Senang.Dan kenapa tidak?

Hek hek.
Nazrul Ashraff berkata…
kalau kita cakap, kita tak akan tahu .. kita tak akan tahu apa natijah dia. it might be well. it might hurt. but at some point, it really show yang anda adalah seorang yang berani. kau mampu nak buat macam tu, and cuba lah tanya orang lain, diorang mampu ke?
aza yunalis berkata…
Untungla kalau ada keberanian macam tu.

cuma aku tak rasa aku berani. takot menghadapi kenyataan mungkin?

papepon tahniah la kpd yg berani tu... congrats guys!!
lynda ahmad berkata…
aku penah alami bende yang same...tapi aku ambil keputusan utk simpan perasaan tu..cz..aku terpakse..sebab aku menghormati persahabatn kami..n aku penah laterbukak tweet org aku minat tu..n aku nmpak..die dah ade gf..so..aku just boleh diam..n bagi aku..sometime..kau harus sembunyikan perasaan tu utk kebaikan semue pihak..dan sometime kau harus berani n speak the true...tapi ape2 pown..kau kene teropong keadaan dulu la...hahahahahah
cik silent berkata…
" saya ada lukakan hati 'orang tu' and now he's gone" aku pon buat bnde yg sama...lukakan hti org yg aku syg...thnx for the article..mlm ni aku nk gtw dia aku syg dia lg...ap nk jd aku tak kesah...ak tanak mnyesal seumur hdup sbb tak gtw kt die..huhuhu

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.