jujur - maaf - menang




Holaaaaa !

Amboi lama betul tak jumpa.
Tadi aku ada twit pasal jujur dalam perhubungan. Jujur ni aku suka nak bahagikan kepada dua.

Pertama, jujur kepada pasangan.
Kedua, jujur kepada perasaan sendiri.

Meh sini aku nak habaq, kalau kita gagal berlaku jujur dengan perasaan sendiri, ada possibility untuk kita tak jujur dengan pasangan pulak nanti. Here we go !

----------

saling melengkapi.
kau dan aku jujur menjalin rasa.

Jujur kepada pasangan ni ramai orang boleh buat, tapi aku tak pasti pulak dengan jujur kepada perasaan sendiri ni. Hampa paham dak jujur kepada perasaan sendiri tu macam mana? Selalunya kalau hampa tak puas hati dengan marka hampa, ada hampa habaq kat depa apa yang hampa tak puas hati tu? Aku rasa, kebanyakannya akan membiarkan saja ia berlalu dibawa angin bayu kan? Takpe, benda kecik je. Small the pieces. Maafkan saja lah.

Kan? Gitu kan? Siapa tak ngaku ketiak dia banyak rambut !

Contoh mudah.

Marka kau suka raba raba engkau. Tapi kau tak suka. Tapi sebab sayang kau maafkan saja. Takpe lah. Raba je. Tapi lepas tu suatu hari kau ada kenal dengan satu mamat ni. Baik ya rabbi. Tak pernah nak sentuh kau. Kau mula nak compare compare kan dia dengan marka kau yang sedia ada tu. Lama lama kau mula rasa yang lelaki ni lagi best dari marka kau.

Nampak?

Tapi.. cuba lah kalau kau cakap kat marka kau dari awal.

"Jangan la raba raba. I tak suka tawwww. I menci !"

Kalau dia sayang kau, dia tak akan ulang keterlanjuran itu lagi. Kau dengan dia berhubungan macam biasa dan kau akan terus menganggap dia marka yang paling sempurna.

Get me?

----------

Satu lagi. Lelaki ni kan perangai dia selalunya gini tau. Kalau dia dah sakitkan hati kita, kadang kadang susah kita nak dapat sepatah pun kata maaf dari dia. Kadang kadang kecik hati kau tu kau pulihkan sendiri. Lepas tu kau okey. Errr.. bukan. Kau selalunya akan buat buat okey. Esoknya lelaki pun akan buat buat biasa macam lah tak ada apa apa yang berlaku semalam.

Bila kita cakap, dia akan kata tak nak drag kan masalah semalam ke hari ni. Dah okey tu dah la.

Again.
Kita kena jujur dengan perasaan kita sendiri.

Maksud aku, tak payah la kau bawak lagi pergaduhan semalam ke hari ini. Kau teruskan hubungan macam biasa, dalam pada yang sama kau cari masa yang sesuai untuk kau luahkan perasaan tak puas hati kau.

"Ayang ingat tak yang minggu lepas yang kita gaduh tu, I am expecting a simple sorry from you tau. Actually the next day to I am not really okey"

Ni contoh lah. Kau fikir la cara mana yang sesuai, intonasi macam mana yang kena gaya.

Lelaki ni kalau kita tak cakap, dia tak tahu. Dia expect semua benda yang dia buat kita boleh terima walhal tidak pun. Dalam hati kita je yang tahu.

As for you all je lelaki lelaki di luar sana...
Perempuan ni, tak susah pun kau nak pujuk. A simple sorry will make things better.
Bila dengar sorry tu, seolah olah hujan turun lebat lepas tu tiba tiba je terus berenti dan muncul matahari, lepas tu ada rama rama pulak terbang atas kepala.

Tapi tapi tapi...
Sorry kau tu pulak kalau dah selalu sangat akan jadi murah.
Jadi masing masing perbaiki diri. Saling tegur menegur. Saling mengingatkan. Saling toleransi.

Dua dua akan menang !

Kakak dah penat membebel. Tata !


Ulasan

aswadz berkata…
aku ckp sori kat awek aku, dia senyap je... bila aku senyap baru dia bersuara.
Sis AI berkata…
BRO ASWADZ : Prempuan mmg mcm tu la bro.. Nmanya dia nk bro pujuk byk skit. Tp bro dh malas, so dia pun, ok fine.

Apapun, btul3 stuju sgt dgn entri kali ni! Sy akn elakkn drpada brbohong. Klu tak suka, sy ckp straight forward. Klu suka pun, sy tnjukkn pnghrgaan dgn ckp jgk. And it goes well..
pepol berkata…
owh mcm tu ke?okok baru tau,hehehe
Eyka berkata…
can i say sorry? ;p
Myra.KS berkata…
thumbs up!

lelaki ni kalau kita xcakap memang dia takkan tau. dia akan anggap perkara tu kecik je dan settle cmtu je.

jadi, kalau aku..aku akan cakap dari a-z bagi phm, pastu bru mntk maap klw ade tslh ckp..tak perempuan klw tak mmbebel. kan? tapi bersesuaian dgn masa, mood dsb. heh.
Tanpa Nama berkata…
wah saya teringin nak share part yang cakap sorry tu boleh?
(:

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.