Puisi Untuk Erica Micheal Dan Sherina Ellyana



Erica Micheal - the coolest girl from East Suez.

Sempena Valentine's Day - sama ada saya ada kekasih atau menjadi seorang gagalist - refer Isham Rais - saya akan tetap merayakan hari ini. Tahun ini bersyukur pada Yang Maha Kuasa - saya tidak tersenarai dalam golongan gagalist. Harapnya begitulah sehingga ke akhirnya.

Saya selalu menulis puisi untuk kekasih saya pada hari Valentines - dan tradisi ini tidak pernah gagal dilakukan walaupun saya seorang gagalist sejak 2005. Bagi saya hari ini adalah hari merayakan cinta - hari merayakan perasaan paling indah dan bila tiada ia menjadi gundah. Ia adalah anak kunci kepada pintu hati.

Bermula dari tahun 2008 - saya menulis warkah puisi ini untuk arwah kekasih saya - Sherina Ellyana. Walaupun menjadi seorang gagalist - tetapi saya tetap menulis untuknya. Tahun ini - saya menulis dua puisi - satu untuk kekasih - Erica Micheal yang anggun berbusana jersi Liverpool bernama Luis Suarez, dan satu lagi untuk arwah kekasih - Sherina Ellyana - yang tak pernah menjadi mantan.

Erica Micheal:Kita Tidak Akan Berseorangan.

Sejarah yang hitam
Awan yang kelam
Kau hulurkan salam
Dan perasaan yang terus diselam
Terus bertaut dan bersulam
Kau buka pintu hatimu untuk aku masuk ke dalam
Sambil rindu menyelimuti kesejukan malam

Aku pimpin tanganmu
Aku seru namamu
Cinta tidak perlu ada ragu
Kau dan aku
Saling mengubati luka-luka silam
Dan buangkan segala dendam
Yang telah terpendam
Dan telah aku buang jauh ke lurah yang paling dalam

Ribut petir
Pahit getir
Kita harungi bersama
Cinta ini kita yang punya

Mari aku genggam tangan
Kau tidak akan berseorangan
Kita tidak akan berseorangan.





Sherina Ellyana:Selamanya

Hari itu mengubah segalanya
Kepercayaan, kehidupan, cara aku menilai apa-apa
Hari lapan Julai dua ribu tujuh
Bermulanya perasaan yang luruh
Gugur segala apa yang aku pegang
Hilang segala yang aku gagang

Hari ini mungkin kau melihat aku
Bukan seperti aku yang biasa kau lihat
Sama ada aku tidak merelakan
Atau sebenarnya ini sesuatu yang ditakdirkan
Tapi sesuatu yang tak pernah hilang
Betapa dirimu aku sayang
Walaupun kau dan aku terpisah dari alam nyata

Aku mahu kau bahagia di sana
Tempat yang aku tak pasti di mana
Aku tidak lagi menderita
Aku telah menemui bahagia
Tapi dia tidak akan membenarkan aku lupa
Cinta antara kita
Dia tahu, cinta kita adalah selamanya

Mereka semua tak pernah tahu
Apa yang telah aku lalu
Membuka mulut lebih mudah dari memasang telinga
Mengutuk lebih senang dari mendengar cerita

Detik itu
Seluruh kepercayaan aku telah berubah
Tapi satu yang masih kekal utuh
Cinta aku terhadapmu

Selamanya, Sherina Ellyana.



Selamat Hari Merayakan Cinta, Selamat bercinta semua.

Ulasan

Wadi AR berkata…
kau lelaki hebat nami. doakan arwah baik baik disana. buat erica, aku sentiasa ada walau kita berbeza melalui alam maya.
Wadi AR berkata…
ni pehal aku komen mcm nak mengarang ni
TheBentPencil berkata…
Daripada sorang gagalist cinta yang breakup pada hari kekasih (ironis), cuma ini nasihat yang boleh dititpkan:

1) jaga manusia yang menjaga hati anda sekarang, dengan sebaik mungkin.
2) jangan sedikitpun cinta itu terkurang disebabkan kekangan jarak, masa mahupun dimensi.
3) cinta itu datang daripada tuhan namun ia tidak dipertuankan.
Tanpa Nama berkata…
Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2
Tanpa Nama berkata…
asik psl awek lu.bosan beb..
Tanpa Nama berkata…
AKU RASA KO NIH TAK HENSEM MUKE HODOH DOK ASEK CITE PASAL MAKWE KO JE BORING LAH HERO TAK LAKU!!!!!
O·Crispy ¢a¢ah berkata…
Bape kali aku harus tersentuh ngan entry2 kau pasal lovelife kau ni..hebat sungguh kuasa cinta..aku yg konon2 hati keras kering xkn lebur dek panas ni pun sebak baca..kipidap

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.