Survival Of The Fittest



Member gua bertanya satu soalan kepada aku. Sedang aku minum milo panas dan makan kerepek pisang makcik yang berniaga bawak plastik merah jalan jauh-jauh (aku kesian pulak tengok makcik tu, belilah dua ringgit sebab duit tak banyak pun). Tiba-tiba member aku tanya satu soalan:

"Bro, nak tanya la. kalau aku amek awek kawan aku ni
kau rasa btol tak tndakan aku tu?"


Peh satu soalan daring dan lebih panas dari milo panas aku. Dalam erti kata lain, overstreet awek member. Bukan case overstreet orang biasa punya awek, tapi overstreet awek member. Perkataan member tu adalah sangat sacred dan sangat suci bagi kaum lelaki. Melanggar perkataan "member" itu boleh menyebabkan kau menerima kehinaan sehinanya.

Bagi lelaki macam aku - aku sangat appreciate kepada persahabatan. Walaupun member gua berlainan fahaman ke berlainan team bola ke tu belakang cerita. Tapi dalam hal ini - soal menyailang awek member adalah isu berat. Sama berat kalau kau duduk asrama dan kau menyimpan botol bong dan penuh dengan marijuana (punca aku kena buang dari UiTM dulu). Atau menyimpan baju Bersih 2.0 dalam laci asrama UiTM. Ini kes berat - bukan kecik anak.

Aku memikirkan ini soal hati dan perasaan. Soal hati dan perasaan ni tak boleh diduga. Kadang-kadang ia berlaku dengan keadaan yang pelik dan aneh. Bagi aku perasaan tak boleh dihalang. Kadang-kadang kalau nak fikir - bukak buku Sigmund Freud pun ada disebut tentang id, ego dan super-ego. Kalau nak belasah nota Sigmund Freud aku alamatnya pening kepala pulak. Hari tu aku bukak topik Friedrich Nietzsche pun orang dah komplen tak faham.

OK - secara umumnya adalah fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Dan cinta itu selalu hadir tanpa dipaksa macam cikgu sekolah paksa anak murid nyanyi lagu Negaraku. Kau paksa - dan ia tidak akan datang secara cinta. Cinta selalu datang dari kerelaan hati. Kadang-kadang ada ramai manusia single dalam muka bumi ni tapi awek orang jugak kau nak rembat. Bukan tak nak awek single yang lain tapi tak boleh nak lekat. Takde chemistry kata orang. Disebabkan keanehan ini maka nak tak nak kau ada dua pilihan - terpaksa melayan emo meruntun hati terguling-guling dalam bilik menangisi pemergian awek tercinta dengan kekasih - ataupun satu perkataan yang dipanggil sebagai "overstreet".

Kadang-kadang perkataan "merampas" ni selalu diberi konotasi negatif. Revolusi, rampasan kuasa, kudeta, Real Madrid, perampas suami orang - semuanya konotasi negatif yang diserapkan oleh mereka yang memegang status quo. Mereka yang bermakwe akan cakap akan mempertahankan makwe dari dirampas lelaki lain. Pihak pemerintah akan cakap revolusi akan membawa bencana. Team bola akan cakap Real Madrid ni akan merosakkan karier. Macam-macam. Tapi ini adalah sebahagian dari fitrah kita. Percaya atau tidak merampas ini sebahagian dari fitrah kita?

Dalam jiwa kita ada gelora yang dipanggil sebagai desire atau berahi dalam bahasa Malaysia. Berahi ini adalah keinginan kau. Tetapi kadang-kadang berahi kau ada pada sesuatu yang telah dimiliki orang. Sama ada kau pendamkan dan kau kekal loser, atau kau lawan - dan kalau kau kalah kau kekal loser tapi kalau kau menang, kau WIN. Tu je hukum alamnya.

So sama ada kau nak melanggar hak member kau yang memegang status quo terhadap awek kau minat tu ataupun tak tu adalah datang dari diri kau. Kalau kau takut untuk langgar status quo dan degree persahabatan kau dengan member kau tu kau better jangan buat. Kang awek tak dapat, gaduh dengan member hilang kawan - rugi dua-dua. Tapi tak mungkin kalau kau dapat awek tu kau akan dapat member kau balik. Tu adalah pasti. Jadi kes di sini sama ada kau lose-lose, atau kau win-lose. Kau takkan win-win di sini.

Tapi kalau kau rasa awek tu lebih berharga daripada member kau - you lose some you win more. After all, mungkin member kau tu tak reti jaga perasaan awek tu sampai awek tu terguris banyak kali perasaan - mungkin jugak kau boleh overstreet je awek tu. Mungkin jugak kau boleh bahagiakan dia. Tu pada kau.

Hey - dalam perang akan ada nyawa yang terkorban. Gua bukan percaya dunia ni boleh berubah dalam aman dan bahagia. Mustahil impossible. Gua tak percaya konsep Habermas. Dia ingat manusia ni baik-baik belaka agaknya. Gua tak percaya dengan Frankfurt School. So - kalau kau seorang yang idealis dengan rampasan kau tu - kau cuba bahagiakan awek yang kau bakal rampas tu. Soal moral tolak tepi. Ini soal keinginan kau beb. Member tak member - sape suruh lu layan awek tu macam palat - gua overstreet la.

Tapi aku nak kau fikir ini ya. Apa yang membezakan antara kau dan member kau? Kalau member kau tu layan awek tu macam palat - apakah kalau kau dapat - lagi 5-6 bulan kau pun sama palat macam member kau? Time will tell. Kalau sekadar keinginan nafsu - mungkin kau boleh suka dan happy dalam masa sebulan dua tapi kalau kau rasa ini cinta kau paling dalam - mungkin kau boleh kekal sampai mati.

Soal betul atau tak tindakan kau - bergantung kepada cara kau merampas. Kalau member kau tu memang tak sayang lagi, ada skandal lain, lepas tu lempang-lempang sepak sepak maka wajarlah kau overstreet. Tapi kalau dia baik, dan kau guna cara jahat dan puaka - maka kau dah mengikut fahaman Machiavelli. Cara jahat dan licik bukan cinta beb. Tu hanya nafsu kau dan kau hanya mengikut naluri survival to the fittest kau.

Pada akhirnya - fikirlah sendiri. Ada ramai lagi awek single dalam dunia ni atau at least radius kawasan rumah kau. Nak yang cun pun ada - nak dengan tak nak je. Atau kau nak kekal dengan misi untuk merampas awek member kau sendiri yang kau tau consequences dia.

Tu yang membezakan kau - dengan lembu bison seperti gambar di atas. Sekian.

Ulasan

amiralyn berkata…
lelaki memang, kawan memang lagi penting dr bende lain.
AsyieqiN Rkey berkata…
perkh..kes berat bab menyailang nie...klu agak2 nak sailang buat bini xpe gak..klu sailang takat nak stok awek yg blom konpem..lupekan je la ye dak
Wadi AR berkata…
kalah kl gengster
Cik Caah berkata…
betul tu,bagi lelaki,member tu memang utama,khianat kat member sama macam khianat kat family.
Unknown berkata…
aku yg single ni tak nak pun org kenal..awek org gak yg dicari..hehe

back to the situation..nasihat aku senang je..what goes around comes around..klw die blh overstreet awek member sendiri..trust me nnt bila masa dah time awek tu dah bored ngn die confirm awek tu cari lain..maybe juga member die sendiri yg kebas awek tu..

tak kan la sanggup hilang member sbb pompuan..u r wasting your time la dude..u should pray for their hapiness..TQ :)
@ezmira86 berkata…
i'm agree in a "survival of the fittest" concept sebab kalau nak fikir balik, we all doing it kan? memang ada certain orang believe in karma tapi kalau kita buat baik it's no harm bagi i.

i pernah rampas boyfriend orang(hi nami) and end up, my arwah sister get him back. it's inevitable.

if you're idealistic and you believe in your love can cherish that girl, for me it's no problem pun. how deep in your love and how your friend treat his girl tu yang jadi issue. kalau that girl rasa his bf treat her like a doormat and dalam masa sama you suka kat that girl, why not you try? daripada you sia-siakan perasaan you je.

life is try and error concept. kadang-kadang kita berjaya and kadang-kadang kita silap. kadang-kadang kita betul kadang-kadang kita salah. but denying your own emotion, and let go your feelings tanpa melihat other factors adalah silap besar for me. sebab bagi i, kalau kita cinta orang tu - kalau dia with someone else, and happy, then kita pun bahagia. tapi kalau dia with someone else dan terseksa, takkan kita nak biarkan?

sometimes, kita kena mencuri untuk diri kita daripada kita takde apa langsung. tapi tengoklah, kalau kita mencuri dengan orang baik memang salahlah. kalau kita curi dekat orang yang layan macam sampah, for me it's okay.

so kepada member kepada member you tu nami, he better take care of his gf sebelum member you overstreet.
a f y a berkata…
yg jadi mangsa perempuan tu lah nanti di kata perosak friendship oleh org luar. padahal bukan dia yg mintak. wuwuuuuuu~~ menci2.
Wid Skyline berkata…
Habermas tidak handsome~
lalalaa~
Jimmy Stracqualursi berkata…
this post makes me feel good abt maself. sailang for teh win!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.