The End Of Wedding Special Week

Minggu perkahwinan secara rasminya melabuhkan tirai pada 8 Julai. Kami di sidang ridaksi Terfaktab mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi memberikan pendapat dan artikel-artikel untuk di kongsi bersama. Tidak menang tangan kami di buatnya. Kami perlu menerima hakikat bahawa Terfaktab kini perlu mengorak langkah lebih jauh dalam bidang penulisan agar dapat memuaskan semua pihak.

Bagaimana ya?

Oh ya. Kami di Terfaktab dalam proses menghasilkan buku pertama. Buku teks cinta. Ataupun kitab terfaktab. Heh. Tidak kisahlah sebagaimana konsepnya nanti. Kami berharap dengan tercetusnya buku pertama tersebut, boleh memberi banyak ruang kepada pembaca untuk menyimpannya sebagai rujukan di masa hadapan.

Jadi, kami ingin membuat sedikit survey atau kaji-selidik. Silalah tinggalkan komen sokongan di ruang komen, supaya mudah untuk kami menilai serba-sedikit sambutan yang ada untuk melakukan jangkaan cetakan buku dan sebagainya. Atau, kamu boleh saja ke ruang Facebook Terfaktab. Boleh kan?

Kami di Terfaktab adakalanya merasakan diri kami semua bukanlah sentiasa sempurna pada setiap masa. Apabila di kaitkan dengan perkahwinan, kita selalunya sering tewas dengan kehendak keluarga. Jiwa muda kita sering bertentangan dengan kehendak keluarga. Seperti contoh apabila kamu sudah mempunyai pasangan, sudah yakin dan sebagainya, tiba-tiba sahaja ibu bapa kamu tidak berkenan atau ibu bapa si dia tidak berkenan dengan kamu. 

Terfaktab bukan?

Bagi lelaki, selalunya yang di ajukan ialah mengenai pengukuhan ekonomi. Ekonomi yang stabil diperlukan untuk menyara bakal isteri. Tanpa ia, memang si ibu bapa bakal isteri akan gusar dan bila-bila saja akan menasihat anaknya mencari yang lain atau lebih drastik, menjodohkan anak gadisnya dengan pilihannya.

Bagi perempuan, selalunya yang di ajukan adalah mengenai sikap. Ya, sikap. Kebanyakkan lelaki pada kebiasaannya bila menceritakan hal teman wanita kepada ibu bapa, mereka akan menceritakan tentang sikap. Dari situlah, ibu bapa si lelaki sedikit sebanyak cuba menghakimi sikap teman wanita lelaki tersebut. 

Jika kita mengambil sikap menutup mulut menceritakan hal pasangan kita kepada ibu bapa. Nanti kita di cap sebagai suka menyembunyikan sesuatu atau berbohong. Bila di cerita, kita dan pasangan kita di hakimi.

Perkara-perkara seperti ini adalah lumrah. Itu lah rencana percintaan. Tiada siapa yang sempurna dalam percintaan. Hanya dengan sikap berusaha dan redha sahaja yang boleh menjadikan cinta itu rasa seakan sempurna. Tidak lah seteruk mana. Dari menjadi andartu umur 50 tahun pun tak kahwin-kahwin, lagi teruk. Sebab apa tak kahwin? Terpengaruh dengan novel-novel cinta yang mendambakan pasangan sempurna kononnya. Ada akal, sila pakai.

Akhir kata,
Selamat berhujung minggu di rumah! Jangan di jalanraya atau lokap ya? Hihihi.

Ulasan

norinaomar berkata…
alaa..dah habis ke siri wedding ni.Macam tak puas je rasanya.

Sokong ada buku!eh jual online ke jual kat bookstore?
Diana Zainal berkata…
Buku terfaktab mest ramai readers beli. Hee
ZeBentPenzel berkata…
Mai la beli buku terfaktab. kitrog buat semua original article tahu?

heheee
eyjalukman berkata…
mesti rmai yg beli punye ! hee
nn berkata…
sokong! maybe boleh tulis more on topik yang readers favor merujuk kepada post yang banyak view/comment :)
akak eskrem berkata…
For girls, sikap. Noted! Tengs aqram.

Eh, baidewei. Kalau nanti projek kitab dah berjaya, tolong war2-kan okey? Kalau blog pun worth to read, apatah lagi buku. Nak bajet duit sesiap. Mesti laku lah!

All the best terfaktab!
Wadi AR berkata…
aku org 1st beli dan beli lagi.
Irshadim berkata…
Pemerhatian saya, sepanjang persediaan perkahwinan, pihak perempuan selalunya lebih memikirkan persediaan untuk hari majlis itu. Lelaki pulam memikirkan persediaan selepas majlis itu. Contohnya beli peti ais, mesin basuh, tools, etc..

In general lah.
dyanne berkata…
buat la buku tuu..cm menarik je..huhu~! tapi bab kapel tu btol gak sbb bila nk reveal kt parents,. diorg condemn plak, bila sembunyi, diorg mcm syak wasangka plak.. aihhh terfaktab btul~
sero berkata…
kami mau kitab terfaktab... cepat lah cetak
Tanpa Nama berkata…
hurm. happen to me. well..mak dia nak lelaki yg 'sempurna'. Nak buat camne..w'pun aku dah ade keta sendiri, umah..dan keje at international organization, mak dia tetap nak yg sempurna. so now i'm just live by myself. our relationship dah 7 tahun stengah.. but yet...nobody can't replace her. Xpelah..aku pn malas dah nk pikir..kdg2 mlm aku hidup dgn kenangan silam..tp aku gembira dgn kenangan tu.. i'm dumb? or jodoh kuat? i don't know...
Aslina berkata…
@Irshadim...

aku pon pompuan... tapi aku rasa aku lebey suka pikir pasal persediaan lepas kawen.

malangnye blom ade calon lagi walaupon aku rase sape2 kawen ngan aku cuma perlu sediakan keta je. umah, pekakas umah, semua aku dah ada. hahah...

bukan harta peninggalan arwah mak ayah ye. semua sendirian berhad punye.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.