The End Of Love Song Special Week


Cinta dan lagu sebenarnya merupakan satu ikatan yang memperlihatkan perasaan kita kepada seseorang. Tidak kiralah lagu sebagaimana yang kamu pilih dalam menterjemahkan perasaan cinta kamu, ia tetap wujud dan akan terus teguh dalam kehidupan. Walapun hanya lagu serangga pilihan.

Kami di Terfaktab merasakan perlunya minggu sebegini di adakan bagi menyerlahkan perasaan sebenar diri kami dan pembaca-pembaca sekalian mengenai apa yang kita semua ingin luahkan terhadap sesuatu melalui saluran dari sebuah lagu.

Jika kamu kecewa, mungkin kamu memutarkan lagu Janji Manismu oleh Aisyah.
Jika kamu rasa suka, tidak hairan kamu akan memutarkan lagu Aku Cinta Padamu oleh Siti Nurhaliza.

atau

Jika kamu rasa menyesal, mungkin kamu memutarkan lagu Stay Together For The Kids oleh Blink 182.
Jika kamu rasa hilang harapan, pasti kamu memutarkan lagu Fix You oleh Coldplay.

Banyak lagu pilihan yang kita boleh pilih. Cari, dengar dan pilih. Sematkan dalam fikiran seketika untuk hilangkan kerisauan dan apa-apa jenis perasaan dengan irama yang kamu suka.

Maka, setelah apa yang telah kita lalui dalam minggu love song yang sungguh mencabar ini. Dengan hal perasaan, parody, sarcasm, serius dan sebagainya, kami akan menamatkan minggu istimewa ini dengan hati yang gembira. Semoga ia memberi input dan output kepada kamu semua dan ya, mungkin boleh menambah playlist lagu kamu ke dalam Ipod. Kami di Terfaktab gembira dengan perkembangan ini dan hanya boleh mengucapkan jutaan terima kasih berserta ukiran senyuman tanda ikhlas kami kepada satu perpuluhan tiga juta pembaca (1.3 juta pembaca) kami di seluruh Malaysia dan dunia.

Akhir kata, saya AlexiaAqram, mewakili warga kerja Terfaktab yang lain, sekali lagi mengucapkan banyak-banyak terima kasih atas perhatian kamu semua dan berjumpa lagi kita pada minggu istimewa akan datang di bulan Jun. Dan, akhir sekali terimalah lagu penutup dari kami, High And Dry oleh Radiohead. Enjoy dan sekian terima kasih!


Ulasan

-XaXao- berkata…
akan merindui entry macm ni lagi :D
shahirahkhairudin berkata…
tenkiyu bos !

oh yeah..
Perempuan Itu Ini berkata…
saya sayang Terfaktab ! :D
afrohead berkata…
i've been left high and dry.
penulis.sahaja berkata…
@afrohead
hai abang afro. lama x nampak!
aiex sepet berkata…
owh,baru aku tahu terfaktab nih bkn blog sorg2..haha.gua suka!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.