Kek Hari Jadi

Suasana sunyi itu mula terisi di dalam kereta yang sejuk dek penghawa dingin. Hati yang sejuk sukar di tembusi sebenarnya.

"Sayang, kek hari jadi itu penting untuk semua orang"

Aku mula diam membisu. Kelu memikirkan dan sesekali menjengah ke luar tingkap sambil mata fokus pada pemanduan.

"Biarlah tanpa hadiah yang mahal, namun kek hari jadi itu tanda kita ingat pada orang yang kita sayang"

Terus membatu, itulah yang aku lakukan. Jika bersuara, mula berperang. Tak bersuara, aku tak dapat memberi pendapat. Kesudahannya, aku statik dalam memilih sama ada hendak membuka mulut ataupun tidak.

"Kemanisan pada kek hari jadi itu ialah bukti mengingatkan kemanisan antara kita berdua sayang. Tanpa kek hari jadi, apa lagi kenangan manis yang boleh kita kenangkan?"

Oh celaka, air mata dia mula mengalir. Tambah dengan ayat yang menusuk, buat aku bertambah senyap, speechless.

"Cibai lah, apasal aku lupa nak belikan kek untuk dia?", monolog gua dalam fikiran

"Orang rasa lebih baik kita berjauhan. Dekat seperti sekarang pun, awak bukan curahkan kasih sayang awak sepenuhnya. Kalau dulu masa kita berjauhan, ada rindu. Dan kita akan berjumpa pada hari jadi yang mesti akan ada kek hari jadi. Tengok lah sekarang, bila semakin dekat, ia buat kita seperti menjadi jemu. Berjauhan awak akan jadi romantik, bila dekat, hilang romantik-nya. Kenapa?"

Aku memegang erat stereng kereta. Genggam. Lepas. Genggam. Lepas. Bukan menahan marah. Tapi, macam ada gelojak jiwa yang penuh dengan kekesalan. Mulalah fikiran terawang-awang memikirkan kesilapan. Dem!

"Maafkan saya, sayang."

Itu saja yang mampu aku ungkapkan. Tanda aku akur pada situasi yang tidak menyebelahi diri aku. Muka aku boleh di kira seperti rokok luput tarikh, lemau. Kek hari jadi memang suatu instrument yang praktikal. Sebelum ini memang aku merasakan tiada istimewanya dengan kek hari jadi. Mungkin kerana aku tak pernah terlalu di didik dengan kek hari jadi. Atau, aku merasakan kek hari jadi sudah terlalu tipikal. 

Okay, aku kena sedar kek hari jadi itu perlu di masukkan dalam carta ensiklopedia cinta mulai saat ini.

Ambil perhatian ya. Kek hari jadi adalah salah satu objek yang menyenangkan jiwa manusia. Maka, cinta yang agung juga ialah cinta yang di hiasi dengan kek hari jadi. Noktah.

Happy birthday!

Ulasan

Nurul berkata…
sepanjang hampir 21 tahun hidup ni, aku hanya ada beberapa kek birthday.

hmmm...xpe la kot kan..kire syukur lah aku lahir ke dunia ni
Tanpa Nama berkata…
aku tak suka kek hari lahir (:
bukan penggoda berkata…
gejolak bos. gejolak. huu.

hapy bday alexia! :)
kuma2 comel berkata…
haha.. bg aku. x ada kek x apa asalkan my family n dia ingt n wish cukupla.
Alexia Aqram berkata…
@BP

gelojak dalam BM
gejolak dalam B. Indonesia

sama maksud dua-dua nya.

rasa aku lah. cer kau check.
bukan penggoda berkata…
a'ah la bos. padanlah aku pon salu kompius gejolak ke gelojak. tp, aku rase aku lg prefer gejolak kot. huu.

aku dgn izzie sesama BP eh?
bukan penggoda berkata…
no, u pgl dia bp. tak caya, ce check ur previous comment.
Jijah Yusoff berkata…
happy birthday alexia..=)
Nurul Shaheedah berkata…
errr. wajib ke bg kek ? kalau bg hadiah je boleh tak ? :)
Faidhyna Darwina berkata…
klu kite wish jerw time hari jadi die boleh x? hehehe
Kc Kasedah berkata…
aku terfikir.


betul. feel mkn kek mase harijadi tu lain. deep. terlampau deep lagi-lagi org tersayang tak kira la famili,sahabat,kekasih atau sesiapa yg bagi.


kau tahu apa aku maksudkan?
Lalala berkata…
suka kek.. dan kalau tiba2 org bagi kita kek lagi tacing beb
zt-zati berkata…
sentap..
sedey bce post ni..
sy pn prnah rse mcm tu..
huhuhu
.drakula. berkata…
romantik gila sipenulis ni...
aqel berkata…
kek dan hari jadi. pada aku, tak boleh dipisahkan. 1 slice pun ok. tak berlilin pun tak apa.

oh. birthday aku lama lagi.
Tanpa Nama berkata…
aku hanye mengade-ngade mintak kek hari jadi. padahal tak makan kek pun, ape kes? hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.