Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Gila Talak.

Imej
Tengok tajuk pon mesti lu orang dah tahu kan gua nak tules pasal ape arini? Kalau lu orang fikir gua nak tules pasal kes perceraian yang ada kat Malaysia skang ni, gua terpaksa lukakan hati lu orang dengan mengatakan jawapan lu orang salah. Gua pon taktau ape motif gua buat ayat panjang berjela tapi maksud yang gua cuba nak sampaikan sikit je pon dan kalau lu orang boleh tangkap apa maksud yang gua cuba nak sampaikan, lu orang memang errr memang hmmm memang nak kate bijak, itu gua, okay la lu orang memang bijak, macam gua. Hikhik. Okay kawan-kawan. Sila tarik nafas dedalam dan lepaskan pepelan.
Intro yang panjang memang menampakkan yang gua bersungguh dalam menulis entri kali ni. Baiklah. Where should I start then? Hurm... Sbnanye kan, kalau lu orang refer balik apa yang gua penah tules sebelum ni, gua ada tules pasal jom bergerak (baca: let's move on) kan? So, apa lu orang fikir? Okay simpan dulu apa yang lu orang fikir. Skang ni gua nak tanya kat lu orang, apa pendapat lu orang p…

Gambar Berdua Maksudnya Ada Hubungan?

Imej
Tulisan aku dari blog sendiri. Hujung minggu aku ketat dengan ulangkaji. Maaf ya?
Gila. Jangan buat lawak sendu kononnya bagi mencari gaduh dengan pasangan masing-masing hanya disebabkan ternampak gambar berdua yang entah tahun bila pun sudah terlupa. Kalau teman lelaki kau jenis baik dan penyayang, tidak perlulah menguji dengan benda-benda begini yang boleh membuatkan dia makan hati. Apa kau ingat makan hati sendiri sama macam makan hati ayam, hati lembu? Boleh tambah zat besi? Alih-alih, kau yang makan besi guna gigi.
Aku memang benci pengintip perempuan. Aku rasa keselamatan aku tergugat sebab segala benda orang nak laungkan. Ketawa riang aku dengan manusia penuh perasan sedemikian. Sudahlah perempuan. Apa kau ingat semua perempuan yang sendirian itu membahayakan? Kami ini tak kenal erti kesunyian. Sebab hidup kami bukan diawangan. Berpijak di realiti menjadikan kami lebih berdaya tahan. Kau pula, hidup di dalam mimpi gerbang perkahwinan. Moga kau dapat bertahan bila tiada restu keluarga…

Cara Hendak Contact Balik EX Lama.

Imej
“Jee, tengok FB profile ni.” Kata Alia sambil tidak lepas mata ke komputernya. “Ini profile siapa ni?” “Ni ex aku zaman sekolah la. Hensem kan?” “Ha’ah. Betul la kau cakap, muka dia macam Awal Ashaari. Eh, kau nak add dia ke?” Alia tersengih sambil menekan tetikus. “Iya la...habis tu buat apa aku search dia.” “Gedik. Nak ngorat balik la tu.” Sindir Jee.

Saya pasti ramai antara kita yang pernah ada ex kan? Lain la kalau yang belum pernah bercinta lagi, tapi itu kita bincang lain hari. Yang saya mahu bincangkan hari ini ialah cara connect balik dengan ex, sama ada dengan niat nak sambung tali silaturahim(nak tunjuk kita ni dah “cool” dengan dia), atau mungkin nak bercinta balik dengan dia. Ya lah, mungkin dulu-dulu zaman sekolah kita cinta monyet, gaduh tak bertempat, dua-dua tak matang. Bila dah tua ni (tua ke?) dan sudah matang baru terasa bahawa dia ialah ‘the one’ dan tak ada orang sebaik dia. Take note, ini bukan tips untuk mengorat balik pakwe/makwe yang dah jadi suami/isteri orang, ata…

Memahami Wanita Memang Leceh

Imej
Jika kau ada girlfriend, apakah 3 perkara yang terlintas dalam kepala otak kau saat kau ingat pada dia?
Muka dia? Ketawa dia? Mungkin tetek dia yang bersaiz 33B? Pinggul dia yang berlemak? Kebaikkan dia? Happiness experiance dengan dia? Atau sex moment antara kau dengan dia..? Wowowo.. Kau memang naughty.
Ketahuilah bahawa kita sebagai lelaki bukanlah di ciptakan untuk memahami wanita. Series leceh nak faham perempuan. Kau takkan boleh. A little mungkin tapi tak berapa accurate.
You need realize that.. As a man, we are born to loving and caring a woman. Absolutely not to understand, mate.

Kau tak percaya? A'ha. Pernah tak girlfriend kau tanya simple question macam ni,

"Sayang, nak makan kat mana?"

Dan kau mungkin menjawab dengan endah tak endah, ataupun tak serius.

"Mana-mana je lah, ayang nak makan kat mana?"

Dem, girlfriend kau tanya kau, kau tanya dia balik? Em.. Ini bukan satu masalah sebenarnya. Memang majoriti lelaki tak kesah atau tak endah bila di ajukan p…

Cara Memikat Hati Lelaki.

Imej
Assalamualaikum

Yo gedik girls and good boys sekalian. Ehem.

Macam biasa, setiap hari bila aku balik dari tempat praktikal yang dipenuhi dengan masalah-masalah yang tak di duga, aku akan on laptop, start online dan bukak formspring aku. Normally, satu hari akan ada sekitar 60 higga 70 soalan yang real dan beberapa spam yang menyerabutkan.

Antara soalan yang paling ramai orang tanya untuk tahun ni adalah soalan mengenai perigi mencari timba. Yes, perempuan sekarang dah gatal. Maklum lah, bilangan lelaki kan semakin... err.... priceless. Maksudnya, yeah, nilai seorang lelaki sekarang dah meningkat.

Antara jenis soalan yang ada di formspring aku adalah:

“Saya ada suka kat seorang lelaki ni. Apa yang perlu saya buat? Macam mana nak tackle hati dia?”
Well, dulu aku selalu cakap yang it is okay bila perigi pergi mencri timba. Tak ada hal. Tapi, I think im gonna change my mind due to own and friends’ experiences. Well, there are two things you (girls) must remember kalau you all nak luahka…

Adakah Perempuan Mudah Jatuh Cinta?

Imej
ReBlog from RojakStory.
Dan jawapannya YA.


Entri kali ni aku akan menjadi Pakar Cinta kejap.HAHA.
Otak perempuan sentiasa penuh dengan spekulasi yang tak masuk akal. Mereka suka bermain dengan perasaan sendiri. Mereka suka salah faham akan satu keadaan. Itu la dunia perempuan yang agak complicated untuk difahami.

Pendapat aku sebagai seorang gadis; Ya! Perempuan sememangnya mudah jatuh cinta/sayang kat lelaki. Atau dalam erti kata lain ini merupakan satu persinggahan perasaan sahaja. Dah nama pun persinggahan. So, perasaan cinta atau sayang itu tak akan kekal lama.

Contoh keadaan 1: Si teruna hari-hari SMS si gadis. Setiap hari bertanya khabar si gadis. Dan lama-kelamaan satu perasaan suka akan timbul dalam hati si gadis tersebut. Keadaan ini biasa berlaku. Walaupun si teruna seakan-akan menunjukkan dia berminat dengan si gadis tetapi hakikatnya TIDAK. Kenapa TIDAK? kerana si teruna hanya mahu berkawan dengan si gadis. Itu niat sebenar si teruna.

Contoh keadaan 2: Si gadis baru putus ci…

Mengintip Sebab Cemburu - Aku Benci Stalker Wanita

Imej
Dari penulisan aku di blog. Maaf, minggu ini sibuk dengan sukantara dan ujian bulanan. Ya, aku memang guru. Apa kau tak percaya lagi? Nak bukti? Itu khas aku dalam makmal kimia - taman permainan hingga hujung nyawa.
*******
Sungguh aku ketawa riang. Adakah mungkin kau begitu rasa tidak selamat hingga perlu membaca setiap perkara yang berkaitan dengan aku sehingga begitu sekali? Ya, blog aku sememangnya berkisar tentang hidup aku, apa yang aku lalui setiap hari, tetapi adakah kau tahu yang bukan semuanya aku humban ke dalam sini? Senyum nampak gigi. Kau mula rasa sakit hati? Gigit bibir sampai nampak gusi.
Gadis, ah tidak, kau seorang wanita. Oh, apakah gadis sepatutnya yang aku gunakan? Entahlah, itu bukan satu masalah sebenarnya. Senyum sinis (sambil ketawa - ha ha ha)
Apa yang kau takut sebenarnya? Apa yang kau nak curiga sehingga buat perkara yang gila? Sekejap, kau buat begitu kenapa ya? Aneh tahu? Ketawa.
Kawan : Kau belum ada teman lelaki baru ya? Aku : (ketawa) Aneh dengan soalan kau. Kenapa? Kaw…

Siri Surat Cinta Pilihan : Bekasku, Bekasmu Jua.

Kehadapan awak yang memang tak hensem (muka separa bangla-separa nepal) tapi tetap saya sayang separuh mental. Saya harap awak tenang-tenang saje walau di mana awak berada. Kalau tak tenang, padan muka!
Saya maseh ingat saat pertama kali kita berjumpa. Awak tertumpahkan tray makanan awak kat depan saya. Tapi, muka awak cool abes. Boleh awak panggil kucing yang ada kat situ dan bagi makanan yang tertumpah tu. Saya rasa awak ni penyayang sungguh sebab suka kucing. Tapi, awak taktau yang saya penyegan sket dengan kucing. Ehh. Bukan takot pon. Tapi bila awak bawak kucing dekat-dekat dengan saya, serius saya rasa macam nak tempeleng muka awak laju-laju. Muka awak yang tak hensem tu, kecik besar kecik besar je saya tengok. Grrrr.
Awak ingat lagi tak masa awak kata awak tak suka bila saya pakai comel-comel sebab awak jeles laki lain usha-usha saya? Masa tu saya rasa macam awak ni suwit sangat tau. Jeles lettew. Tapi, macam biasa. Awak kan ego. Mana nak cakap yang awak jeles. Tapi, bila saya ta…

Lelaki Nerd Itu Pervert?

Imej
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Ohhh, tajuk ni dah hangat rasanya. So, pada lelaki lelaki SEJATI di luar sana jangan condemn I okay? I cakap yang SEJATI je eh. Yang tak berapa nak sejati sila duduk diam diam dan baca je.
Kadang kadang I pelik gila dengan lelaki lelaki nowadays. Susah kan nak jumpa lelaki yang boleh diyakini dan diharap? I tak cakap semua but most of them la. Okay okay, let me be clear. First of all I am 100% sure that I have no issues toward MEN okay? Just menulis thru pengalaman dan keadaan sekeliling.
I ada ramai kawan kawan nerd. I mean seriously babe. I dulu Technical Islamic of JB, Cehhhh sesuka je tukar nama sekolah but seriously ohhh.. Banyak budak nerd kat situ. Okay sorry guys kalau baca. Then I study kat U, I took Biotech so u guys know la if sebut Biotech of course budak budak nya tak macam MASSCOM or TESL or stylo mylo. Except a few la kan. Boleh sangat di kira dengan jari. And ada jugak some of my old friends in JB yang ntah la nak consider nerd ke tak but…

Harapan Hitam Putih

Imej
Perasaan adalah sesuatu yang sangat abstrak. Satu hari kau suka, hari lain kau mungkin benci. Itu normal. Itu Manusia. Kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa perasaan itu berubah, mengikut rentak yang kita mainkan. Tapi semua itu dipupuk. Pernah fikir tak logik yang kita pernah, sedang dan akan suka pada seseorang yang kita tak kenal? Total strangers. Sebab itu aku cakap perasaan itu dipupuk. Dan ia akan sentiasa berubah mengikut masa. Masa akan menentukan segalanya. Masa juga yang akan menentukan kau dan dia dapat bersama. Walaupun sekejap. 
Tapi apa perasaan kau bila kau terlalu mengharap. Dan kau rasa kau diberi harapan untuk mengharap.
Hope is for losers -Ez-. Mungkin betul, mungkin tidak. Harapan itu tak pernah konkrit, ianya abstrak. Bila kau pernah, sedang atau perlukan harapan, kau dah letakkan diri kau dalam bahaya. Kau dalam dilema untuk bangun atau jatuh tanpa kau sedari. 
Bagi aku, harapan ada dua keputusan. Hanya hitam atau putih. Tiada kelabu. Sebab jawapan terakhir itu …

Kaki Spedo. Kaki je Spedo, Seluar Clvin Klein.

Imej
Di suatu taman. Terlihat sepasang kekasih berdiri rapat dan berhadapan. Seorang tangannya rapat ke bahu yang seorang lagi. Sekali diamati macam sedang bermanja-manjaan. Dua kali diamati rupanya sedang bergaduh.
“Abang, abang naik kereta dengan adik dan mama saya eh?”
“Dengar dulu Darling....”
“Abang cakap abang naik sorang-sorang! ABANG TIPU! Dah abang ni, kita PUTUS...”
Apabila anda membaca ni, anda terus berkata, “eh, kejam sungguh awek ni. Naik ngan adik dia je pun.”  Atau “Eh, itu pun nak marah ke.” Dan terus cop awek itu emo tak pun datang bulan. Tapi seperti kebanyakan konflik dalam bercinta, masalahnya lebih mendalam daripada satu dua peristiwa sahaja. Dalam kes ini, awek itu sebenarnya kecewa bukan saja kerana naik kereta dengan adik itu, tetapi kerana ditipu. Dan ini bukan tipu dia yang pertama.
Ala, tipu-tipu sunat...
Ada di antara kita (lelaki atau perempuan) memang suka menyembunyikan kebenaran. Bukan sebab kita ni memang jahat ke apa, cuma kita nak menyenangkan hati orang. Teta…