Umur Hanya Pada Angka.

Lepas patah tumbuh hilang berganti, pekate lu orang cuba renung-renungkan pulak satu lagi hal yang cukup pemes dalam kalangan masyarakat kita skang ni. Pehh. Kemaen lagi kan gua guna frasa 'dalam kalangan masyarakat'. Almaklong sajelah. Gua baru lepas amek SPM. So, fresh lagi la beb ayat-ayat mantop lagi berAriWibowowibawa dalam palehot gua ni. Cukup setakat tu mukadimah gua yang boleh dikategorikan sket je lagi gua akan mula meriakkan diri. Kalau melarat karang, lu orang muntah hijau pula kerana terlalu kagum. Kehkeh.

Ehh. Gua tak gtau lagi kan apekebendenye hal yang pemes yang gua nak lu orang renungkan tu kan? Sbnanye gua nak berbincang pasal umur dan cinta. Bincang yang gua tak tahan tu. Huuu. Ok. Let's troll! Ehh, mksd gua. Mari kita mulakan perbincangan. Hehe.


Situasi 1 : Lelaki tua 20-30 tahun daripada perempuan


Ape rasanya dapat betik muda? Bergetah ek? Mesti melekit-lekit kan sebab terlampau bergetah. Gua taktau. Sebab tu gua tanya. Lu orang jangan fikir overboard. Gua bagi penyekeh jugak karang. Tapi, betol la. Gua muskil betei dengan stok pakcik-pakcik kawen dengan gadis muda sebaya anak sendiri. Lagi haru kalau sebaya dengan anak bongsu dia. Memang sah tak ingat mati la orang tua cemni. Memang gua faham jodoh tu di tangan Tuhan. Tapi, kita kan boleh berdoa. Lagi pulak bila umur dah 'rumah kata pegi, kubur kata mari' tu, bawak-bawak banyak beribadat sudah la. Toksah dok menggatal dah. Haaa. Nak claim kawen tu pon ibadah la? Banyak lagi kot ibadah lain yang pakcik boleh buat. Haih. Pakcik... Pakcik... (Gambar hiasan)


Situasi 2 : Perempuan tua 10-20 tahun daripada lelaki


Yang ni lagi buat gua kerut kening garu kepala. Ada jugak kan orang taste cemni. Bukan takat ada, ramai kot skang ni. Dah jadi macam trend pulak. Nak-nak artis. Lu ingat habis gempak lah lu dah tua ganyut pastu dapat laki muda, kawen larik kat seberang laut, dok tanyang satu Malaysia, tup-tup cerai masa lu tengah mengandung? Gua tak mention sesape. Tapi, orang kate kalau lu kentut, walaupon orang lain tak dengar tapi lu tetap terasa bila orang terbau dan orang cakap "Busuk nak mati! Sape kentut ni?" Maksudnya, lu pepandai la nak diam takut terjerat diri walaupon dah terasa bagai nak gila. (Gambar hiasan)


Ya, gua tak nafikan memang jodoh tu di tangan Tuhan. Sape yang nak nafikan? Tapi, masalah orang kita adalah bila tak mohon ditemukan jodoh yang betul. Bila kita tak mintak, lagilah Tuhan tak bagi. Dok buat jodoh sendiri apekes. Kalau lu orang tak percaya, masakan ramai boleh cakap "Kami dah takde jodoh" masa nak sangat bercerai? Masa nak kawen, ayat klise "I rasa inilah jodoh yang terbaik buat i uols" kemaen sedap lagi meluncur laju dari mulut kan. Bila nak cerai, ewah sedap takde jodoh pulak.

Tapi dalam dua-dua situasi ni, gua percaya banyak faktor penyumbang lain yang menyebabkan mende ni maken berleluasa kini. Kemaen lagi ayat gua kan? Hakhak. Selain faktor harta (mungkin), faktor nafsu juga banyak mempengaruhi (mungkin). Ohh. Cinta? Cinta tu boleh dipupuk bro! Love between humans ain't everything. Don't believe me? Up to you then. You got all your rights to believe what you want and do not believe what you don't.


AFTER ALL...

Bukankah umur hanya pada angka???

Ulasan

Unknown berkata…
oh, gua ada pengalaman pahit tentang kes umur ni. sangat ouch. tak suka la topik ni.

nanti ada topik lu yang gua tak ouch gua akan suka oke =)
AlexiaAqram berkata…
rosnah mat aris kata umur ialah nombor.

selagi boleh melaram, sehat berjalan. umur belakang kira.

itu yang dia sampai tergamak cakap Siti Khadijah umur dah tua nak ...... boleh berkahwin dengan nabi.

KAH KAH KAH!

ini macam punya org pun ada. hadoiii!
Tanpa Nama berkata…
oh tidak.

topik ini.

oh tidak.


topik ini.


aku termasuk.gyahaha
bukan penggoda berkata…
@tipah: ouch ouch tula yg best. kehkeh. lgpon, gua mane nk tau topik tu akn bwt org len ouch ke idok. huu.

@AA: sumpah gua benci gila rosnah mat aris. serius tak tipu!

@matahari: kahkahkahkah. kemaen lg oh tidak lu kan.
Zeelicious MeowMeow berkata…
Kalau lelaki tua 20-30 tahun bak Sean Connery mahupun George Cloony ataupun Richard Gere ok juga.. :D
TheBentPencil berkata…
ah topik yang sesuai.
nak tahu kalau batch gua, semua orang kahwin sebaya.taktau kenapa, mayb sama kepala kot.
gua pun gitu juga, taste gua yang sebaya.

tapi...
yang sangkut dengan gua semua yang muda.
huwaaa!! taknak la adik2!
benciii
apa salah gua wei? sila tolong!
Tanpa Nama berkata…
the poyo me. dia tgk ko gorgeous kot. ada sifat keibuan. jenis yg memberi perhatian. tak gedik. ececey. true story tau.
bukan penggoda berkata…
@zeelicious: satu nama yg lu sebut, satu pon gua x kenal. kahkah.

@poyo: klw sebaya, besenye pmpn akan nmpk lg tua. taktau kenapa. pehh. yg nk kt lu sume yg lg muda? boleh ganti rita rudaini la gini. hikhik.

@matahati: part mane yg true story? haha.
Tanpa Nama berkata…
@bukan penggodahaha, maksudnya true story kah perempuan lagi matang ini lagi gorgeous, ada sifat keibuan,memberikan perhatian lebih. kisah benar dari pemerhatian.hehe

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.