Siri Surat Cinta Pilihan : Surat Untuk Memujuk Gadis


9.33 malam.
6 Mei 2005
Dome KLCC.
Demam.

Bismillahirrahmannirahim.

Buat yang tersayang Hanis Suraya Sulaiman. I'm really sorry for what happpened yesterday. Maafkan Hafiz juga kalau surat ini menganggu konsentrasi Hanis di saat ini.

Bukan bermaksud Hafiz nak lukakan hati Hanis. Tak tedetik pun hati Hafiz nak buat macam tu kat Hanis. Hafiz sayang Hanis, takkanlah nak buat Hanis terluka.

Mungkin ini semua salah faham antara kita. Kalau Hanis rasa memang Hafiz ada hubungan istimewa dengan Liyana, Hafiz nak bagitau itu semua fitnah dan prasangka. Tak pernah Hafiz ada hubungan istimewa dengan dia. Liyana cuma kawan sekerja Hafiz dan tak lebih dari itu. Ya, Hafiz akui dalam minggu lepas Hafiz ada makan bersama dengan Liyana, tapi bukan makan berdua, kawan sekerja Hafiz, iaitu Farid pun ada sekali dan kami hanya berbincang pasal hal ehwal kerja serta borak-borak kosong saja.

Maafkanlah Hafiz, sayang. Semalam memang Hafiz tak dapat kawal perasaan sangat, tertekan dengan kerja dan kemudian datang masalah macam ni, Hafiz tak sengaja nak marah kat Hanis. Bukan sengaja nak mengungkit, bukan sengaja nak keluarkan kata kesat, itu semua kekurangan diri Hafiz yang tak dapat mengawal perasaan. Bila jadi macam ni, hati Hafiz pun tak senang dan serba salah terhadap Hanis. Sebab itu Hafiz tulis surat ini untuk memohon maaf seribu kemaafan pada Hanis atas kesilapan yang Hafiz buat.

Hafiz harap Hanis tak lah merajuk lagi, kalau Hanis terus merajuk macam ni, apa lagi yang Hafiz ada dalam dunia ni? Hafiz dah lah sorang-sorang je kat KL ni, Hanis sajalah tempat Hafiz mengadu masalah dan bersuka ria. Tanpa Hanis, hidup Hafiz seperti kaca yang berderai. Kosong. Hilang punca. Hafiz tak mahukan Liyana, Hafiz tak nak perempuan lain, Hafiz cuma nak Hanis seorang. Yes. Just you. Only one, my love.

Sekali lagi, maafkan lah Hafiz. And, please comeback to me. I really need u. Hafiz betul-betul menyesal dengan perbuatan Hafiz. Hafiz janji takkan buat macam tu lagi. Janji.

Sekian.

p/s : Hafiz ada selitkan coklat kegemaran Hanis. Forgive me, honey.

Your beloved,
Hafiz Zainal.




- Semua nama adalah rekaan semata-mata. 100% penulisan ori Terfaktab. Gambar dicedok dari hungoverowl.tumblr.com

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ape da, kacau emosi tol baca benda sedih pagi-pagi. emo!
The Poyo Me berkata…
Hafiz lepas ni datang kat Hanis depan pavilion ya.

kita peluk.
AlexiaAqram berkata…
ye sayang. bawakan sekali jiwa ragamu dan aku bawakan padamu cinta mahakarya suci.
admin@blogdiloz.com berkata…
main selit-selit 'coklat' pulak?

siot.
Tanpa Nama berkata…
hafiz zainal..??

nama macam lecturer aku
Ha? Cilok nama adik aku eh?HAha
Hanis berkata…
haha.
teringat kat boyfie saya nama hafiz.
btw nama saya hanis jugak :)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.