Lelaki Tak Tahu Malu

Hai semuaaaaaaaa!!
Bertemu kembali bersama ER :)

Lama gila oh tak update post kat sini. Busy gila rasanya lately ni. Yang penting blog ni tetap panas dengan entry entry yang berguna dan hujah hujah yang jitu. Gua bukannya apa, gua memang takde masa nak update bagai. Kerja gua bapak berlambak oh oh oh!

So, pada hari ini gua nak berbual kenapa LELAKI sekarang banyak yang tak tau malu! Gua nak tanya pada perempuan perempuan di luar sana, pernah tak sekali dalam hidup lu orang, lu orang kena face satu conversation yang lu orang rasa tak comfortable? Macam boleh di kategori kan macam 'SEXUAL HARASSMENT' la kan. Kalau tanya gua, gua memang selaluuuuuu sangat mengalaminya.

Apa yang ada dalam otak dieorang ni semua eh? Gua langsung tak faham. Bayangkan, dengan orang tak kenal pun kaum LELAKI jenis ni boleh selamba badak mak enon je petik petik pasal isu sensitif.
Contohnya, lu orang naik teksi pun, mamat bawak teksi tu boleh start berbual LUCAH. Perghhh.. desperado sangat ke dieorang ni semua?

Gua pernah deal ngan satu mamat ni, pasal kereta gua. Satu hari dia call gua, dia cakap dia kat bawah office gua nak jumpa jap, nak pass fotostat geran. Mamat ni cina, lingkungan awal 40-an, sudah berkahwin. Bila dah ambik geran tu, dia pun berbual ah ngan gua tanya condition kereta apa semua. Pastu dia belek belek phone dia, then nak tunjuk gua satu gambar, dia tanya kenal tak siapa ni? Gua pun tengok la, ingat kan apa, sekali gambar Zarina Anne Julie tengah bogel dengan bf dia. Gua rasa macam WTF la weyhhhhhh? Apa motif siak? Gua tengok, gua terus blah naik office. Gua rasa malu. Gua tak tau apsal. Gua yang tertengok pun rasa malu, mamat yang tunjuk tadi takde perasaan ke? Gila betol. Pastu minggu lepas, dah berbulan dari peristiwa pertama, boleh plak dia hantar gua mesej, dia kata " U ada email tak? I ada gambar best gila nak bagi." Gua tak balas masa tu, tapi pagi ni gua amik phone gua tulis

"Nak email? Hantar kat sini la bodohnakmampos@gualanggarlupakailorikang.com"

Pastu dia balas "Haha."
Macam haram ke tak gua cakap lu? Lelaki jenis ni muka letak mana seyyyyyyy?!!

Next cerita, masa gua belajar, ada satu mamat ni, gua memang tak kenal la kan, boleh plak datang duduk satu table ngan gua. Masa tu gua baru balik kelas, lepak sorang sorang kat mamak. Orang bagi salam, gua jawab ah. Pastu tanya la itu ini, gua memang taknak jadi RUDE. Orang dah tanya, apa yang patut gua jawab, gua jawab. Pastu dia berbual, dia dah kahwin, anak 3, lewat 30-an, boss company apa ntah pastu nak jadikan gua GF. Apa cer weyhhhh? Gua jadi blur blur ayam. Mamat ada wayar putus ke apa? Pastu dia cakap dulu dia ada GF muka macam gua, dia BLOWJOB power. APAKAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH??!!
Tak malu ke weyh dieorang ni nak berbual macam ni? Ada anak bini, apa lagi yang tak cukup. Gua bila benda benda macam ni memang tak tau nak react dowhhh.. Sekarang lu orang senang cakap,

"Kalau aku, aku dah simbah muka mamat tu ngan air."

Tapi cuba jadi dekat lu orang betul betul. depan ramai orang. Lu pun jadi segan. Paling selamat gua angkat kaki. Kang makin lama gua duduk situ, ada jugak yang jadi arwah.

Lagi satu, yang gua rasa agak bengang bila conversation macam ni berlaku antara lu orang dengan boss boss besar yang lu orang kenal. Contohnya,

"I tengah makan udang ni. Udang ni macam kaki U tapi I rasa kaki u lagi sedap."

Disebut oleh lelaki Melayu, lewat 50-an, dah beruban habis, yang memang selama ni lu respect. Kadang kadang ianya disampaikan dalam nada bergurau, tapi lu orang sendiri tau yang lu orang tak comfortable dengan conversation tu. Ada banyak lagi contoh la yang sememangnya kalau lu orang dengar pun macam rasa nak bunuh orang tu. Orang tu cakap dalam nada gelak gelak a.k.a bergurau tapi agak agak ah weyh kalau pasal BRA pun nak jadikan lawak. Gua tempeleng lu sedas dua baru lu tau.

Gua pun taktau macam mana spesis lelaki macam ni boleh wujud. Lu orang tengok perempuan, ada tak tetiba je tak pepasal nak berbual macam tu? Respect la sikit. Kalau ada orang buat kat mak lu, kakak lu, adik perempuan lu, ke gf lu, mesti lu berbulu kan?

Nak salahkan perempuan seksi? Gua pakai baju kurung pun lu nak cakap bontot gua mantap, APA KES?Perempuan itu lah, perempuan ini lah. Nak salahkan perempuan je memanjanggggggg. Habis kaum lelaki yang patut respect dan membimbing perempuan mana? Banyak lelaki sekarang otak letak kat bontot. Tak cukup kuat nak mengatasi nafsu lagi pelik yang dah ada bini, tolong lah weyhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!


FUCK OFF!!

Ulasan

AlexiaAqram berkata…
terbaekkkkkk dari ladang! lempang aje berdas-das!!
panjangnye entry.. anyway, best..! :D
Mademoiselle berkata…
betul..betul...kekadang aku pun rasa malu bile dorang sembang macam ni.
Husky Pusky berkata…
on the other hand, lelaki camni mampu buat perempuan gedik rasa diri hot. #justsaying
whose berkata…
haha..berani tul itu perempuan....
Elena Reeney berkata…
@Husky n Pusky

perempuan gedik mungkin boleh ah nak rasa hot bila kena puji macam tu. tapi bukan aku.

aku just rasa HOT bila orang kagum dengan cadangan atau philosophy aku je. haha
Aku Lelaki berkata…
Hahaha! Semua laki memang tak tahu malu. Semuanya sama. Bapak dengan datuk Elena Reeney pun sama jugak tak tahu malu. Semuanya lucah. Hahaha. Ko tuduh la semua lelaki di dunia macam tu. Aku suka sangat :)
Elena Reeney berkata…
@Aku Lelaki

tu la. kau ni bebal ke apa? kan aku cakap 'jenis lelaki' macam ni. kau termasuk sekali ke apa?

kalau aku, aku malu sey nak comment kalau tak paham apa yang di baca. Kau ni memang tak tau malu ke apa?
Elena Reeney berkata…
lain kali nak buat entry jenis lelaki bebal lah. contoh dah ada ni ;p
bukan penggoda berkata…
kahkah. agak2 la bro 'aku lelaki' ni. nk sembur pon bg la fhm dlu. gua syak dia panas sgt la lu dok sembur kaum dia. dok menegang lettew tahan marah. klw berani, letak la link weh. jgn nk anon sgt. kbai.
PointBlankShot berkata…
itu spesies jantan tak guna.

buat malu kaum laki jek
Unknown berkata…
gua just 'ctrl+A' dan 'Delete' jantan mcm ni. bersepah jumpa.

lebih baik bernafsu 9 tapi kuat akal dari berakal 9 tapi kuat nafsu.

kan? kan?
Tanpa Nama berkata…
nice one. kadang2 diorg ingat semua org open minded. tapi kalau mula2 jumpa terus nak open minded pun tak boleh jugak.
Alexia berkata…
kat tempat aku, arab yang menggatai. merenyam macam tupai. ada ja nak cuit. gila!

-alexia
m berkata…
setuju sgt dgn entry lu ni!! aku penah kena jgk! memang tak tau malu jenis yg mcm ni.ishh
profwacko berkata…
gambar last sekali tu memang NGAM.
nice!!
Tanpa Nama berkata…
Ada pengalaman dengan lelaki macam tu.

And bila saya cakap saya akan curah dia dengan air, memang saya akan curah air. Serius.

patutla saya ramai musuh kahkahkah

lelaki yang macam bagus di atas. insaflah.
Tanpa Nama berkata…
@Aku Lelaki

"pada hari ini gua nak berbual kenapa LELAKI sekarang banyak yang tak tau malu"

empahsis on the word BANYAK , not SEMUA.

YOU MISREAD YOU FAIL
SaSa berkata…
laki xtau malu ye !

hurm..agree gak..tp xsemua laki camtu..ade laki baik..

but segelintir ni la yg mencacatkan pemandangan wanita2 terhadap laki baik..

walaupon npk2 gaya mcm laki baik dah hampir pupus kat dunia ni..aku percaya masih ade yg baik..tp x tonjolkan diri...(wahahaha...suke2 aku je..harap alexiaaqram xmrh..errr tp aku xckp die jahat ek..lalala)

sori aku mebebel psl lain lak..aku nk komen psl elena nye entri ni...

aku stuju ngn elena sbb..aku pon melalui pekara tersebut dlm pada aku xpnah berpakaian seksi di khalayak ramai..

nk dikatakan..aku keje pakai uniform yg agak2 mengikut badan..(mmg uniform kami dibuat camni..kalo x..dah lame aku pakai baju kelawar gi keje..slumberrr)

so nk jadikan citer..ade la satu mamat ni pgkat die tggi sket dari aku...nk becakap ngn aku psl satu bende..elok2 je parking depan aku..die leh becakap ngn aku smbil pndang d*d* aku..pervert gile!!

hoi...aku tau la koank nk ckp itu rezki...dah kalo mamat tu stiap ayat die ckp..skali pndg..kalo die ckp 50 ayat...haaa...mmg aku rase mcm merenyammm jek mase tu tgok mate die meliau...

sumpah..mamat tu mmg ensem nk mati..kalah farid kamil...tp disebabkan die gatal tahap beruk lam utan..aku rase mcm kecewa..kecewa sbb muke ensem2 tp....adess...lantak kau la labu...

akhir kate : laki yg ini..mmg xmalu

p/s : lepas die blah..aku cek baju tang d*d*...kot2 ade butang tercabut..sumpah xde..
sengal nye laki..
n mybe ade pompan suke diperhatikan camtu...tp yg benar..aku bukan camtu...aku xsuke la ngek..ko phm x..ngeee~
Tanpa Nama berkata…
Wei aku penah kene yang kes bos besar tu.
satu hari meeting, mesti ada makan2. katering mcm bangang pulak tercampur air teh dan kopi dalam satu jag. so bos tu pun ckp "oh air teh campur kopi..Air kote la ni" aku buat pekak sajo.Yang bos2 lain gelak2. Gile.
Satu lagi masa aku outstation berdua dgn bos laki aku, masatu benti kat R&R. Masa dlm kete, ktrg nampak ada 1 group pempuan pakai seksi2 lalu depan kete kitrg. Tgh lari2, hujan lak masatu. Bos aku straight je ckp "woi besarnya tetek" -.- aku buat pekak lagi sekali. Dia tgk aku tak respon, lagi dia ulang ayat tu. Aku buat bodo sampai sudah. Hado la anak dah 6 kot, 3 dah kahwin k bye
Tanpa Nama berkata…
salam... sama je laki ke pompuan... dua2 ada yang tak tahu malu... lelaki ni cara dia berpikir open skit pastu tambah ngan napsu dia plak...yang pompuan plak... mmg tuhan jadikan sifat utama dia pemalu... so jarang la pompuan buat lawak lucah depan lelaki... so jgn nak salahkan lelaki sgt.. sama ja pompuan pon.. nak lebih elok tak yah buat entry kutuk2 camni... buat entry bg nasihat supaya tambahkan Iman lagi baik...
mimimemo berkata…
tp mmg ade la certain lelaki yg baru kenal 2,3minit tp suke2 nk ckp xsenonoh...pas2 bg soklan2 trick konon untuk pengtahuan am..jadah haram la..aku pena gak terlibat dlm conversation cm 2..ade kew dak2 belasan taun cm aku pown nk ckp mcm 2...kate nyew kena taw..sbb da nak masuk 20 an..ah..die egt budak2 zmn skang blur sgt kew..aku yela wat blur sbb malu plus mmg xnk amek taw!blew laki tua terutame nyew pgkat atok2 cucu wat cm2,2 yg rosak dak2 skang..siyes aku mmg panas laki ckp xberlapik nie..nk berlucah ckp ngn geng2 sejenis da la..kalo ade bini..ha g berlucah ngn bini..laki pemimpin bak kate penulis..so wat la gaye owg bertggungjwb cket.sedih nie!
Poison_Ivy berkata…
memang coretan yang bagus. bahase yang agak berani, tapi memang patut ko luah kan perkara ni ngan cara ni. sebab lelaki sekarang makin berani, walaupon perempuan yang die berbual lucah tu kat depan pmpuan yg pakai tudung labuh. die fikir sume pmpuan kat mesia ni da jadi pmpuan sundal. tau la kan rate sosial probs da meningkat, tapi x bermakna sume pmpuan kt mesia ni da spoiled. de yang maseh menjaga maruah, de yang da spoiled tapi still nak menjaga maruah, demi memikirkan kebaikan diri sendiri.

bagi aku, kalo nak salah kan lelaki, sampai akhir zaman pon diorang x mengaku...walaupon terang2an diorang pemimpin kuarge, negara dan agama, still x nak mengaku. alasan diorang sangat2 simple, "aku lelaki. jangan salahkan aku, tapi salahkan gender aku". memang betol pe yg die cakap, tapi yang pelik nye waktu zaman dl nape lelaki leh jage tutur kata dan pandangan mata walaupon depan mata tu bende yang diorang ske tgk? pelik kn spesis ni?

so, kite sebagai pmpuan yang masih bermaruah, kene la jaga diri kite. jangan teragak2 untuk melempang sekali dua kalo diorang ni makin mengada2, sebab kalo di biarkan , makin menjadi.
Tanpa Nama berkata…
laki camni memang fuck habis aarrr!!!
Tanpa Nama berkata…
MEMANG PUN...AKU SALU TERKENA..LELAKI SKG MEMANG TAK RETI NK RESPEK ORG PMPUAN LA..FUCK R LAKI CMNI..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.