Lelaki Lelaki Poyo, Elena Kirim Salam.xx

Hola semuaa!! Wah syahdu je masing masing post entry. Gua je terkapai kapai kat belakang. Takpe, gua pun layan je entry tetiap hari. Memang syahdu gila setiap masa asyik refresh baca comment, tengok update post baru. Sekali terpikir, eh bukan gua pun kena tulis ke? Demmmmm!!

Okay, apa gua nak berbual hari ni eh? Haaaa mari spot jantan jantan kat luar sana. Apa yang lu orang pandang pada luaran lelaki tu? Okay fine. Gua memang memandang luaran. Fine fine.

Tapi mari berbalik pada realiti. Sebab gua memang straight to the point sikit. Memang orang berbual 'dont judge a book by its cover' but weyhhhh, lu orang nak ke bagi no phone kat mamat dress up gothic siap eyeliner ngan gincu super hitam? Gila apa?

First sekali gua tak suka betul jenis mamat mamat budget handsome dalam shopping mall pun nak pakai shades hitam. Perghhh.. Menyirap siak. Lu orang buta mata ke buta hati? Kalau shades tu lu orang pakai waktu panas terik time lu orang bersidai kat kolam depan KLCC tu okay la. Ni dah macam mamat batak dah gua tengok. Serius gua rasa nak patahkan je shades lu orang. Takde la rasa semak sangat kan? Macam mana rasa Shopping Mall gelap je eh? Ishhh.. Musykil.

Lepas tu gua naik rimas dengan mamat mamat yang 24 jam pun nak pakai kemeja. Lu ingat lu sangat handsome lagi bergaya ke? Tak payah la weyh nak selalu sangat sampai nak pergi tengok bola pun siap kemeja lengan panjang budget abang abang. Tak pun nak pergi lepak main pool pun nak berkemeja bagai. Memang boleh pakai tapi kadang kadang macam tak kena dengan orangnya. Tak pun tak kena tempat la weyh. Tak payah la bergaya sangat unless pergi candle light dinner okay la. Lu pakai short dengan tshirt pun dah cukup stylo bagi gua.

Lagi satu lelaki budget macho iaitu lelaki kolar naik, sambil memakai rantai buah naga. Dem dem dem!! Jangan jalan ngan gua. Sumpah gua rasa nak bunuh diri. Pastu pose amik gambar sambil bukak buah. Ya Allah, kau ampunkan la dosa dosa aku ni. Jauhkan gua dari lelaki lelaki durjana ni. Sumpah macam mat rempit tak pun budak beragas. Lu orang dengan 3 line, dengan 77, dah boleh blah ah.

Satu je gua nak cakap,

ABAH LU!!!!!

Yang lainnya, gua rasa lelaki lelaki ni semua tak payah ah nak poyo sangat. Lu ingat lu handsome dengan skinny jeans lu, baju ala ala Topshop sambil gantung DSLR memanjang. Tak payah la POSER sangat. Gua rasa benda tu semua setakat trend je weyh. Bukankah kamera tersebut mempunyai beg? Simpan je la. Bukan dok tayang selagi selaga pun lu orang nak budget artistik snap gambar. Setakat lu orang habiskan duit PTPTN layan beli benda tu tapi sebenarnya amik kos Teknologi Pejabat then takde duit pakat upload gambar kamera kat Mudah.my jual separuh harga baik tak payah ah. Serioussssss gua bengkek. Dem dem dem!! Pastu selamba je nak amik gambar orang dari jauh. Lempang lu sedas dua baru tau.

Last but not least, gua paling anti dengan mamat mamat sokong Man U!! Bahahhahahhahahahaha. Berlagak nak mati. Cakap pung pang pung pang!! Okay okay. Hahahhahahahahahahaha! Fine, Arsenal kalah. See u guys in Emirates!

Oh ye, berbalik pada tajuk. Pada kaum lelaki, lu orang mencerminkan diri lu. Perempuan macam mana lu 'aim'. Kalau lu dress up cam rempit nak mengurat awek super hot lagi cantik jelita sebab kalau dressing macam rempit pun korang taknak kan? Memilih! Gua tak cakap tak dapat tapi ishhh.. Susah la nak kata. Dalam 1000 ada la 1, pastu dalam yang 1 tadi chances dia terbahagi kepada 1/1000. Haaaa.. Cam tu la. Lupakan je mitos Adnan Sempit lu orang tu. Simpan je ketat ketat.

Akhirnya pada gua,

Lu orang tak perlu sampai kacak bergaya sangat, asalkan lu orang kemas and confident dan berkarisma, tak payah Buggati Veyron ah kali ni, gua boleh bagi no phone punya. Bahahahaha!

Ulasan

Loq berkata…
Cis,gua ingatkan tulisan Eleena Hidayah. ha ha
AlexiaAqram berkata…
1st!

elena budak 3 line dowh. dalam 3 line orang panggil dia KAK LONG. jangan memain dengan dia okay?

BAHAHAHAHAHAHAH!
AlexiaAqram berkata…
ah cilaka. dapat 2nd rupanya. sapa loq ni? dem. hahaha!
Elena Reeney berkata…
Hahahaha.

AA: tak dapat komen 1st. padan muka lu! gua mmg KAK LONG. Apehal? Lu nak ke 'DA' ke? Ya Allah, sumpah rasa nak mati berbual macam ni
AlexiaAqram berkata…
@elena reeney

setakat anak buah AC MIZAL macam lu, gua tak heran lah. ayahanda gua Awie a.k.a Husin Hantu Kak Limah Balik Rumah lah.

lu ada buah naga, gua ada telor. apa ada hal?

BAHAHAHAHAHA!
Elena Reeney berkata…
@AlexiaAqram

nak gua sebut pasal 'buah' yang lain ke? dem dem dem! *tembak diri sendiri*
Taufik Jusoh berkata…
Gua pakai kemeja hari-hari kot? Apa hal? Tak puas hati?

Gua praktikal la! Sedih wok kena pakai kemeja hari-hari! Panas rimas berpeluh ketiak gua tau! HAHA.

Kalau pakai baju kolar naik terjungkit tu memang tak best! Tak cool. Jalan pon nak bukak dada.

Adeh.

Tapi gua tak setuju la yang mat rempit nak ngorat awek lain tu. Gua tengok dalam Filem Adnan Sempit tu slumber badak je dia dapat awek cun! HAHA

Ok fine. Itu filem.
Tanpa Nama berkata…
kalau aku dressup macam orang kampung mesti tak dapat no phone elena reeney kan Aqram? nasib akulah orang kampung..
AlexiaAqram berkata…
belum try belum tau acap. kena try dulu, dapat tak dapat belakang cerita.
Elena Reeney berkata…
@ceghap

kena confident dan berkarisma lah. haha.
Unknown berkata…
kahkahkah!!!

hi kak long!!!

ngeeeee...

sbnrnya kan..jadik laki lg senang lar...pkai shot+tshirt pown dah nmpk smart..xpayah penin2 nk pk pasal kaler baju xsama ngan handbeg lar..nk make-up lar..bla..bla..blaaa
admin@blogdiloz.com berkata…
weh,aku tak suka perempuan ini!!!

hahaha.
Elena Reeney berkata…
@Diloz

tak suka? fine. thanks!
Tanpa Nama berkata…
haha. a troll for ur own bf.



tshirt kosong ngn seluar slack cukup. n spray dashing hijau.
Tanpa Nama berkata…
budak 3 line tak panas ke dengan buah naga silang maut buah berangkai ni?
rairarirurero berkata…
peminat MAN U memang byk bunyi. muka kalau hensem beradab sopan kaya raya berserban kalau bunyik banyak psl man u mmg watafak
Tanpa Nama berkata…
MAN U wadefak. Arsenal gimak. Liverfool lanjiou. hahaha
Hellioz berkata…
xtau nk ckp ape.
kelakar plak gwa bace post ni.

imho
rempit tak baca blog.

sebab tu message untuk avoid depa pakai shades in d mall tak sampai.
Alexia Aqram berkata…
berpacaran dengan lelaki fans Chelsea mcm berpacaran dengan tenuk.



dan dubuk liar.
Che Cha berkata…
hehe,

klakar siotz post ni.

aku suka.

mmg aku pon xske spesis yg ini~
niknurizzati berkata…
ada lagi satu yang menyampahnyer, laki yang bukak butang baju sampai nampak dada bulu bulu tuh. eeeiii, geli jijis tuh
aza yunalis berkata…
hahahaha... kelaka gile doh ak bce.. tp sume 2 btol kot...

yg x tahan 2 kemere dslr tegantung kt leher.. gne wet ptptn... hahahaha mmg kene la kn... kate kn trend... hahahaaha... gne ptptn bleh la... cbe hasil titik peluh sndri.. bezaman la... hahahaha

anyway... post yg menarik...

yg lagi satu x tahan 2... bulu dada... butang... baju... nak nak plak bulu dada dia selambak plak kan... geli siot... hahahaaha
Tanpa Nama berkata…
pehhhh mmg klu nmpk mamat pkai spek itam dlm mall wa rase nk sepak2 je...ingt hensem ke hape...xtawu la klu die bute ke hape kn...tp tgk elok je kepit awek die...yg aweknye pon siap bangga la tayang balak die yg bujet hensem tersebot...sumpah wehh wa nk gelak guling2 itu time...naseb la moral gua elok lg..hahhaha
the88 berkata…
@Elena Reeney
weh dok,ape lu ckp byk yg btl..
tp laki camne lu nk sbnar nye..
sdap je lu nk bg no tepon,hot sgt ke??hahaha
womenLOVER berkata…
@Elena Reeney

haha i luv this entries,,seems so funny,tp realiti mmg mcm tu la kan,,
aku stuju dgn suma tu,,:) damn 1 jea x,psal man U haha,
yaya salvatore berkata…
whoa like3 this entry post !
& soooo true . wee :)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.