Lelaki Ini.. Lelaki Itu..

Hi,

Selamat berjumpa kembali. Mari tinggalkan dunia materialistik yang gua bangkitkan dulu. Sudah sudah la tu troll gua. Tak kira la lu budak law ke hape ke, gua apa ada hal. Pada gua tu semua pandangan masing masing.

So gua memang tak dapat lari dari perihal lelaki, wanita, relationSHIT dan sewaktu dengannya. Sebab tu memang agenda utama dalam TERFAKTAB. Kang kalau gua dah berbual pasal apa gua makan, baju apa gua pakai, apa gua beli, taknak macam muntah darah plak lu orang dengar kan?

Hari ni gua petik perihal jenis jenis lelaki yang gua rasa agak susah untuk perempuan seperti gua nak menerima dek akal fikiran. Gua taktau la tapi memang dowh gua rasa mual.

1- Lelaki Gebang Kuat


Gua memang alah membeli menang memakai betul lah dengan lelaki jenis ni. Gua rasa semua lelaki memang dengan sifat TERPUJI ni. Sama ada penularan virus tersebut sedikit atau banyak tu bergantung pada genetik. Haha. Cerita nak gebang. Semua la lu ada. Semua la lu power. Semua la lu lebih. Semua la lu bagus. Lu je lah yang paling hensem. Orang lain memang tak boleh hidap tanpa lu. Kalau ye pun lu nak ngurat awek awek tu pun, naik mual la weyh. Perempuan takde lah cari yang PERFECTO, kalau lu orang memang SUPER DUPER BAGUS pun biar lah low profile sikit. Biar perempuan tu tau sendiri tahap ke power an korang. Baru la teruja.

Lagi satu gua rasa bila lu lepak lelaki sama lelaki pun memang ada sorang dua yang tergolong dalam kengkawan lu yang perangai macam tu kan. Ada tak lu rasa lu nak tunjal kepala sekor sekor? Perghhhh.. menyirap bai. Tapi lagi ah sakit hati, pom pang pom pang, habuk pun tarak. Berbual lebih ah. Last last nak bayar duit minum, tetiba je lu lupa bawak wallet. Pastu rokok pun lu nak pancung ngan member sebelah. Satu je gua cakap,

"ABAH LU!"


2- Lelaki Budget Alim

Haaaa.. ni alergiknya tahap dewa. Gua tau lelaki memang dilahirkan untuk menjadi IMAM, memimpin wanita ke jalan yang benar. Bagus.. Amin.. Mula mula dia orang kenal lu, dia memang suka attack wanita wanita yang agak sosial. Katanya nak membantu mereka. Ni selalu terjadi kepada lelaki lelaki nerdy sikit ah. Kurang pergaulan. Tegur perempuan dengan cara yang baik. Beri nasihat dan hadis hadis serta hujah hujah agama. Layan. Tegur cara pemakaian, jangan seksi. Tegur jangan hisap rokok. Jangan keluar malam. Jangan pergi clubbing. Jangan tonggang air setan. Jangan banyak kawan lelaki. Jangan tu jangan ni. Niat memang dah terbaik dah tu. Pastu mula lah nak melamar jadi gf, nak jaga kebajikan dan kemuliaan perempuan tu. Tapi last last, nak pegang sana sini, seround dua. Perghhhhh.. Agak menyirap la dengar.

"Saya memang menjaga semuanya, tapi saya rasa awak ni sangat mengujakan, dan saya tak tahan la. Yang ni je jahat saya, awak. Awak sayangkan saya kan? Saya kan nak jaga awak."

Elehhh.. se round dua, apa ada hal bagi gadis gadis sosialista? Yeke? Satu je gua nak cakap,

"ABAH LU!"


3- Lelaki Kerja Gomen

Okay okay, sorry ah kan. Gua tak berniat nak kutuk orang kerja Gomen ni. Bapak gua pun kerja Gomen. Tapi tu la wey. Gua tak cakap semua. Tapi kebanyakkannya kot. Apa yang gua observe kan, gua ada ah gak kengkawan lelaki yang kerja gomen. Gua rasa lelaki kerja gomen ni macam tak maju. Macam dah berada di satu takuk yang selamat. Macam tak bergerak, tak de peningkatan dalam hidup. Macam, "Wahhh.. apa ada hal weyh. Gua kerja gomen. Loan pun senang, apa pun senang." Ye ah, pastu lu berhutang sampai mati kan? Ye ah apa nak pikir kan? Tak banyak problem solving yang lu orang nak adapt. So, dari situ, gua ambik kira, lu tak berapa nak power dalam menyelesaikan masalah. Apa ada hal? 8.15 pagi lu masuk kerja, pukul 10 pagi lu kuar minum pagi, 12.30 tgh hari lu lunch sampai pukul 2.00 ptg pastu pukul 4.00 ptg lu keluar minum ptg. pukul 5.00 ptg lu orang balik. Aduhhhhh..Gua rasa dieorang tu semua otak typical siak. Macam ada satu cara pemikiran yang sama je. Susah la gua nak terangkan macam mana. Tapi gua rasa, most of them macam tak berkarisma. Boleh?

Okay tak nak cakap pasal ABAH dah skang. Haha.


4- Lelaki Tak Paham Bahasa

Pernah tak dalam hidup lu orang, lu orang kena face lelaki yang tak paham bahasa. Yang jenis lu cakap taknak tapi dia orang still gak nak mencuba. Gua paham, lu orang jenis tak nak give up. Tapi kadang kadang annoying dowh. Macam situation gua, gua dah xtau nak terangkan macam mana dah. Tapi still gak berkeras. Siap tabur janji janji mania lu orang. Ingat gua kesah? Nak call 24/7 konon nak bagitau caring la bagai.

Pada gua satu je lah weyh, kalau perempuan suka dia akan bagi hint la. Kalau dia dah terang terang taknak, lu angkat kaki jalan. Ada jodoh lu orang pada masa depan, ada la. And satu gak gua nak bagitau perempuan perempuan diluar sana, kalau lu orang rasa memang mamat tu tak boleh blah and lu orang tak rasa sesuai nak masukkan nama beliau pada List-Barang/Orang-Yang-Aku-Idamkan-Dalam-Hidup, baik lu orang straight to the point la. Hidup ni tak complicated kalau lu orang taknak dia jadi complicated.

Pada gua, kalau okay ON, kalau tak okay, BLAH. Kalau dah together(couple) rasa tak boleh blah, BLAH gak ah. Esok lusa lu jumpa orang lain gak. Apa ada hal?

Bila dah masuk bab macam ni, gua just nak cakap : "How you want to get the right one, if you dont want to let go the wrong one?"

Haaaa.. Faham faham sendiri la kan. Ok lah, List gua melambak sebenarnya ni. Tapi asal nama gua naik je mesti nak conquer satu page kan?

So, gua rest dulu. Gua nak makan lunch. Gua dah teruja melampau ni. Gua lapar dah berapa hari tak makan nasi.

I know you love me.xx

Ulasan

Nurul Ayu berkata…
gua agak menyampah yg nombor 2..well gua tak kisah pon klu diorang nak tegur tp at least biar cara yg baik..selalu yg aku jumpa..nak tegur tapi macam nak perli cari gaduh pon ada..
AlexiaAqram berkata…
ini betul-betul bikin panassssss.


hahahahahahah!
Tanpa Nama berkata…
aku rasa, semua ciri2 laki yang kau tulis ni, perempuan pun ada. 2x5 je duadua. hehhheh
Alan berkata…
keje gomen pun salah eh. style2..
Tanpa Nama berkata…
the bes weh
Tanpa Nama berkata…
quote yg menarik, bleh share?
Rebelle berkata…
no1 & no 2 memang tak suka..!

wak lu!

:))
hentakbelipat berkata…
pehhhh..berapi dah list2 nih..hahaha.memang tahap abah la punye berapi..tapi part yang gebang letup2 tu aku sokong..kalau aku pun ade mmbe cmgitu mmg nmpak mase depan die makan tapak kaki aku
Tanpa Nama berkata…
lu yakin-yakin je lelaki kerajaan tak berkarisma, kalau tak berkarisma, lu tak hidup la dol. lu jugak ckp bapak lu gomen. apa cer?
Elena Reeney berkata…
Gua kan xcakap semua. Lagi satu lu tau tk karisma tu apa? Tau tak apa? Lu google maksud berkarisma.

Kalau lu rasa lu tak tergolong dalam golongan tersebut then ok lah.
Hellioz berkata…
kena lagi...
aritu dah kena
ni kena lagi

hamsap lu elena...
Elena Reeney berkata…
Ahhhh.. Gua tak kesah. Haha. At least lu orang dah baca.
Burungman berkata…
nak jawab boleh? hehe

1. 1st of all, aku hargai pendapat kau. maybe kau buat entri ni based on apa yg kau tgk dkt suma laki. tapi kan, cuma nak perbetulkan sket. x suma laki mcm tu sbb kau xjumpa lg suma lelaki dlm 1 dunia ni. yg dlm malaysia ja pun mgkn baru 10 or 20 percent laki yg kau jumpa. tapi aku setuju la dgn kau yg laki mcm tu mmg bikin org menyampah tahap gaban.

2. laki yg macam tu paling aku x suka. menghancurkan nama laki yg mmg sedia alim. sumanya pakai topeng hipokrit. lelaki yg alim diorg mmg akan tegur org lain, tapi klu dgn pompuan, diorg akn serahkan tugas tu kpd pompuan muslimah sndiri ataupun ikut keadaan klu terpaksa. yg budget alim tu cuma ambik kesempatan ja.

3. yg ni pun aku nak perbetulkan sket. mmg ramai laki yg mcm kau mksudkan tu, tapi sumanya mgkn yg ko jumpa ataupun yg ko dgr2 dr org lain. aku pun dah jumpa ramai laki keja gomen dan ramai jugak yg maju dan x berhutang. penggunaan kebanyakan tu mcm melambangkan laki keja gomen yg xguna lbih byk drpd yg berguna. pasal karisma tu pulak, i agree dgn pndapat kau yg kebanyakan laki keja gomen yg xguna tu mmg xberkarisma.

4. yg ni, bukan perempuan saja yg hadapinya. even aku yg laki pun sama jugak. laki yg x paham bahasa ni adalah laki yg bila dinasihat mula melenting, bila ditegur xmakan saham, bila di bawa ke arah kebaikan mula bg alasan. so, aku setuju saja dgn kau. hehe

p/s: ni suma cuma pendapat aku ja, dan aku hargai juga pendapat kau. teruskan entri mcm ni supaya lg byk lelaki di luar sana yg tau psl benda2 mcm ni :)
Tanpa Nama berkata…
kesian~~ memang patut la ko kenal ngan laki2 yg annoying camni, sbb tgk cara ko ni pon ade tergolong gak dlm prangai wanita2 yg annoying..

cube bukak mata n kenal ramai lagi org lagi, jgn duk dgn kelompok yg sama smpai jd narrow minded sgt! sbab keadaan sekeliling menentukan perspektif idop seseorg..

..perempuan itu.. perempuan ini...
TheBentPencil berkata…
syabas betei elena.
anda telah berjaya meneroll lelaki2 di luar sana sampai agak rage.

hey, it's her opinion, leave it like that.

and oh ya, pasal laki keje gomen tu?

well, aku ade sorg kawan laki. dia praktikal gomen 6 bul. tp abis belajar die trus kuar keje sendiri. sanggup keje 7 hari seminggu dari 5 hari seminggu gomen.

"asal ko xnak keje gomen? jalan ko da senang sebab ko pnh keje gomen kan? of cozz la die nak amik ko balik," aku cakap.

"well," katanya dengan konfiden. "bukan aku nak mengata (padahal mulut dah menjuih macam mak gosip),tapi..aku tak nak keje situ. aku takkan berkembang." katanya.

"kenapa?"

"sebab...diorg tu pemalas."

ERK! Sentap!
Elena Reeney berkata…
the poyo me: haaaa.. yang tu la yang gua maksudkan. akhirnya ada jugak yang memahami. :)
Unknown berkata…
aish..memg panaz la wey...

1. gwa bukan takat nk tunjal..rasa cm nk bg kaki semua ada..

2. -.-" huh..mls nk komen pepnjg..

3. sbb tuh ler sorg plh gomen..sbb M besar!!!muahahaahaaa

4.yg ni memg buat gwa fed-up!!!
rasa cm nk buat report polis jerk!!hahaha*mcm hot sgt!!!
Che Cha berkata…
hehehe klako2 best best. benar2.

lawokkk orang keje gomen pon ada. tp mmg r makan 4x seharikah ???

camnee ni!! aku tengah tunggu feedback interview gomen aku.pe patot gua jawab?? haha

adehlaa...jgn la nk panas sangat dengan post ni.... dia tulis tu sbb mmg da jumpa lelaki yg annoying camtu serta lelaki yg baek2 juge...da balance.so tulisla isu camni...nk gtau sume orang~ sharing is caring kan.

coz skrg aku rasa ramai lelaki yang annoying dari yg baek. peratusan laki makan duet pompuan tu byk especially yg da berkahwin! dok umah bini tu bro, harta sndiri xde.

dah xyah ckp aku berat sebelah. aku pon da jmpe memacam jenis laki... ada yg suami mithali,bagus. dan ada suami yg cam lahabau. so im talking based from my experience. apa yg aku nmpk.

oh nk adil? ye pompuan pon ada yg camtu. adilkan statement ni. ok.


so, sendiri jaga diri sendiri la. terasa ngan post ni watpe bro ?

hahaha!
Jimmy Stracqualursi berkata…
dalam kes no 2 tu, kalo si pempuan yang approach budak alim cemana pulak? takat mana la sangat dia boleh tahan an.
Kay- berkata…
no 2 tu mmg macam palat! sial~ aku siap ugut repot polis!! padan muka dat jantan jongos pakai kopiah! hahaha
.: Si BungaKopi : . berkata…
aku sangat2 bersetuju. sumanya benar belaka. lelaki mmg ramai yg kuat gebang. memang. memang.
berlagak alim pon ghamai gilaaaaa.. ingat pompuan xleh tahu ke dia tu alim betul atau bajet alim. ces.

erm, suka sgt entri ni. rasa cam nak copy je. huahua.
shue_fearless_gurl berkata…
gambar dr.rozmey mmg ta boleh blah.
comel and kiut je rambut die.
:)
JANE berkata…
no 4 la yang paling kena BLAH.
jenis yang tak paham bahasa.
lelaki mcm nie la virus yang menyerabutkan kepala hotak..

ok bye..
idham berkata…
er, btul sume tu.hihi.
tp kan, yg gomen tu xstuju la. knapa ckp cmtu. kalau dia keje gomen sklipun tp dia pandai handle kewangan takde masalah kn?he

n one more thing. hm, sy bg awak pilihan eleena, antara dua orang lelaki.

1) kaya, hensem, masa depan cerah,sosial dan abaikan agama.
2)miskin, kurang hensem, kuat ilmu agama

yg mana agaknya kamu pilih
Tanpa Nama berkata…
entru padu. bg panduan utk ak. lepas ni tak nak kerja gomen. baru lah karisma. heheh
Tanpa Nama berkata…
alahai....keja goverment kan relax ja....mana ada push2 mcm swasta ni...thats why depa pemalas..sebab dok di zon selesa.... yg no2penah jumpa, nasihat saya bagai2, last skali awek pasang dua... yg no 4 pon ada....gila2 ah buat saya loya tekak. dah tak larat maki hamun dah. tak paham2 bahasa lg yg kita taknak kat dia...soooo annnoying!!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.