Jangan Marah Orang Beli Kondom.

Ada tengok OhBulan punya page tak? Ala yang pasal iklan HIV itu. Marah betul semua orang dengan Sazzy Falak sebab dia minta orang pakai kondom.

time kaceh kat ruumz.com dan Ohbulan.com

Eh, die minta je. Bukan dia galakkan seks bebas.
Kalau aku pun, aku jumpa anak muda beli kondom, aku tengokkan aje.
Tak kasi dia beli? Kalau tak bagi dia keluar kedai, buat jugak. Baik bagi aje kan.
Oh marah ke mak ngah?

Hakikatnya bukan aku menyokong seks bebas. Seks bebas tu salah, sangat salah. Tetapi jangan dibiarkan mereka tambah satu lagi salah dengan menyebar HIV.

Satu dosa berzina, satu lagi dosa kerana menyebarkan penyakit berbahaya. Dan tu belum dosa kalau ada anak dan anak itu terbiar.

Cuba tengok di negara kita. Berapa persen orang Melayu yang buang anak? Berapa persen orang melayu yang kena AIDS dan HIV?

Banyak tak?
Kenapa kaum lain tak banyak?
Kondom ke? Ke mereka tak buat seks langsung?
Hakikatnya masyarakat kita dah cukup benar menasihat tentang seks bebas ni.
Pum-pang-pum-pang (macam Azad cakap) nasihat jangan zina, nasihat jauhi maksiat, nasihat itu nasihat ini.
Hakikatnya bab nasihat ustaz-ustaz kita memang tiptop. Lagi dashyat dari guru agama lain, kita turun padang cegah maksiat. Ketuk pintu orang sana, masuk hotel sini. Bila tangkap, nasihat.
Kita sebagai rakan pun pum-pang-pum-pang nasihat jugak.
Alih2 dia pi kongkek dengan mamat tu jugak.

Tahu, Tuhan tak bagi tapi tak boleh tahan dah ni. Pasangan pulak sibuk meminta. Nak lakukan sorok-sorok. Nak lakukan cepat-cepat. Alih-alih lupa beli kondom. Otak dah letak tepi, nafsu dulu.

Seronok hari ni, esok HIV. Hooray!

Hari ni mengandung, lepas tu sah dapat HIV pulak tu. DOUBLE HOORAY!

Anak tu pulak, kalau dibuang sampai mati tu dah satu dosa dah dibuat. Tapi tambah lagi satu dosa kalau anak tu dijangkiti HIV. Kalau hidup macamana? Tak memasal hari-hari hidup hanya menghitung mati. Kecik-kecik dah kena telan antiviral. Besar-besar tak boleh sekolah, sebab sekolah taknak terima orang AIDS. Takut menjangkit katanya (padahal budak sekolah rendah mana ada buat seks, main tukar-tukar jarum, dan buat blood transfusion dalam kelas kan? haha).

Tu kalau ada anak. Kalau tak ada anak? Diri sendiri terpaksa tanggung AIDS. Pasangan dah cabut lari sebab rasa bersalah (atau takut ko simbah asid kat die sebab ada HIV tak nak bagitau). Umur muda-muda dah kena AIDS. Jangka hayat kena potong separuh. Dulu cita-cita nak jadi Artis Akademi Fantasial, sekarang tak kesampaian sebab ada berapa tahun lagi je nak hidup. Badan pun lemah-lemah, kena telan ubat hari-hari. Dahlah ubat mahal, kena pulak mak bapak yang tanggung. Nak mintak kerja bos konfem rijek kalau tahu AIDS sebab takut jangkit. Eh macam la kita nak kongkek dengan bos tu. Tah hingin nyah!

Ok, memang jelas terang dan nyata HIV ni bahaya. Boleh bawa AIDS. Orang semua tahu. Dan orang juga tahu cara terbaik mencegah jangkita HIV ialah jangan berzina (dan juga jangan hisap dada, dan hati-hati menderma darah). Tapi terang la macamana pun dekat mamat yang kuat berzina. Ada ke dia dengar?

Orang dah jauh dari Islam jang. Entah solat entah tidak. Kalau solat betul ke syaratnya. Kalau puasa lengkap ke. Kalau makan, halal ke, haram ke. Dosa pahala dah tak boleh faham dah. Dah jauh dari syariat mereka tu.
Orang macam tu cakaplah pasal dosa pahala seksa neraka sampai kering air liur. Dia mana faham. Hati dah hitam. Syaitan dah tutup. Nafsu dah ambil alih. Entah-entah masa kita nasihat dia pasal seksa neraka orang berzina, dia sibuk fikir pasal syruga dunia atas katil dengan awek. Ehh!

Kalau nasihat pasal dosa pahala tak masuk, nak nasihat camna lagi?

Well, nasihat secara halus dulu.

Bro, nanti nak buat tu jangan lupa kondom.

Apasal? Tak syok la kongkek. Tak ada feel gitu.”

Macamana nak feel kalau awek tu dah longgar? Hawhawhaw!

Kau ni Saripdol lawak tak hengat, macam la awek kau ketat sangat.

Bukan apa Halimdin, ko tak tau awek ko dah buat ngan berapa ramai orang. Ko pun tak tau ada penyakit ke tidak awek tu.

Eke le ko ingat awek aku AIDS ka? Ak tengok sihat aje. Boleh enam round satu malam.

What the eff? Wei, orang kena HIV, diorg nampak sihat je la. Especially kalau baru beberapa bulan kene. Orang HIV bukan sume rupa cam Mat Pit kurus-kurus lebam-lebam. Semua tu cuma nampak lepas ada AIDS.“

Apa ko merepek ni Saripdol. HIV ke AIDS?

HIV tu virus dia. Ala macam orang kena virus selsema Babitos la. Virus masuk dalam badan, mula-mula tak rasa apa-apa. Sihat walafiat je orang tu. Nak main futsal lima nam round pun jalan, padahal virus da ada dalam badan. Bila virus dah membiak banyak-banyak, baru dia attack satu badan. Pastu tetibe je ko jatuh sakit. Ha time tu la baru nampak ko dah kena AIDS. Dulu-dulu time sihat tak hengat, pergi sana sini. entah-entah time tu berapa orang ko dah memasal kasi HIV free-free.”

Betul ke ni saripdol? Awek aku serius sihat dow. Dia suke pergi KLCC dow.”  

"Ko SURE ke awek ko tu sihat luar dalam. Kalau nak tau orang tu ada HIV ke tidak, ujian darah je boleh cek Halimdin.”

Huiyo scary sial. Patut la awek aku ni berpengalaman. Entah2 dah ramai orang dia buat. Ok la Saripdol, nanti aku pakai kondom. Sihat pun sihat, anak luar nikah pun takde. Oh yess!!

Ha, tau takpe. Dan bila ko rase-rase cam nak buat anak betul-betul, ada surat nikah segala, ko kahwin la dengan awek ko tu. Kasi halal satu.

Baik Saripdol. Thanks nasihat ko tuh. Kau memang kawan yang paling best. Aku kawan dengan ustakaffuandotorg die terus cop aku masuk nuraka sama-sama Obefiend.

*Ya, mereka takut kena hukum. Ya, mereka takut kena tangkap. Ya, kadang-kadang mereka fikir jugak dosa pahala. Tapi hati mereka lemah menahan nafsu.  

Mereka ini nur Islam dah tak ada dalam diri. Nak cakap panjang-panjang pasal dosa pahala pun tak guna, kerana yang tinggal hanya logik akal. Kenapa tak boleh zina? Kenapa dosa? Apa tu dosa?
Oleh itu, kalau tak boleh gunakan logik agama, gunakanlah logik akal untuk mereka ini. Dan dalam diam, doakan mereka sampai ke penghujung jalan cahaya itu.

Dan kalau mereka dah tak tahan sangat nak membuat, hulurkan mereka kondom

*trollface.jpg*

p.s. moralfags juga menganggap AIDS adalah hukuman Tuhan kepada orang yang suka berzina dan hubungan gay/lesbian. Tapi hakikatnya suami isteri yang sah pun kena. Orang terima darah dekat spital pun kena. Ha, camno nak jawab tu?
saya tak pakai kondom ritu, sebab tu la saya kantoi ada lovechild. ops!

p.p.s. sapa nak kutuk pakai nama Anon. Supaya aku lebih adil. Hahaha

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
yeah! sex bergetah untuk semua!
Tanpa Nama berkata…
n, hiv and aids bukan hukuman. cuma penyakit.moralfags suka btl jd demigod. harharhar.
Unknown berkata…
matahari :: manusia kn suka men-judge org..
Anisa berkata…
erk.
entahlaahhh

tade pengalaman..

pas bace entri ni,

berfikir panjang..
Amak Kongsi berkata…
nak share kat fesbuk
Tanpa Nama berkata…
Betul laa tu. Tapii, cara nasihat tu, belum tentu penerimaan yang positif mcm kat atas tu kan? Buatnya tiba tiba gedebuk tumbuk muka. Tak ke naya jadinya tu. Kne aware laa kan dgn any feedbacks :)
_aliahwafa_ berkata…
kadang2 orang biasa2, yg xd title ustat lagi boleh diterima nasihat diorang berbanding dgn org2 yng ada title ustat.
AlexiaAqram berkata…
aku rasa malaysia ni dah nak ke arah seperti Las Vegas.

perghhh!
TheBentPencil berkata…
alamak. baru nak post "pertamaxxxx"!

laju yer korg semua.


p.s. did anyone notice this post is the exact opposite of the previous post? ahaks.

*trollmode on*

pergi makan jap, pastu baru reply comments korg. tata
Tanpa Nama berkata…
lepas las vegas terus jadi beverly hills, where mom says yes, u can have ur first sex, dear.
CiPheR_0818 berkata…
kawan obe ke? tkejut aku ttiba dgr obe disebut...

btw, korang bloggers ni mmg kawan ke?
SaSa berkata…
kat spital pon..derma darah leh kene hiv..ooo takutnye lahai...

but..im more to occupational hazard..hari2 kne hati2 wat keje..hurm..
zizie berkata…
sex pakai kondom ape rasa...tak rasa ape pun....kan2
Meister berkata…
giler byk dosa tambah2.. fuhh...
Ara berkata…
well said. :)

p/s : aku tau pe name awek halimdin - halimah (read : jongang)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.