Cerpen Faktab : Monolog Dalaman.

Aku duduk dekat celah-celah antara bantal dengan selimut. Pagi tu hening. Angin boleh tahan sejuk. Kipas pusing dengan kekuatan kuda tahap satu dari 3 tahap. Dari hujung kaki ke hujung kepala semuanya di tutupi dengan selimut. Subuh bakal menjelma. Aku masih di selimutkan dengan kulit babi. Celaka syaitan di rejam Tuhan.

Aku terfikir sejenak sejauh lime batu jauhnya. Oh mungkin lima puluh. Oh mungkin juga tiga ratus. Ah barua. Kisah pulak aku jauhnya. Janji ia jauh. Aku fikir. Beberapa peringkat fasa dalam kehidupan berhubungan ini.

Mulanya terpandang. Tak kisah lah di sekolah, universiti, tempat kerja mahupun di internet. Keduanya berkenal. Tentang diri. Keluarga. Segalanya. Kemudian tak lupa juga peringkat mengisytiharkan hubungan. Tunang atau sebagainya. Dan paling maksima di dalam hubungan dan jika di restui pelbagai pihak ia adalah sebuah ibadah yang paling bermakna di dunia, perkahwinan.

Senyum aku keseorangan. Azan subuh masih lagi belum di dengari. Aku lihat semula jam di telefon bimbit. Lumrah hidup aku, aku tak punya jam tangan. Kenapa? Tak pernah kekal lama. Aku rasa janggal berjam. Bukan bermakna tidak suka. Cuma janggal. Kalau ada orang beri aku jam rolex bersalut emas beberapa karat sekali pun, aku hanya simpan sehari, dan terus ke kedai pajak gadai.

Apa aku cerita ni?

Aku garu kaki aku. Kesan dari kegatalan nyamuk dari Kuantan tempoh hari. Kemudian aku lihat siling dan berfikir. Peringkat pertama yang agak penting selepas berkahwin. Apa akan jadi bila si isteri mula melahirkan seorang anak? Aku bangun dan duduk di atas katil sambil termenung. Aku malas nak fikir jauh-jauh pasal lelaki yang suka mendera anak. Merogol anak sendiri. Itu bukan bapa bagi aku. Aku terus fokus kepada lelaki yang betul-betul boleh memakai name-tag 'bapa'.

Awas si isteri. Mungkin suami anda akan seperti lebih memberi tumpuan kepada anak kecil yang baru di lahirkan itu. Azan di dendangkan di telinga. Bermain dengannya. Tidurkannya. Sehingga kau akan terasa terabai. Dia pula hanya hantar kau kepada pengurut selepas bersalin. Mengurut semasa pantang. Dia pula? seronok bermain dengan baby. Cemburu?

Mungkin setahun atau dua tahun selepas kelahiran baby tu juga adalah satu fasa yang penting. Mungkin suami anda akan bekerja di luar kawasan. Rindu-merindu ialah satu perkara biasa dalam hubungan. Aku terfikir, apa pula jadi bila si suami menelefon dan benda pertama yang dia akan tanya ialah,

"Baby macam mana? Sihat?"

Bukannya kau yang di sebut dahulu. Kau mungkin akan terasa seperti si suami telefon hanya sebab merindui anak bukannya rindu kau. Amacam? Cemburu dengan anak sendiri?

Perut tiba-tiba memulas kuat. Aku bangun ke tandas. Masih memikirkan tentang suami isteri dan dot dot dot. Seraya langit bagai setuju dengan perasaan aku. Baik. Angin tenang dan nyaman ini lebih hebat dari segala jenis penyaman udara yang boleh di beli di pasar-pasaraya. Atau kedai elektrik.

Fahamilah. Suatu hari nanti mungkin kau akan dapat lalui beberapa fasa begini. Tak kiralah kau akan jadi si suami atau si isteri. Mungkin tiada masalah bagi si suami dalam konteks ini. Tapi bagi isteri, laluinya lah dengan senyuman kerana suami anda punya satu rasa sayang yang kuat. Mungkin juga namanya ialah shafiq yang bermaksud penyayang.

Bukannya dia tidak ambil kisah tentang kau. Cuma itulah zuriatnya. Darah dagingnya. Konteks ini sama jika nak di bandingkan dengan bila ibu melebihkan perhatian pada anak bongsu dari anak sulung atau angah. Bukannya si ibu tidak sayang pada anaknya yang lain. Cuma, si kecil itu belum mengerti apa-apa dan perlua perhatian lebih. Sayangnya masih sama pada semua anak-anaknya bukan?

Begitulah si suami. Excited mungkin? Darah yang mengalir dalam dirinya kini berada di dalam sebuah tubuh manusia yang baru. Anak sendiri?

Bila sudah besar sikit. Si anak buat perangai. Si suami ambil hanger dan pukul punggung si anak. Si isteri menangis-nangis suruh berhenti. Jujurnya, bukan si suami tidak sayang anaknya. Sayangnya terlampau lebih sampai bila anak kesayangannya itu tidak membesar mengikut plan yang di imaginasikan dulu, mungkin dia geram.

Kalau tak sayang, mungkin dia telah pukul guna kayu golf mungkin?

Tapi biarlah ajar dengan berpada-pada. Dalam Islam pun suruh merotan jika anak tinggal sembahyang selepas umur 7 tahun. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Bubur McD boleh di telan. Kalau bubur masa? Kau buang saja.

Fikiran aku bercelaru mengenai benda yang langsung tak celaka ini. Senyum. Aku mula senyum. Mungkin benda tu meletihkan nanti. Dengan seribu satu masalah yang kau akan hadapi selain masalah di rumah dengan isteri dan anak-anak. Tapi bukankah itu adalah satu ibadah yang dikurniakan Tuhan yang amat menyeronokkan?



Subhanallah.

Ulasan

AlexiaAqram berkata…
indah, seni, sinis dan benar. kau penyayang. moga kau menyayangi aku jugak.

EWWWWWW.
Tanpa Nama berkata…
sejenak, memikirkan diri sendiri..
penulis.sahaja berkata…
@AlexiaAqram

hahahaha. bangang.
aku syg kawan2 aku jgn risau.
*bunyi gay tak?*
penulis.sahaja berkata…
@MATAHARI
fikir2kan dan selamat beramal!
The Poyo Me berkata…
bukan si bapa aje, si mak pun sama.
kalau masuk gaji first dalam kepala yang dia fikir ialah "apa nak beli untuk anak-anak eh?"
Tanpa Nama berkata…
romantik!
juMa berkata…
bnyk nye kenapa yer..haha..entry mang sempoi.like!
iamtain berkata…
ini indah :)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.