Bila Cinta Mati Di Tengah Jalan

Aku bukanlah lelaki yang perfect. Harta tak banyak, bahasa pun kasar, perangai pun kadangkala betul, kadangkala tidak. Cuma aku ada satu saja perkara yang aku rasa setiap orang berkongsi benda yang sama.

PERASAAN.

Aku kenal dengan Syafiqah Najwa dah lama. Sejak aku dari kolej, waktu tu hari sukan, aku gatal nak tekel dia. Nama manja dia Jua. Dari nama Najwa. Sweet jugak lah namanya macam orang nya. Manis, kulit cerah, tinggi dalam 5kaki 3inci. Bila dia senyum, ada gigi berlapis kat gigi taring dia. Bila dia membuka bicara, seperti comelnya Lenka dalam video clip Wet Dream. Memang aku tak dapat lupa, gila bayang pernah kejap. Member aku sampai membahan aku sebab aku nyanyi lagu Najwa Jane, kononya nak macam Sofea Jane nyanyian Black mentor la. Haha, bila kenang balik. Malu sendiri pun ada.

"Awak datang lah nanti eh, saya tunggu awak kat dataran tau"

Itulah ungkapan yang aku boleh cakap agak menerima dan manja dari dia pertama kali kepada aku. Kalau tak, memang dia macam tak nak layan aku. Malam tu dia ajak aku teman pergi dataran untuk melihat bintang jatuh. Kononya macam nak wish hajat lah. Haha, geli aku.

Aku gembira berkawan dengan dia. Bila dah lama, korang faham-faham lah, rasa jatuh hati kan? Ye lah, dah rapat. Aku rasa korang pun akan alami benda yang sama. Cumanya, aku tak berani nak luahkan perasaan tu pada dia, tak berani nak cakap aku suka kat dia, atau lebih mudah, nak jadikan dia teman istimewa.

Tapi, ada sesuatu yang aku agak pedih sedikit...

Bukan aku seorang saja yang jatuh hati pada dia. Ada lagi 5-6 orang lagi yang sama berperasaan seperti aku. Ya, kami jatuh hati pada Jua. Pada gadis yang sama. Dan lebih kelakar atau lebih sadis, mereka yang jatuh hati dengan Jua ialah kawan-kawan baik aku jugak iaitu Azri, Halim, Adib, Haziq dan Paan.

Dan ini benar-benar terfaktab bukan?

Aku tak pasti bila pulak Jua ada berhubungan dengan diorang. Dalam hati aku, gila terer minah ni boleh berhubung dengan lima lelaki sekaligus. Lagi hebat dari playgirl. Namun, untuk beri title playgirl kepada Jua, bagi aku, agak keterlaluan. Jua terlalu baik. Tak mungkin. Jadi, aku rasa, memang kebaikkan Jua dan kemanisan dia itu memang menambat hati ramai lelaki. Setuju bukan? Perempuan yang baik, lelaki mana tak terkejar-kejar. Perempuan kuat troll lelaki, ada lelaki nak kejar? Ayukkk, tak tauu.

Ok, aku ada cakap dengan kawan aku Azri dan Haziq pasal Jua. Kami bertiga bersetuju bahawa Jua memang baik. Tapi dalam hal ini, masing-masing macam tak nak kalah untuk nak jadi teman istimewa Jua. Masing-masing ada cerita tersendiri yang indah bersama Jua. Arghh, apakah ini. Adakah Jua ni bidadari syurga? Cis. Lebih sadis, aku sendiri. Aku sendiri tak nak mengalah. Ego kuat untuk mendapatkan Jua. Padahal kami tau, Jua lebih rapat dengan Paan sebab Paan dah pernah bercuti dengan Jua minggu lepas. Tapi, kami berkeputusan untuk berprinsip, "Siapa yang dapat Jua, dia lebih jantan". Pergh. Cabaran. Ego habes. Kalau korang yang lelaki kena macam ni. Apa rasa? Bodoh sebab nak berebut perempuan seorang? Ceh, abes tu bermakna ke korang berebut sebiji bola? Bola tiada puki. Perempuan ada puki. Fikir sikit.

Nak jadikan cerita. Satu hari tu, hari jadi Jua dah nak dekat. Aku ingat lagi, 5 Disember. Hari ini lah, sebab tu aku tulis tanda mengenang kembali. Kami semua yang berebut dengan Jua bersemangat lah, nak bagi suprise kat dia, nak tambat hati dia. Kemain lagi masing-masing pakai hensem-hensem, hadiah bukan main gempak siap si Halim dengar cerita nak bagi Samsung Galaxy. Aku tak mampu, aku bagi cincin emas putih Wah Kang yang berharga seratus lebih je. Romantik sikit. Ceh, harapann.

So, kami pergi lah ke destinasi hari jadi tu. Lima-lima naik kereta si Azri. Haha, duit beli hadiah ada, tapi kereta tumpang member. Memalukan.

Di pertengahan jalan, satu panggilan dari handset Paan ;

"Paan, pergi hospital besar melaka sekarang! Kecemasan, Jua eksiden!"

Kami kaget. Semua terdiam. Panggilan telefon dari Nani, kawan baik Jua benar-benar memeranjatkan. Lantas, si Azri terus drift Wiranya patah balik pergi hospital besar. Pecut!

Sejam kemudian kami sampai di hospital. Semua muka pucat. Biru-biru. Kaku mengenangkan apa lah akan jadi ni. Baru nak berseronok, bala pulak menimpa. Nani datang pada kami nangis-nangis, minta kami semua ikut dia. Haih, suspen betol aku time ni. Aku sendiri tak keruan.

Sampai di wad perempuan, mak bapak Jua ada. Semua orang tengok kami semacam. Yelah, pakai baju macam nak pergi party. Ni kan hospital, siap bawak teddy-bear besar lagi. Apa kejadah? Padan muka Haziq, sapa suruh hadiahkan teddy-bear?

Kami semua belum boleh dapat masuk wad. Semua pening kepala, tertanya-tanya apa jadi pada Jua. Yang seperti diceritakan oleh Nani tadi, Jua eksiden masa nak pergi ke tempat sambut hari jadi dia kat Secret Recipe. Dia naik Ego LC dia, sampai simpang, kena hentam dengan Triton. Pergh, sakit tu. Parah.

Dalam 10minit kemudian, doktor keluar..... Aku dah berdegup-degap. Nervous. Reaksi muka doktor tu dan geleng kepalanya tu macam ada satu petanda yang tak baik.

"Kami tak berjaya menyelamatkan dia", kata doktor tu kepada ayah Jua.

Tangisan. Raungan kedengaran. Aku lihat Paan teresak-esak. Air mata jantan keluar. Semua muka toya sedih tak ingat. Aku sendiri, macam nak jatuh. Kaki lemah. Namun aku gagahkan dalam kesedihan. Aku pasrah. Aku keluar dari situ, bersama kawan-kawan yang lain menghidupkan sebatang rokok tanda deep. Terduduk kesedihan. Perempuan yang kami semua rebutkan, pergi meninggalkan kami di pertengahan jalan. Terfaktab!

Ini lah di namakan cinta yang mati di tengah jalan...








Aku terjaga. Mimpi. Dem betul boleh mimpi macam gini malam tadi

Ulasan

zamdayz berkata…
mungkin ade yg lebih baik untuk awak.
:)
bukan penggoda berkata…
kahkah. jgn harap mimpi. btol kan ni boss???
Tanpa Nama berkata…
dah agak dah mimpi.


story nya sgt familiar dgn apa yang aku pernah baca.
Nurul Ayu berkata…
keh keh keh..aku dah agak dah mesti mimpi ni...lain mcm ja jalan cerita dia..
ceksumolek's berkata…
hahaa.. slalu sumi yng kenakan org dgn cerita mmpi.. hari ni sumi sndri yang terkena..
Burungman berkata…
LoL! Aku duk start layan jiwang sudah, tiba2 ayat paling last tu spoil mood aku, cis~
Aimi Bahari berkata…
'Bola tiada puki. Perempuan ada puki. Fikir sikit.'

macam %^#$% punya ayat.
Tanpa Nama berkata…
cerpen dah boleh celencelen apit dah ni.
Jerung Tempang berkata…
aku tak tahan ngan ayat ni.

" Sampai di wad perempuan, mak bapak Jua ada. Semua orang tengok kami semacam. Yelah, pakai baju macam nak pergi party. Ni kan hospital, siap bawak teddy-bear besar lagi. Apa kejadah? Padan muka Haziq, sapa suruh hadiahkan teddy-bear? "

tengah aku fokus leh gelak besar. hahaha. terbaik r!
AlexiaAqram berkata…
@bukanpenggoda

mimpi lah. tapi, sebab aku pernah jumpa kisah ni, tu yang terbawak-bawak dalam mimpi.

@shakinah

apit lagi terer. dia punya mimpi lagi heaven.
Rebelle berkata…
mimpi stok bangun pagi terus teresak-esak ni..

haha
Hellioz berkata…
lancau

last2 mimpi...

harom~
lulz~
Che Cha berkata…
hahaha sapa Jua di hati lu bro ? =p gagagagaga!
niknurizzati berkata…
kalau cinta mati sebab orangnya mati tak pe agi, ni kalau cinta mati orangnya tak mati tapi cinta mati macam tutup tv, pap, mati macam tuh je. macam mane?
SaSa berkata…
berdekah aku bace entri ni..

kua sore jantan..ops...aku pompan k..bahahaha..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.