Bertudung Di Sebabkan Kekasih

Assalamualaikum


Hey, ladies and gentlemen. Terima kasih kerana asyik lepak kat blog aku berulang-ulang kali.

Aku baru balik dari majlis perkahwinan kawan mak aku sebenarnya ni. Dan sedikit kecewa, selepas aku siap makan, baru lah ayam golek di hidangkan. So, boleh la nak kata ini kali pertama aku makan di majlis perkahwinan tanpa menu ayam. Dan aku pula tak suka danging. So, aku macam dah jadi vegetarian dah tadi.

Well, beberapa hari lepas, aku dapat satu email dari seorang awek ni. Dia mahu tahu apakah persepsi orang ramai terhadap perempuan yang bertudung; yang secara dasarnya, boyfriend dia suruh.

Personally, bagi aku, aku rasa it is really good bila seseorang tu bertudung tak kira lah disebabkan boyfriend yang suruh atau apa-apa. Konsep nya sama semasa korang muda-muda dulu. Maksud aku, masa korang kecik-kecik dulu, korang solat kerana Tuhan atau sebab ayah paksa? Ah, don't give a shit lah kata dulu solat kerana Tuhan. Korang masa tu kecik, tak terfikir pun pasal benda-benda dosa pahala. Yang korang tahu, bila menipu, confirm masuk neraka.

Tapi even di paksa solat oleh ayah, bila dah besar, solat tu macam dah lekat kat anda kan? Kalau tinggal satu waktu rasa semacam kan? So, aku rasa konsep dia sama macam perempuan bertudung.  Masa mula-mula memang la bertudung kerana boyfriend. Tapi lama-lama lekat kan?


Ini tak ada kena mengena dengan melentur buluh dari rebung atau apa-apa. Aku pernah baca, majalah Solusi kalau tak silap aku. Katanya hidayah akan di turunkan kepada seseorang melalui pelbagai cara. Samaada melalui mimpi, rasa takut, perasaan dan juga melalui seseorang. So, I do take this as 'melalui seseorang'. Sebab andai kata boyfriend suruh bertudung, si perempuan boleh je kan kalau tak nak. So, persoalannya, samaada nak, atau tak.

Korang mungkin akan kata "Nanti bila dia putus dengan boyfriend dia, mesti dia free hair balik". Well, maybe yes maybe not. Who knows.

Dan jangan salah faham aku tak anti perempuan tak bertudung sebab based on pengalaman, perempuan bertudung kadang-kadang perangai amat-amat teruk. Dan tudung sering di gunakan untuk menutuk segala keburukan. Nak tunjuk baik kononnya. Oh, hell, orang macam ni la yang merosakkan pandangan orang terhadap orang yang betudung.

Actually, itu hanyalah pendapat aku tentang perempuan yang bertudung disebabkan oleh boyfriend. Dan ianya tidak mewakili semua perspektif lelaki, apatah lagi perspektif perempuan.

So, that is my perspective tentang perempuan bertudung disebabkan bf. What is yours?


Ulasan

Hellioz berkata…
ramai je manusia camni
pakai tudung sebab nak sorokkan bad side.
pakai tudung tapi lagi setan dari yg freehair
Pakai tudung tapi lagi setan dari setan
Pakai tudung tapi beromen sepah2
sigH~

minah2 ni la yg bagi -ve perception dekat minah tudung lain
Amak Kongsi berkata…
yes true, kdg2 yg bertudung bulat labuh lagi jahat mulut umpat2 perempuan freehair. sdgkn org yg diumpat tu xpnah pun umpat psl dia.. huhuh
Unknown berkata…
aku pakai tudung sbb nenek yg baru balik aji suruh. terus lekat sampai skrg.

and kpd yg btudung, make sure jaga tingkah laku. jgn perlekeh kesan kain yg sehelai itu.

and tolong la jgn bukak pakai bukak pakai...rasa nak lempang je org mcm ni...

tanak pakai tak payah. period.
The Poyo Me berkata…
ak ada kawan camni beb.

asalnya freehair, boyfriend dia yang bawak dia bertudung.

and then after a few years, break. punya kaw2 la break, sampai breakdown segala.

ko agak2 dia buang tak tudung tu?













tak.
Iman_Inside berkata…
hai all..

ak stuju ngn opinion ko mr.k

hidayah bley dtg ble2 mse n melalui sape2 pn..who're we nk pertikaikan..care bout our own selves..pkai tudung tp sibuk nk p'tikaikn tudung org laen..

pakai tudung isu laen, perangai buruk lak isu len..org bertdung xsmstinye baik n org xbertudung xsmstinye xbaek.

thumbs up mr.k..:)
Rebelle berkata…
bertudung tu atas inisiatif diri sendiri la kot..

as for me..
bf suruh tu ke jalan yang baik jugak..
yang penting niat..
AREku berkata…
tetibe teringat mse skolah rendah dulu
ustazah aku penah ckp
kalo pakai tudung + wat bnde x baek =dosa dpt 1 je
kalo x pakai tudung + wat bnde x baek= dosa dpt 2
so sile la pilih ek
hehe ;p
AlexiaAqram berkata…
cam haram thepoyome. komen nak buat suspen. luku kang. dem! hahaha!
penulis.sahaja. berkata…
buat benda baik demi bf.
bukan sebab tuhan.
sbb tu ah relationship x bagus.
kan? kan?
Unknown berkata…
hahahaaa...aku sndiri xtau nk ckp apa...

sbb aku sndri dlu pown kne suruh gak...


camtaek kan?!!
Hellioz berkata…
@areku
kalo pakai tudung + wat bnde x baek =dosa dpt 1 je
kalo x pakai tudung + wat bnde x baek= dosa dpt 2

ustazah lu bole tau nilai pahala ke?
Bravo~
gyahahahahahah~
Tanpa Nama berkata…
ustaz gua boley tahu nilai dosa pahala. sebab dia mathematican.

LOL WUT







series ustaz gua #ph4il
Tanpa Nama berkata…
@hellioz
ustazah lu plak amacam?

da tentu2 la kalo xpkai tudung tu dosa

bravo jugak kat lu~
Tanpa Nama berkata…
dulu ad orang cakap, tutup aurat tu bnda wajib.. akhlak tu hal lain..
Emkay berkata…
@Hellioz

salam..bukan itu maksud dia..cuma concept tu btul la..
kalau perempuan yg bertudung sejahat mana pon dia, at least 1 tuntutan wajib dah terlaksana..menutup aurat tu, jahat or baik,tetap kewajiban..

kalau belum pakai tudung, dosa dia satu hal, dosa org yg melihat, yg terdetik di hati lagi..ramai kan? so x elok la..kalau prangai dia lagi elok dari yg bertudung, kan lagi ideal kalau dia bertudung? :)

tapi issue sebenarnye ialah yang mahu diubah itu bukan sekadar pakai tudung, tutup aurat smua tu..tapi yg penting dalaman, aqidah tu betul..kalau aqidah betul, dia akan resonate n the wave will influence your attire..

macam tu lah kiranya pendapat sy..

cheers,
salam.
Unknown berkata…
http://www.ohtidak.com/oh-tak-bertudung-vs-bertudung/

heheh..saja nak share link ni...
Unknown berkata…
komen ikut topik...
hebat ape ko dpt bf yg nak ko betudung...
daripada dpt bf yg suroh ko bebogel?...
haaa...aiyokkk...

bicara soal cinta...laki tu kire ade niat nk jaga ko leklok...samada ko akan pakai ke x tu bgntung pd kebolehan otak ko mentafsir data...hahaha

komen x ikut topik...
pe salah kalo pompuan bertudung wat jahat?
die wat jahat die dpt dosa..
tapi die pakai tudung die dpt pahala..

kalo cmtu laki yg jahat kena pakai suar pendek la?..
xleh pkai suar panjang (kalo aurat jd isu)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.