Pengajaran Malam Tadi

Situasi 1

Gua : Arsenal kalah ayang, terfaktab orang kali ni kena bahan dengan member.

Alexia : Padan muka, kalau awak teman saya dari tadi kat lab, mesti awak tak kena bahan.

Gua : (diam...malas nak beta balik)

Situasi 2

Gua : Lee Chong Wei menang tau tadi.

Alexia : Ha? Dia kalahkan Lin Dan ke?

Gua : Tak ah, baru semi-final, nanti final jumpa Lin Dan lah.

Alexia : Ala, kalau menang pun, bukan awak datang lab awal pun, pergi lah berseronok.

Gua : (diam lagi, malas nak beta lagi)

Situasi 3

Lagu Mawi berdendang di radio kereta sewaktu perjalanan pulang.

Alexia : Senyap dah Mawi sekarang, apa cerita dia eh? Orang kampung awak kan?

Gua : Senyap lah, kena kerja. Cari duit, bini dia maintenance tinggi.

Alexia : Betul betul, make-up dia lagi. Tu tak campur maskara lagi.

Gua : Sebab tu saya tak nak cari makwe hot-hot. Maintenance tinggi bila dah kahwin. Awak sorang ni dah cukuplah buat saya tak keruan. Awak lah madu, awak lah racun.

Alexia : Terima kasihhh (nada orang ngantuk) Besok tengoklah bola lagi.

Gua : (diam...buat bodoh)

Situasi 4

Alexia : Thanks hantarkan saya balik, i love u. Bye. Muaxx! (ciuman singgah di pipi secara tiba-tiba)

Gua : Yahuuu! (dalam hati)

Pengajaran : Kau ada girlfriend kuat membebel? Kuat menyindir? Jangan di layankan, jangan lawan, jangan buat muka masam. Buat bodoh je, macam takde apa berlaku. Treat dia sebaik boleh. Memang perempuan takkan faham dengan apa yang kita minat especially bola dan sebagainya. Takkan berapa faham dengan jenaka orang lelaki. Yang mereka faham, tak nak bertekak panjang-panjang, benda-benda menyerabutkan kepala, di sayangi oleh tersayang, bersabar dengan tingkah laku dia, terima seadanya diri dia. 

Resultnya : Hati yang kecewa kerana kebangangan Arsenal terubat dengan satu ciuman ringkas yang menggembirakan jiwa. Okay, gua nak tidur dalam keadaan senyum. Chalo!

Ulasan

AlexiaAqram berkata…
dah agak dah. hahah! no komen.
TheBentPencil berkata…
ni Alexia ke Aqram yg tulis? hahaha
Unknown berkata…
betul2...setuju.

Yang mereka faham, tak nak bertekak panjang-panjang, benda-benda menyerabutkan kepala, di sayangi oleh tersayang, bersabar dengan tingkah laku dia, terima seadanya diri dia.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.