Keadaan Tidak Selamat.


Salam manis dari gua.

Gua berbesar hati dengan idea si Alexiaaqram ni mula-mula bila dia nak menubuhkan Terfaktab. Sebab boleh jadi rujukan masa depan kalau ada masalah. Okay. Betul dak apa gua cakap? Kalau orang lain tak mau baca, biar gua baca sendiri. Sekurang-kurangnya siri Terfaktab ni boleh mengalahkan buku arjuna dari marikh dan gadis dari zuhrah. Kah-kah-kah-kah.

Harini gua nak bercakap pasal hubungan dua orang lelaki-perempuan. Lu'olls perasan dak ada satu perasaan yang paling kuat dalam hubungan lelaki-perempuan selain daripada ego? Lu'olls cuba teka. Yelah. Ego tu takleh nak kata apa lah. Akibat berebut remote control TV sebab si lelaki nak tengok game sepak takraw final sukan asia Malaysia lawan siam dan si perempuan pulak nak tengok filem hindustan pada waktu yang sama. Akibat? Setakat diam takmau cakap. Lepastu rindu. Tapi still tanak cakap. Ego.

Tapi gua bukan nak sembang pasal Ego. Sebab Ego ni lu'olls boleh google je Ego. Bernasib baik, Yamaha Ego yang keluar. Lu'olls dah habis teka apa lagi satu perasaan yang selalu ada dalam hubungan? Pedia? Salah tu. Pedia? Haish lu ni. Tadak laa sampai gitu. Lucah sangat tu. Barua betei. Siku kat perut tau laa.

Perasaan itu ialah insecure. Yes. Gua tak tau nak cakap dalam bahasa melayu dia apa. Sat gua nak google translate sat. Dia keluaq tidak selamat. Haa, bendapa yang tidak selamat ni?

Menurut statistik yang di keluarkan oleh reverbnation.com, perasaan insecure ni berlaku bila satu jasad di satu tempat dan satu jasad lain di satu tempat yang lain. Dia jadi tidak selamat bila makwe/pakwe dia cakap macam ni,

"Hai sayang. Esok saya nak keluar dengan si polan ni boleh? Yeh? Nak keluar makan je. Kami lama tak jumpe. Okay bye sayang. Thanks. Lebiu. Muahx dahi muahx pipi muahx pipi"

Jadi automatik si pasangan dia akan rasa dang!

Benda ni takdelah ramai yang rasa. Tapi ramai yang ada benda ni tanpa dia sedari. Bagi gua, dia macam ada level insecure ni. Gua labelkan dia 3 tahap. Rendah-biasa-melampau. Bila ada rasa insecure rendah. Selalunya kita macam tiba-tiba akan jawab macam ni,

"Okay sayang. Pergi lah. Jangan balik lewat sangat tau? Take care."

Dia macam takde rasa apa sangat. Tapi sebenarnya dia rasa je insecure tu. Cuma terlampau rendah sampai kita boleh neglect terus rasa tu. Dan bila yang tahap biasa tidak selamat,

"Okay sayang. Elok-elok. :)"

Dia tulis tanda smiley belakang tu gua dah dapat agak dah. Dengan harapan kecomelan tu dapat menambat hati kekaseh dia untuk terus suka dia. Jenis ni sebenarnya berlambak. Bila dah kenal pasangan tu dan dia nak makwe/pakwe dia dengan dia je. Bila makwe/pakwe dia keluar even dengan sepupu sendiri dia dah rasa tak berapa sedap. Rasa tu akan baik bila makwe/pakwe dia balik. Padahal sepupu tu laa main masak-masak dari kecik. Yang paling melampau ialah bila yang punya rasa insecure yang tinggi.

"okay."

Kalau sebelum tu diorang boleh sembang macam biasa, dan bila timbul topik ni dalam perbincangan, dan tiba-tiba dia reply apa kau kata dengan satu perkataan. Beringatlah. Dia tak berapa suka sebenarnya lu keluar tu. Tapi demi tanak di label sebagai queen/king control. Dia lepaskan jugak. Dan mungkin juga dia tak mahu memperbesarkan hal ni. Dan biarkan sahaja pasangan dia pergi. Padahal dia dekat rumah tengok TV pun dah bayangkan pasangan dia keluar seronok-seronok minum bersama laki/perempuan lain tanpa ada dia.

Okay. Cukup bicara pasal tahap tidak selamat ni. Mungkin ada yang setuju dan tak setuju. Sebenarnya gua nak bicara pasal insecure dan macam mana benda ni mengubah personaliti seseorang. Tapi intro dia melampau pulak. Aiyak!

Lu'olls nak tahu dak macam mana benda insecure ni boleh mengubah personaliti seseorang. Dari happygolucky. lepastu jiwanglovemeloveyou bila dah jumpe pasangan. lepastu dia jadi suka deep sorang-sorang kat blog dan akhir sekali dia cakap,

"Gua nak pergi tasik. Gua nak deep."



padahal dia dengan makwe/pakwe dia lek je. Takde pergolakan je. Buka lah mata wahai lu'olls-lu'olls sekelian! Sesungguhnya dia masa tu di landa insecure. Mungkin dia dan makwe dia selalu main tuiter.Tup-tup dia stalk page makwe dia. Kemaen sembang mesra dengan lelaki maya. Lepastu automatik dia rasa insecure. Padahal makwe dia tu saje je sembang. Lepastu mulalah update status pun merapu.

Nak yang lagi best bila ramai-ramai sembang. Contohnya di komen fesbuk mahupun ym conference (wujud lagi ka?) atau di tuiter. Pasangan dia ni punya lah semangat bekap makwe/pakwe dia secara sinis kalau ada member lain cuba nak mengusik. Tapi lu'olls takdelah perasankan? Yang lu'olls buat hanya terus sembang. Dan tak pedulikan pun apa dia cuba buat dekat lu'olls. Akhirnya dia rasa insecure. Kononnya makwe/pakwe dia dah bosan dengan dia. Sebab dah tak reti nak bergurau. Mungkin antara ramai-ramai member-member yang sembang tu boleh pikat makwe/pakwe dia.

Result? Pergi deep dekat tasik lagi. Kahkahkah.

Benda insecure ni sebenarnya ada bagus. Dia lain dari cemburu atau cemburu buta. Cemburu buta boleh di ubati bila dah ada rasa percaya. Tapi insecure ni lain. Dia bila dah percaya dekat pakwe/makwe/laki/bini dia yang diorang akan terus duduk sebelah lu'olls. Tapi insecure ni fikiran negatif masa depan. Walaupun percaya pasangan lu'olls takan pernah curang, tapi insecure ni bagitau neuron kepala bahawasanya kedatangan mamat/minah ni mungkin boleh buat pasangan lu sedikit lupa tentang lu. Dalam kepala bagitau lagi, lu takdelah sehappy mamat/minah tu. Dan akhir sekali wujud perkataan bosan. Lu anggap lu semakin bosan dan makwe/pakwe lu cari orang lain untuk sembang atau keluar.



Insecure boleh di ubati dengan geli-geli. Bila makwe/pakwe/suami/isteri dah mula cari dia balik dan geli-geli loveyoulovemewearehappyfamily. Ni lah insecure. Bila si pasangan perasan perubahan pada sifat pasangannya dan dia cuba untuk duduk dan cakap,

"Don't let yourself down okay? It just a feeling."

Dan duduk berejam-rejam cakap benda yang boleh buat dia senyum balik. Mungkin rasa tu boleh terus hilang. Sebab insecure ni hanya buat seseorang tu deep sorang-sorang sebenarnya. Dan dia pun kadang-kadang tak perasan. Kalau dah sampai marah. Mencarut tu. Tu bukan insecure dah tu. Tu dah masuk part cemburu dah tu. Dan lu'olls dah tau makwe/pakwe lu'olls tu tengah rasa tak selamat, jangan laa dok gatal nak keluar/sembang selalu dengan mamat/minah tu.

Tapi bila insecure tahap kronik tu, gua tak tau nak cakap apa. Minum coke terbatuk-batuk bukan cara nak ubati dia kot. Nanti gua call hospital love dekat Greenland tanya pendapat depa. Lu'olls tunggu ja!

Ulasan

Alexia Aqram berkata…
gua nak komen cara chedet.

1. apa de hal? lu tulis gua komen, biar kita je baca. hahah!

2. cilaka, kenapa entri ni buat gua terasa?

3. 'jiwanglovemeloveyou'. wtf? kah kah kah. terbaek!
penulis.sahaja berkata…
mungkin kau sdg di landa insecure kot? haha.
AlexiaAqram berkata…
hmm. benda ni melibatkan feel je kan? aku rasa, perasaan hanya sekadar perasaan je ye dak?

infect berperasaan tu yang hasilkan insecure.
TheBentPencil berkata…
betul, insecure lelaki ni. kadang2 ngalahkan ppuan.
macam ada sorg member ak ni, pakwe die mmg paranoid dah, bukan insecure lagi.

apa kes sampai prevent awek die (yg dah empat tahun lebih jadi kawan baik) dari cakap dgn kitorg lg. konon2 kitorg ni bad influence la. dia ingat kitorg ni kaki tunggang kaki disko ke nak jadi bad influence?

pastu tak nak jumpe parent si perempuan jugak. apasal? apa, parents pun bad influence now? hahahah
zai berkata…
OMG! that's is so true.. tak pasti ko mmg buat kajian, atau menulis atas firasat sendiri.. but, hell ape yang ko tulis serius sama ngan apa yang aku rasa.. even kalo bf (dulu), now dah jadi laki, keluar ngan kawan2 lelaki main bola or main game pun aku boleh jeles sbb rasa cam dia tak ingat aku.. haha.. demn!
Unknown berkata…
lelaki rasa insecue ni lebih kpd rasa tergugat ka cmna ka??hehe..
Unknown berkata…
fakk...
aku xleh nak stuju lagi da dgn penuliasan ko...

pehal ko tau org slalu g tasik nak deep haa?...
hahahaha...taman tasik ampang hilir port best nak deep

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.